Friday, 13 April 2007

IMAM HADHARI CUBA TUTUP KELEMAHAN ARAHKAN HENTI SUARA MASALAH DI MEDIA



Nampaknya Imam Hadhari, Pak Lah cuba menutup kelemahan jabatan kerajaan dengan mengarahkan semua Jabatan dan Agensi kerajaan yang menghadapi masalah dalaman supaya berhenti menyuarakannya di media.

"Jika mereka mempunyai masalah di kalangan mereka, saling bersemuka dan selesaikannya. Bercakap kepada media tidak akan menyelesaikan masalah itu," kata Imam Hadhari kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Media telah menyiarkan pertikaian antara Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee dan antara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensinya Majuikan Sdn Bhd.

"Mereka patut berhenti jawab-menjawab melalui media...ia hanya akan menjadikan rakyat hilang keyakinan terhadap apa yang kita cuba lakukan," kata Abdullah.

Perdana Menteri juga berkata adalah tidak perlu bagi kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan bagi menghentikan perbuatan menyuarakan masalah dan jawab-menjawab di media.

Perdebatan antara Johari dan Wan timbul apabila Wan menyangkal kenyataan Johari mengenai perangkaan kes jenayah di daerah Sentul yang dikatakan meningkat 90 peratus.

Sementara kemelut dalaman LKIM dan Majuikan berlaku apabila kedua-dua pihak saling membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penipuan dan pecah amanah yang berlaku di dalam lembaga berkenaan.

NAMPAKNYA IMAM HADHARI CUBA MENUTUP KELEMAHANNYA SENDIR. JADI SELEPAS KITA MUNGKIN TIDAK AKAN MENDENGAR LAGI KENYATAAN-KENYATAAN AKHBAR YANG MENUNJUKKAN KELEMAHAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN. APA YANG DISIARKAN OLEH MEDIA SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA. JADI KEPIMPINAN IMAM AL HADHARI DILIHAT CEKAP, BERSIH DAN BERAMANAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59