Tuesday, 24 April 2007

PETUGAS PAS MELAKA BERKAMPUNG DI PETI UNDI TUAN MEE



Petugas-petugas PAS dari Melaka telah mula berkampung di Peti Undi Tuan Mee bagi membantu kempen PKR dalam kempen Pilihanraya Kecil DUN Ijok. Seperti biasa petugas-petugas dari PAS Melaka akan bergilir-gilir bertugas di Ijok mengikut kawasan masing-masing.

Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka, Kawasan Tangga Batu dan Alor Gajah bertugas dari 23-24 April diikuti oleh Masjid Tanah dan Kota Melaka pada 25-26 April dan akhir sekali petugas-petugas dari Jasin dan Bukit Katil pada 27 dan 28 April.

Untuk rekod Peti Undi Tuan Mee merupakan kubu kuat BN kerana pada pilihanraya umum 2004 PKR tewas teruk di sini dengan memperolehi lebih kurang 100 undi sahaja manakala BN mendapat hampir 600 undi. Mengikut pecahan kaum Peti Undi Tuan Mee mempunyai 788 orang India (76.5%), Melayu 219 orang (21.3%) dan Cina 21 orang (2.2%)

Menurut Setiausaha JPN Melaka, Saudara Bahiki Ismail petugas-petugas dari Melaka akan bekerja bersama-sama petugas-petugas dari Pahang dan Kawasan Klang, Selangor.

"Insya Allah petugas Melaka akan sentiasa patuh dan taat kepada semua arahan pucuk pimpinan dalam mengendalikan kempen nanti. Petugas-petugas sebelum ini menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi sepertimana ditunjukkan di beberapa pilihanraya kecil sebelum ini seperti di Anak Bukit, Kuala Berang, Pengkalan Pasir dan lain-lain" kata Bahiki ketika ditemui di rumahnya di Durian Tunggal baru-baru ini.

Sebarang pertanyaan mengenai gerakerja petugas-petugas Melaka boleh dibuat di talian 013-6506198 (Ust Minghat-Pengarah JPN Melaka),013-6191148 (Bahiki Ismail-Setiausaha JPN), Yuhaizad Abdullah (016-6635820).

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan menghantar sekurang-kurangnya 4 orang pimpinan utamanya untuk membantu kempen Pilihanraya Kecil Ijok. Delegasi DPP Bukit Katil akan diketuai oleh Ketua DPP Kawasan dan beberapa orang AJKnya termasuk Puhat Abdul, Zafir Nor dan Khairuddin Ismail. Mereka akan mula bertugas pada 26 April ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59