Monday, 9 April 2007

HJ BAKRIN DAN HJ SALIM DILANTIK YDP DAN TYDP PAS KAWASAN BUKIT KATIL


BUKIT KATIL : Bekas TYDP dan Bendahari PAS Kawasan Bukit Katil sessi lalu, Hj Bakrin Sidek dan Haji Salim Tahir dilantik menjadi YDP dan TYDP PAS Kawasan tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung yang berlangsung di Maahad Ar Rahmah, Ayer Molek di sini Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding setelah semua calon-calon lain untuk kedua-dua jawatan tersebut memberikan laluan kepada mereka. YDP PAS Kawasan Bukit Katil sessi lalu, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani menarik diri dari pencalonan untuk YDP.

Jawatan NYDP disandang oleh Haji Mohd Ali Sharif yang memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan satu lawan satu dengan bekas AJK sessi lalu, Hj Abdullah Ahmad.

Pada pemilihan tersebut juga, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sessi lalu, Hj Salamat Aman turut dipilih semula bersama-sama dengan beberapa orang AJK sessi lalu seperti Hj Mohd Diah Abdul,Hajah Ropisah Nordin, Amran Kassim, Ramli Dalip, Abdul Aziz Ali, Hj Ab Rahhim Idris, Hj Mohd Nor Jaafar, Khairuddin Ismail, Masturah Hassan dan Hj Abdullah Ahmad.

Turut dipilih semula ialah bekas Setiausaha sessi lalu iaitu Hj Yassim Musa.

Selain itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda yang juga Ketua Urusan Ulama Kawasan sessi lalu, Ustaz Abu Bakar Ramli juga dipilih bersama-sama dengan muka-muka baru iaitu Ustaz Khairul Che Salleh, Ustaz Abdul Latif Hussin dan Ustaz Mazlan Ibrahim.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ini telah dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli. Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ustaz Kamaruddin Sedik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59