Monday, 16 April 2007

PRK IJOK : BN SEMAKIN BERGOLAK



BN tidak dapat menyembunyikan pergolakan antara ahli dan pemimpin-pemimpin mereka apabila Ketua MIC Bahagian Kuala Selangor Thirumoorthy mengancam untuk keluar parti jika tidak dipilih bertanding pada Pilihanraya Kecil Ijok 28 April ini.

Walapun Samy Vellu lantang menyahut cabaran Thirumoorthy dengan berkata "beliau (Thirumoorthy) boleh pergi", tetapi hakikatnya mereka berasa tertekan kerana Thirumoorthy mendakwa bahawa sebahagian besar Ketua MIC cawangan-cawangan di Bahagian Kuala Selangor menyokongnya. Semalam Thirumoorthy bertindak meletakkan jawatanya sebagai Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor dan mendakwa beliau mempunyai kira-kira 2,000 penyokong dalam bahagian tersebut.

Situasi ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada pembangkang yang sekarang ini dilihat semakin padu dan kuat. Adalah diharapkan pembangkang bersedia dengan pasukan yang mantap dan kerja yang sistematik pada pilihanraya kali ini. Namun begitu BN sudah pasti akan menggunakan taktik tradisionalnya iaitu wang, jentera kerajaan, ugutan dan janji manis untuk menipu rakyat sekali lagi. Begitu juga SPR akan sekali lagi menjadi tukang kempen dan alat BN untuk mengalahkan pembangkang.

BN hari ini telah menamakan Calon mereka iaitu Parthiban Setiausaha MIC Bahagian Kuala Selangor sebagai calonnya.

PKR sudah pasti akan menurunkan calon 'favourite' dan 'heavyweight' mereka samada Khalid Ibrahim atau Nalakaruppan. PAS Selangor awal-awal mencadangkan PKR supaya menurunkan Khalid untuk memberikan cabaran kepada BN. PKR akan mengumumkan calonnya esok.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59