Wednesday, 25 April 2007

POLIS JADI 'PASUKAN GEMPUR' BN




Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai pasukan Polis yang sanggup diperkudakan oleh parti pemerintah untuk kepentingan parti pemerintah. Polis yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti dan tugas utamanya menjaga keselamatan rakyat meneruskan sifat berpihaknya pada kempen pilihanraya kecil DUN Ijok sekarang.

Ceramah-ceramah BA diganggu dan diberhentikan atas pelbagai alasan manakala ceramah-ceramah BN dibiarkan tanpa gangguan. Janji Polis untuk bersifat MESRA RAKYAT hanyalah omongan kosong yang tidak berpenghujung. Hakikatnya Polis terus menjadi KUDA TUNGGANGAN parti pemerintah.

Duit rakyat yang sepatutnya digunakan oleh Polis untuk menjaga keselamatan rakyat sebaliknya 'dirompak' oleh Polis dan pemerintah untuk mengacau program-program parti pembangkang yang sah berdaftar.

INGAT WAHAI POLIS DAN KERAJAAN KAMI TIDAK AKAN REDHA WALAU SESEN PUN DUIT KAMI DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI POLIS DAN PARTI PEMERINTAH

Tidak cukup dengan pelbagai janji manis ditabur pemimpin Barisan Nasional, gumpalan jutaan wang rakyat bertaburan di merata-merata, projek menurap jalan dan parit panjang, keresahan BN semakin menyerlah apabila kempen pilihan raya yang dibenarkan selama sembilan hari juga akhirnya dicabuli untuk memastikan pembangkang khususnya KeADILan diasak hebat dan kecundang pada pusingan pertama.

Ini terbukti apabila dua insiden semalam diganggu polis di dua tempat ceramah yang berasingan.

Kejadian pertama berlaku di Restoran Hai Yee Tian, Simpang Tiga Ijok pada jam 8.30 malam, di mana pemimpin DAP, YB Tan Seng Giau (Ahli Parlimen Kepong) dan YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) telah didatangi seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Ng meminta ceramah yang bakal diadakan di situ dibatalkan serta-merta.

"If you can show me the valid assembly permit, you can proceed, simple as that," kata ASP Ng kepada YB Tan,namun dibantah seorang peguam Latheefa Koya bahawa pihak penganjur sudah pun memohon untuk mengadakan permit pada malam itu, termasuk di enam kawasan yang berasingan.

Dalam keadaan kelam kabut, orang ramai yang hadir kira-kira 200 orang melaungkan rasa tidak puas hati atas tindakan pihak polis yang berat sebelah, sedangkan di seberang jalan, satu lagi ceramah BN yang diadakan di Restoran Cheng Sung tidak mendapat sebarang gangguan.

Ceramah yang diadakan oleh BN tersebut hanya dihadiri sekitar 50 orang walaupun jamuan makan malam tersebut telah ditaja secara percuma.

Sungguhpun begitu, YB Tan tetap meneruskan ceramahnya di hadapan orang ramai,sambil meminta pihak polis melayan semua pihak secara adil tidak kira sama ada pihak parti pemerintah mahupun parti pembangkang dan tetap berpegang kepada motto profesional polis iaitu cekap, mesra dan beramanah.

"Pisang sesikat susu sebelanga, tanda muafakat bersama-sama," dengan pepatah melayu YB Tan mencuit hati para hadirin yang majoritinya berbangsa Tiong Hua yang tekun dan bersemangat mendengar ucapan beliau.

Selang 15 minit, secara tiba-tiba pihak penganjur telah dimaklumkan bahawa permit kemudian diluluskan 'secara mudah' oleh pihak polis dan ramai yang menyifatkan usaha awal menghalang cermah tadi adalah sebagai tindakan provokasi polis serta cubaan psikologi untuk menakut-nakutkan pengundi yang hadir pada setiap ceramah pemimpin pembangkang.

Pekan Batang Berjuntai 'disergah' FRU

Sementara itu, di pekan Batang Berjuntai, satu lagi ceramah KeADILan diganggu polis dengan sebuah 'water cannon' dan lima trak FRU, bersama dengan kekuatan kira-kira 100 anggota FRU dan polis.

Keadaan itu menyebabkan jalan raya di situ menjadi sesak apabila pihak polis bertindak menyekat jalan tersebut.

Ceramah tersebut diadakan di perkarangan kedai motosikal Seng Koe Trading, berhadapan Sekolah SRJK (C) Yuk Chih.

"Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa KeADILan telah menang di Ijok. Ini adalah provokasi polis. Kita akan bersurai secara aman kerana kita rakyat yang mematuhi undang-undang," tegas Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali yang turut berucap di majlis tersebut.

Turut kelihatan bersama beliau ialah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Dalam keadaan tegang itu, orang ramai yang hadir kira-kira 150 orang bersurai secara aman walaupun dengan rasa tidak puas hati dan marah atas kebiadapan pihak polis membatalkan ceramah seterusnya menyekat kempen pilihan raya parti KeADILan.

Difahamkan, polis bertindak menghentikan tiga ceramah KeADILan di Ijok malam tadi kerana mendakwa ianya diadakan tanpa kebenaran manakala, tiga lagi ceramah KeADILan, yang tidak mendapat permit polis, berjalan seperti yang dijadualkan.

Khidmat rawatan percuma BA dihalang petugas BN

Sebelum itu pada sebelah paginya, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku ekoran bimbang dengan khidmat masyarakat yang dilakukan BA dalam kempen pilihan raya kecil Ijok, penduduk dan petugas BN di Kampung Rantau Panjang, bertindak menghalau sekumpulan doktor BA tersebut yang ingin melakukan khidmat kesihatan percuma kepada penduduk di kampung tersebut.

Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali, Dr Rainey Azmi dan beberapa doktor lain serta pembantu mereka telah dikepung dan dihalau keluar dari kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Dr Lo'Lo' dan rakan-rakannya mula memasuki kampung berkenaan dan mula menyusun ubat-ubatan di salah sebuah rumah penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki muncul dan meminta mereka keluar dari kampung tersebut, diikuti beberapa penduduk kampung yang memakai t-shirt BN, termasuk wanita sambil melemparkan kata-kata kesat.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak menendang kerusi dan meja di sekitar rumah tersebut bagi menghalau Dr Lo' Lo'. Dipercayai beberapa petugas wanita BN turut menghalau mereka.

Sehubungan itu, Dr Lo' Lo' membuat laporan polis di Balai Polis Batang Berjuntai, pada jam 1 petang, dan laporan itu diterima seorang pegawai balai tersebut, Segar a/l Retnam.

Sementara itu, Dr Lo' Lo' yang ditemui selepas itu, di Kampung Bukit Badong untuk khidmat kesihatan percuma BA, berkata tindakan itu menunjukkan sikap tidak rasional penduduk dan petugas BN.

"Kita bukan buat apa-apa. Kita cuma mahu agihkan ubat. Tepulanglah nak undi siapa. Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati demokrasi di negara ini," tegas beliau.

Petikan dari Harakahdaily

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

melayu oh melayu awat hampa naik hantu semasa pilihanraya sampai tak kenai bangsa.Belaga sesama sendiri lebih pada lembu! Semangat kebangsaan kepala hotak hampa.....

AhChai

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59