Monday, 9 April 2007

JENAYAH DI KL MENINGKAT 40 % : KEMBALILAH KEPADA ISLAM


BUKIT KATIL : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Hj Abu Bakar Ramlee menggesa kerajaan Islam Hadhari kembali mengamalkan undang-undang Islam jika sekiranya negara ini mahu diselamatkan dari segala masalah yang semakin membarah sekarang.

"Jenayah semakin meningkat, maksiat menjadi amalan pemimpin dan rakyat, ekonomi tidak menentu, keselamatan rakyat semakin membimbangkan dan seribu satu macam lagi masalah yang menimpa kita sekarang" tegas Us Bakar ketika diminta mengulas isu peningkatan jenayah sebanyak 40 % di Kuala Lumpur.

"Selagi Imam Hadhari dan kerajaan pimpinannya berdegil tidak mahu kembali kepada Islam selagi itulah masalah ini akan terus membelenggu negara malah ianya akan semakin parah dan akhirnya meruntuhkan negara" kata beliau kepada blog ini.

Beliau menambah bahawa penjenayah sebenarnya tidak gerun kepada undang-undang manusia walaupun ianya dilihat ganas dan mengerikan kerana keberkatan dan 'pencegahan' dari Allah tiada dalam undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang.

Media semalam melaporkan bahawa kadar indeks jenayah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan 40 peratus. Ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan rakyat.

Adalah jelas bahawa segala perancangan dan hasrat Perdana Menteri untuk memerangi jenayah secara besar-besaran tidak meninggalkan kesan malah kadar jenayah semakin meningkat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59