Thursday, 26 April 2007

KEGANASAN TERUS MENJADI SENJATA JENTERA BN



Mungkin mereka tidak dapat menyaingi hujah dan isu yang dibawa oleh BA maka jentera BN Islam Hadhari menggunakan senjata kekerasan dan keganasan untuk melemahkan dan menggagalkan kempen BA.

Semalam sekali calon dan beberapa orang penggerak jentera BA diperlakukan sedemikian rupa oleh penyokong-penyokong BN yang ganas dan bengis. Malaysiakini melaporkan bahawa sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh calonnya Tan Sri Khalid Ibrahim diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika mereka mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Ladang Coalfield, dekat Ijok petang tadi.

Bagaimanapun, Khalid (foto) tidak cedera kerana sempat dibawa pergi dari tempat kejadian.

Ketua PKR bahagian Klang, P Krishnasamy, 46, bagaimanapun cedera dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

Menurut Krishnasamy, Khalid dan kumpulan penyokong PKR itu mengadakan kempen dari rumah ke rumah apabila kira-kira 10 lelaki muncul dan mengarah mereka meninggalkan kawasan perumahan di ladang tesebut.

Kumpulan lelaki itu kemudiannya dikatakan bertindak membelasah para enyokong PKR itu. Krishnasamy mengenal pasti salah seorang penyerangnya sebagai Balakrishnan.

“Mereka memukul saya, mengoyak baju saya dan memecahkan kaca mata saya,” katanya.

“Saya terus memberitahu penyokong PKR itu supaya membawa Tan Sri (Khalid) pergi dari situ,” tambahnya.

Krishnasamy, yang mengetuai pusat operasi PKR di Tuan Mee, dan tiga orang lagi tidak dapat pergi dari situ apabila pintu masuk ke ladang tersebut telah dikunci.

“Kami masih berada di sini dan kami masih menunggu untuk dibawa keluar dari sini supaya kami dapat membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi malaysiakini kira-kira sejam lalu.

Bagaimanapun, difahamkan kira-kira jam 7.40 malam, mereka berada di balai polis Ijok untuk membuat aduan.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, kejadian tersebut berlaku selepas beliau berkempen ke 20 rumah di situ.

Bukan pertama kali

“Kumpulan itu kelihatan marah dan berkata mereka akan menutup pintu masuk ke estet tersebut dan mengarahkan keluar dari situ.

“Pada pandangan Krishnasamy, kami patut selesaikan terlebih dahulu kempen dari rumah ke rumah di situ dan kemudiannya baru beredar, tetapi mereka mula mengganggu kami,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama taktik gangguan seumpama itu digunakan ketika Khalid berkempen.

Minggu lalu, kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang memakai uniform Pemuda Barisan Nasional (BN), didakwa cuba menggangu Khalid dan dua jurugambar sambilan, termasuk blogger Jeff Ooi.

Perayu undi PKR terpaksa minta bantuan polis

Kumpulan perayu undi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa memanggil bantuan polis sebelum dapat berkempen di Ladang Coalfield, Ijok Ahad lalu.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, R Viriya berkata, beliau bersama kira-kira 20 perayu undi PKR berbangsa India, pergi ke ladang tersebut untuk menjalankan kempen dari rumah ke rumah sekitar jam 4 petang.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, berpuluh-puluh penyokong MIC menghalang mereka daripada memasuki kawasan ladang atas alasan ‘ia kawasan MIC’.

“Kami yang ketakutan menelefon polis yang tiba kemudiannya dan meminta kedua-dua pihak bertenang dan memberi kerjasama membenarkan perayu undi PKR masuk ke kawasan ladang.

“Penyokong MIC berkeras tidak membenarkan perayu undi PKR masuk, tetapi dengan campurtangan anggota polis, kami sempat pergi ke beberapa rumah peneroka,” katanya.

Bagaimanapun, Viriya mendakwa, setelah anggota polis pulang, sekali lagi penyokong MIC terbabit mengarahkan mereka keluar dari Ladang Coalfield.

Perayu undi

“Kami sekali lagi terpaksa memanggil anggota polis yang tiba kira-kira jam 7 petang dan mengiringi perayu undi PKR beredar dari ladang itu,” katanya ketika ditemui di Batang Berjuntai, semalam.

Pilihanraya Ijok yang akan diadakan Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), K Pathiban, 38, dengan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

Pilihanraya kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk K Sivalingam 4 April lalu.

Ijok yang terletak di kawasan Parlimen Kuala Selangor, mempunyai 12,272 pemilih, termasuk 39 pengundi pos. Dari jumlah itu, 51.04 peratus adalah pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina

Viriya berkata, perayu undi PKR sudah beberapa kali mencuba untuk memasuki Ladang Coalfield tetapi tidak berjaya kerana dihalang oleh penyokong MIC.

Edar cadera padat

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR, S Manikavasagam berkata, walaupun dihalang, pihaknya tetap berkempen di kawasan estet di Ijok.

Katanya, sambutan yang diterima setakat ini menggalakkan setelah beberapa pemimpin utama India dalam PKR turun padang menemui sendiri mereka.

“Kami membawa isu yang sangat dekat dan memerlukan perhatian pengundi kaum India seperti kemiskinan, pendidikan dan perumahan yang masih ketinggalan berbanding kaum lain.

“Kami bukan sahaja bertemu dan memberitahu mereka, tetapi turut mengedarkan cakera padat (VCD) dan risalah mengenai isu semasa supaya mereka lebih faham,” katanya.

Baru-baru ini, katanya, 3,000 VCD mengenai perobohan kuil di Selangor dan kematian seorang remaja India, G Francis Uddayappan diedarkan kepada pengundi India Ijok.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59