Friday, 13 April 2007

KHIR TOYO PENING KEPALA



Menteri Besar Selangor Khir Toyo sekarang berhadapan dengan situasi yang sangat memeningkan kepalanya kerana masalah dalaman Umno di Kuala Selangor dan juga berhadapan dengan 'ketakutan' kepada Samy Vellu.

Umno Kuala Selangor siang-siang lagi mendesak kerusi Ijok ditandingi oleh Umno kerana wakil MIC didakwa gagal membawa sebarang perubahan kepada DUN Ijok walaupun sudah lama menjadi wakil rakyat di situ.

Umno Kuala Selangor berpecah dengan teruk sejak kekalahan Ahli Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep kepada Ketua Bahagian sekarang. Daud langsung tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam bahagian malah beliau terpaksa menubuhkan sekretariat Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk menjalankan kerja-kerja parti di sana. Aktiviti sekretariat ini langsung tidak mendapat restu dari Umno Bahagian. Begitulah celarunya Umno Kuala Selangor.

Bagi MIC pula sudah pasti kerusi ini tidak akan dilepaskan begitu mudah tanpa adanya janji dan persetujuan yang lebih menguntungkan mereka pada masa depan. Jika benar kerusi ini hendak diserahkan kepada Umno sudah tentu Samy Vellu akan 'demand' untuk ianya ditukarkan dengan kerusi MIC di tempat lain dan mungkin jumlahnya lebih dari satu. Kerusi Umno mana pula yang terkorban, sama-sama kita lihat nanti pada pilihanraya umum akan datang.

Apa yang pasti pergolakan dalam Umno dan ketakutan Umno kepada MIC sudah tentu memberikan sedikit kelebihan kepada pembangkang. Untuk mengimbangi hal ini sudah pasti SANTA CLAUS akan berbelanja lebih di Ijok berbanding di Machap demi untuk memancing undi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59