Sunday, 1 April 2007

MUKA TAK MALU GUNA JENTERA KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN, DI MANA MARUAH BN?



Machap: Kementerian Penerangan perjelas isu

PEMIMPIN BN MEMANG TIDAK BERMARUAH DAN TIDAK TAHU MALU APABILA TERANG-TERANG MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN YANG DIBIAYAI OLEH RAKYAT UNTUK MEMBANTU KEMPEN BN. INI DIDEDAHKAN SENDIRI OLEH TIMBALAN MENTERI PENERANGAN SEPERTI BERITA DI BAWAH.

ALOR GAJAH – Kementerian Penerangan akan memperjelaskan segala isu yang dibangkitkan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Machap, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab kementerian untuk memberi penerangan kepada pengundi di kawasan Machap agar mereka tidak terpengaruh dengan isu-isu yang dibangkitkan pembangkang termasuk isu peribadi pemimpin tertentu.

‘‘Yang paling tidak menyenangkan hati ialah isu peribadi yang melibatkan beberapa tokoh nasional, negeri dan tempatan. Saya menyeru pengundi di Machap supaya tidak terpengaruh dengan isu peribadi yang dibawa oleh penceramah DAP,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pilihan raya kecil DUN Machap di sini, malam tadi.

Ahmad Zahid yakin pengundi di kawasan itu tidak akan terpengaruh dengan isu nasional dan tempatan yang dibangkitkan DAP kerana mereka telah memperoleh maklumat tepat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59