Tuesday, 24 April 2007

IJOK CATATKAN REKOD DUNIA



Mungkin Ijok akan disenaraikan sebagai tempat di mana ramainya warga emas yang berumur lebih dari 100 tahun. Ini terbukti apabila senarai daftar pemilih DUN Ijok menunjukkan pemilih yang berumur lebih 100 tahun adalah ramai mungkin mencecah puluhan atau ratusan orang. Nampaknya Malaysia akan lebih terkenal selepas ini sebagai negara paling ramai orang tua berumur lebih 100 tahun dan nama Malaysia akan terpahat di dalam rekod dunia.

Agaknya selepas ini semakin ramai pelancong warga emas akan datang ke Malaysia kerana Malaysia merupakan bumi bertuah di mana rakyatnya hidup lama sehingga umur mencecah 100 tahun lebih. Mungkin juga selepas ini ramai rakyat asing yang ingin bermastautin di sini dan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap dan rakyat Malaysia kerana mereka berharap umur mereka panjang juga.

Selain itu undang-undang pilihanraya Malaysia juga mencatat rekod kerana kanak-kanak berumur 9 tahun pun boleh mengundi. Memang banyak betul perkara pelik dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Pengerusi SPR Malaysia adalah pengerusi SPR (atau Jawatankuasa Pilihanraya atau apa-apa namun di negara lain) terbaik di dunia kerana proaktif dan aggresif sehingga budak berumur 9 tahun pun didaftarkan dan layak mengundi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

SPR telah terang-terangan menyimpang dari laungan moto mereka sendiri iaitu "cekap dan telus"....moto yang lebih tepat adalah "hampeh bertali arus"!!

Anonymous said...

DAh tua nak mampuih pun dok buat kerja mungkaq lagi.....dalam kuboq esok jenuh berjawab dgn malaikat

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59