Friday, 20 April 2007

KISAH LEMBU DAN KETUANYA


Pada setiap kali pemilihan ketua maka sudah pasti banyak 'lembu-lembu' dan Ketua mereka berkeliaran di kawasan pemilihan tersebut. 'Lembu-lembu' yang menjadi pencacai ini akan sentiasa taat kepada ketua walaupun apa jua yang di suruh ketuanya, pasti mereka akan menurutinya tanpa usul periksa.

Di suruh membajak tanah, lembu pun membajak; di suruh menarik kereta lembu,lembu pun tarik. Walau letih macamana pun lembu-lembu ini tetap setia tanpa sepatah perkataan membantah keluar dari mulutnya. Semua ini adalah gara-gara untuk mendapatkan sesuap rumput dan air minuman demi untuk meneruskan kehidupan mereka sebelum dijual dan disembelih.

Lembu-lembu ini ada berbagai warna, ada yang berwarna hitam pekat, kuning langsat dan putih melepak. Tidak kurang juga sawo matang dan hitam manis. Ada lembu yang kurus dan ada yang gemuk. Lembu yang kuat membodek tuannya serta pandai menjilat bontot tuannya sudah pasti gemuk dengan pelbagai makanan yang enak dihidangkan oleh tuannya serta kuncu-kuncu tuannya.

Di kalangan lembu-lembu ini juga ada yang pemalas hanya menunggu bantuan dan 'subsidi' dari ketuanya. Kalau ketuanya tidak memberikan subsidi dan bantuan alamatlah lembu ini akan mati kelaparan dan kehausan. Lembu-lembu ini tidak pandai berdikari. Lembu-lembu ini hanya pandai membodek dan menjilat bontot ketuanya.

Lembu-lembu ini amat suka jika sekiranya ada pemilihan ketua yang baru kerana sudah pasti banyak rumput-rumput dan makanan akan diberi percuma oleh ketuanya. Memang dasar lembu subsidi. Lembu-lembu akan memilih calon-calon ketua yang boleh memberikan rumput dan kandang yang baru. Calon yang tiada wang tetapi cerdik dan berpengalaman tidak akan dipilih kerana calon ini tidak dapat memberikan makanan mereka.

Lembu-lembu yang bangang ini amat gembiran jika mendapat upah menampal poster calon ketua mereka. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa ketua mereka mendapat habuan rumput dan kandang yang maha hebat.

Di kirim oleh Fauzan Uda Ahmad

KEPADA PENGUNDI DI IJOK JANGAN KAMU MENJADI LEMBU-LEMBU SEPERTI DI ATAS. BERTINDAKLAH DENGAN CERDIK DAN WARAS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59