Thursday, 26 April 2007

PRK IJOK : UNTUK MENANG PKR RERLU ATASI BILANGAN PENGUNDI HANTU YANG RAMAI


Untuk menang di Ijok, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengatasi majoriti Barisan Nasional sebanyak 1,649 undi pada Pilihanraya Umum 2004 dan berharap sokongan pengundi Melayu dan Cina boleh membawa kelebihan kepadanya. 80%-90% Pengundi India dijangka memberikan undi kepada Parthiban.

Di atas kertas, PKR memerlukan kira-kira 500 hingga 600 undi lagi untuk menang.

Bagaimanapun "keyakinan" PKR itu dinyatakan sebelum timbul isu kehilangan beberapa ratus pengundi daripada senarai pemilih, selain dakwaan kewujudan pengundi luar daerah yang tidak dikenali.(Satu taktik kotor yang sering menjadi senjata BN dengan bantuan SPR, JPN dan lain-lain makhluk yang durjana)


Maka untuk menang PKR mesti berusaha lebih gigih untuk 'menimbus' bilangan 'pengundi hantu' yang mungkin mencecah ribuan orang.

Menurut seorang pengamat politik, berdasarkan semangat kempen di Ijok saat ini, pengundi-pengundi Melayu dan Cina kali ini lebih selesa memilih calon parti tersebut Tan Sri Khalid Ibrahim berbanding calon Barisan Nasional, K. Parthiban.

Daripada 12,272 orang di Ijok, 51.8 % terdiri daripada pemilih Melayu, 27.7% India dan 20.6% Cina.

"Pengundi Melayu mungkin beralih untuk menyokong calon PKR, begitu juga pengundi Cina. Tetapi lebih ramai pengundi India dijangka akan menyokong calon BN," katanya, sambil menambah pekerja-pekerja kempen PKR menjadikan pilihan raya kecil itu untuk menjelaskan isu-isu nasional yang selama ini kurang tersebar seperti komisen hasil pembelian senjata dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Isu-isu di sebalik pemberian komisen dalam kontrak pembelian pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene tidak dilaporkan di media perdana, jadi PKR boleh menjelaskannya di kempen-kempen di peringkat bawah."

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang melawat Ijok semalam, berkata walaupun PKR boleh meraih undi simpati daripada pemilih Cina dan juga India, tetapi seperti biasa BN sentiasa mendahului pembangkang dalam pilihan raya kecil kerana penyelewengan dan penggunaan jentera kerajaan secara tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang.

"Sepanjang kempen (pilihan raya), pembangkang bukannya menghadapi sebuah parti politik, sebaliknya ia seolah-olah berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pengamat politik itu, yang enggan dikenali, berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas isu rasuah membayangkan reaksinya, sebagai ketua kempen BN di Ijok, terhadap isu-isu rasuah yang dibangkitkan oleh PKR.

Seorang lagi pengamat politik, yang bertugas memantau pilihan raya kecil itu, pula berkata kehadiran anggota keselamatan yang terlalu ramai untuk mengawal penjalanan pilihan raya kecil itu mungkin membawa kesan negatif kepada pengundi.

"Kehadiran polis yang terlalu ramai akan menimbulkan ketakutan di kalangan pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka, seolah-olah berlaku perang saudara di sini sekarang," katanya, sambil menambah kehadiran polis secara besar-besaran boleh mengurangkan peratus keluar mengundi.

Ini juga mungkin menjadi taktik BN untuk menakut-nakutkan pengundi supaya pengundi tidak keluar mengundi seperti yang pernah mereka lakukan pada pilihanraya kecil Bukit Payong di Terengganu tahun 90-an dahulu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59