Thursday, 5 April 2007

MULIANYA HATI PEMIMPIN IRAN



TEHERAN 4 – Iran semalam membebaskan 15 anggota Tentera Laut Diraja Britain (BRV) dan menganggap pembebasan itu sebagai ‘hadiah’ kepada Britain. Sikap yang ditunjukkan oleh Iran jelas membuktikan kemuliaan hati pemimpin Iran. Ianya juga menjelaskan kepada dunia bahawa Islam bukannya ganas sebagaimana tohmahan yang dilemparkan oleh barat.

Stesen televisyen Iran menyiarkan sedutan rakaman yang menunjukkan Presiden Mahmoud Ahmadinejad berbual-bual dengan para tahanan rakyat Britain tersebut di Istana Presiden sejurus selepas pengumuman pembebasan mereka dibuat oleh Presiden itu.

Mahmoud kelihatan bersalaman dengan mereka dalam keadaan santai sewaktu ‘proses pembebasan itu berlangsung’ dan mereka berbual dengan menggunakan seorang penterjemah.

“Kami menghargai semua ini, rakyat anda begitu baik dan kami sangat terharu,’’ kata seorang kelasi dalam bahasa Inggeris kepada Mahmoud.

Seorang daripada mereka mencelah: “Kami sangat terhutang budi kerana anda sanggup memaafkan kami.’’

Mahmoud pada sidang media sebelum itu mengumumkan bahawa Iran bersedia membebaskan tahanan berkenaan selepas berunding dengan London dan menganggapnya sebagai ‘hadiah Iran untuk rakyat Britain’.

Presiden itu bagaimanapun turut meluahkan kemarahannya terhadap Britain kerana ‘tidak cukup berani’ untuk mengakui bahawa mereka telah berbuat salah dengan menceroboh perairan Iran.

Mahmoud berkata, beliau bukan sahaja membebaskan tahanan tersebut tetapi akan turut menganugerahkan pingat kepada komander Tentera Laut Iran dan anggota tentera yang berjaya menahan 15 askar dan kelasi Britain itu.

Penahanan askar Britain itu menyebabkan konfrontasi Teheran-London kerana masing-masing berkeras mengatakan mereka melakukan perkara yang betul dengan London mengatakan askarnya berada di perairan Iraq sewaktu ditahan oleh tentera Iran.

Pembebasan askar-askar Britain itu menyaksikan harga minyak turun sebanyak 50 peratus berbanding harga semasa.

Sementara itu, jurucakap Perdana Menteri Britain berkata, Britain mengalu-alukan pembebasan itu dan berterima kasih kepada Iran.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59