Thursday, 5 April 2007

PRK MACHAP : MINTALAH APA SAHAJA PASTI DAPAT



Pengundi-pengundi Machap ibarat raja dalam tempoh kempen Pilihanraya Kecil Machap ini. Mintalah apa sahaja sudah pasti dapat. Surau buruk boleh di ganti baru, jalan berlubang akan ditampal, longkang tersumbat boleh disedut dan seribu satu macam permintaan yang kadang-kadang tak masuk akal pun mampu ditunaikan oleh BN Islam Hadhari. Manakan tidak Najib sendiri berkampung di Machap semata-mata untuk memastikan BN menang.

Undang-undang, etika, moral, maruah dan darjat dibelakang oleh BN Islam Hadhari semata-mata kerana angkuh dengan kuasa yang ada di tangan mereka. Apa sahaja yang mereka hendak buat semuanya boleh kerana SPR, Jabatan Kerajaan hatta PDRM pun seolah-olah menjadi parti komponen BN. Undang-undang hanya tinggal melekat di atas kertas dan tidak diamalkan, jika diamalkan sekalipun mungkin hanya untuk menakut-nakutkan pembangkang dan penyokong pembangkang.

Bagi pengundi Melayu, tahap kesedaran politik mereka amat dhaif. Mereka mudah diumpan dengan janji-janji serta projek segera yang di'lakon'kan oleh BN. Berlainan dengan pengundi Cina yang tahap kesedaran politik dan pemikiran mereka jauh ke hadapan. Apa yang mereka tuntut pada setiap kempen pilihanraya lebih besar dan bererti untuk kesinambungan dan kesejahteraan hidup mereka. Mereka yang meminta perkara yang lebih besar seperti geran tanah, projek ekonomi, kelulusan kerakyatan dan sebagainya.

Begitu juga kali ini apabila, pengundi Machap keturunan Cina menuntut untuk mendapatkan bantuan kerajaan bagi membolehkan sanak saudara mereka yang bekerja secara haram di luar negara pulang ke tanah air untuk memperbaharui pasport mereka.

Penduduk berkenaan telah beberapa lama berusaha agar saudara-mara mereka yang kebanyakannya bekerja secara haram di Jepun dan Taiwan itu dapat pulang ke tanah air.

‘‘Mereka kini ingin pulang tetapi pasport Malaysia mereka telah tamat tempoh sejak beberapa lama. Setakat ini, kami telah menerima tujuh aduan kes seperti itu di sini.

‘‘Kami telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada mereka mengenai bagaimana hendak ke Kedutaan Malaysia di sana dan bagaimana untuk mendapatkan sijil kecemasan bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air,’’ kata Ketua Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal Chong.

Chong bersama-sama lima lagi anggota Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA berada di sini untuk mengendalikan kes berkenaan memandangkan jabatan itu mempunyai kepakaran menangani kes seumpama itu apatah lagi ia sering dijadikan tempat mengadu oleh rakyat Ma- laysia, terutama yang berketurunan Cina, untuk menyelesaikan pelbagai masalah sosial yang dihadapi mereka seperti masalah hutang, kehilangan anggota keluarga atau masalah rumah tangga.Chong berkata, jabatan itu telah menangani banyak kes seumpama itu di seluruh negara kerana terdapat ramai rakyat negara ini yang bekerja di luar negara, kebanyakannya secara haram di Jepun dan Taiwan, un- tuk mengumpul wang sebelum pulang ke tanah air beberapa ta- hun kemudian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59