Thursday, 26 April 2007

PRK IJOK : MEDIA DURJANA BN CUBA LAGAKAN PAS DAN PKR



Tidak cukup dengan senjata keganasan, serangan melalui stesyen media elektronik dan lain-lain, BN melalui surat khabar durjananya cuba melaga-lagakan PAS dan PKR dengan berita-berita yang boleh merenggangkan hubungan kedua-dua parti dalam BA tersebut.

Semalam The Star edisi Melayu online menyiarkan berita kononnya Presiden PAS merendah-rendah keupayaan dan gerakerja jentera PKR di Ijok dengan melaporkan bahawa Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata jentera PKR lemah berbanding jentera BN di Ijok.

Inilah cara dan kaedah licik dan jahat yang dilakukan oleh BN guna untuk memecah-belahkan perpaduan dalam BA untuk meraih simpati rakyat.

Berikut disiarkan berita fitnah dan jahat tersebut.

Tajuk Berita - Hadi: Jentera PKR lemah di Ijok, tidak macam BN

KUALA SELANGOR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok, yang pengundian akan berlangsung Sabtu ini.

Menurutnya Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kerusi DUN Ijok berbanding dengan PKR, walaupun PKR mendapat sedikit sebanyak sokongan daripada pengundi Cina dan India.

Beliau berkata BN yang disokong jentera pilihan raya yang lengkap dan meluas mempunyai banyak kelebihan, dan menurutnya pada pilihan raya kecil ini parti pembangkang sudah menduga akan menghadapi banyak rintangan.

"Sepanjang kempen (pilihan raya), pembangkang bukannya menghadapi sebuah parti politik, sebaliknya ia seolah-olah berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan," katanya kepada Bernama di sini.

Pilihan raya kecil DUN Ijok diadakan berikutan kematian penyandang dari BN Datuk K. Sivalingam pada 4 April lepas. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang dengan kelebihan 1,649 undi mengalahkan calon PKR dan bebas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN K. Parthiban, 38, seorang guru, bertarung satu lawan satu menentang calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 61, seorang korporat.

Ditanya mengenai kempen parti pembangkang yang banyak menyentuh isu nasional dan bukannya isu yang menyelubungi penduduk Ijok, Abdul Hadi berkata kempen isu nasional lebih berkesan kerana ramai kalangan rakyat tidak mendapat maklumat mengenai pelbagai perkembangan semasa.

Berhubung tahap kerjasama PAS dan PKR bagi mencapai matlamat politik masing-masing, Abdul Hadi berkata kedua-dua parti menjalin hubungan erat dan menghadapi pilihan raya kecil Ijok sebagai "satu latihan" bagi menghadapi tugas lebih besar iaitu pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menyifatkan PAS dan PKR mempunyai hubungan paling kukuh pada masa ini, apabila jentera dan penyokong masing-masing sentiasa saling membantu di Ijok.

"Saya melihat keakraban mereka sehingga ada anggota-anggota parti PAS yang memakai logo PKR dan mengusung bendera PKR," katanya.

Beliau berkata di Ijok juga PAS dan DAP mempunyai persefahaman, iaitu PAS bertumpu kepada kawasan majoriti didiami kaum Melayu, manakala DAP di kawasan berpenghuni Cina.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59