Wednesday, 11 April 2007

PAS KAWASAN BUKIT KATIL CADANG KONVENSYEN PERINGKAT NEGERI



BUKIT KATIL - Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sabtu meluluskan usul agar Badan Perhubungan Negeri Melaka mengadakan konvensyen PAS negeri sebagai satu platform untuk menilai dan menganalisa gerakerja PAS di semua peringkat di Negeri Melaka.

Perkara ini amat penting kerana selama ini konvensyen sebegini tidak pernah di adakan walaupun ianya dilihat mampu menghasilkan impak yang baik untuk gerakerja parti.


Semasa membentang usul yang dibawa oleh AJK PAS Kawasan, NYDP PAS Kawasan, Hj Ali Sharif(Gambar) berhujah bahawa konvensyen sebegini amat penting untuk pihak pimpinan negeri membentangkan aktiviti tahunan dan perancangan mereka untuk dibahas dan dinilai oleh ahli dan pimpinan peringkat kawasan.


"Hampir semua PAS negeri mengadakan konvensyen PAS Negeri selepas semua PAS Kawasan selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing". tegas Hj Ali.

"Jadi Mesyuarat Agung PAS Kawasan mengusulkan agar konvensyen sebegini wajib diadakan demi untuk kesinambungan perjuangan dan kelangsungan perjuangan kita", tambah Hj Ali.

Usul ini telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan.


Mesyuarat yang berlangsung di Maahad Ar Rahmah tersebut telah dihadiri oleh lebih 100 perwakilan dan pemerhati. Ianya telah dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli(Gambar).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59