Wednesday, 4 April 2007

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUTUK SEKERAS-KERASNYA PARTI GERAKAN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang telah meluluskan resolusi menggesa agar Mufti Perak dipecat kerana kononnya beliau terbabit dalam penyebaran SMS berhubung isu murtad pelayar solo, Dato' Azhar Mansor. Resolusi itu telah diluluskan pada konvensyen yang berlangsung pada 1 April lalu.

DPPBK berpendapat tindakan itu telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Negara yang jelas memperuntukkan kuasa bagi Sultan-Sultan di semua negeri bagi melantik Mufti-mufti. Parti tersebut tiada hak untuk mencampuri urusan perlantikan Mufti malah Gerakan juga bertindak biadap mencampuri hal-hal Agama Islam apabila mendesak agar Mufti Negeri Perak di pecat.

Tindakan ini sungguh kurang ajar dan menghina Institusi Raja di negara ini. Mereka telah bertindak liar dan melampaui batas dengan cuba menasihati Sultan berhubungan masalah umat Islam.

Resolusi yang diluluskan oleh Gerakan ini boleh mengancam Perpaduan dan keharmonian Kaum yang berlainan agama dan budaya. Lebih-lebih lagi hari ini suasana harmoni dan aman ini semakin pudar disebabkan kegagalan kerajaan BN yang dianggotai Gerakan yang gagal membendong golongan tertentu yang giat menghasut dan membuat provokasi terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

DPPBK menuntut supaya :-

1) Parti Gerakan menarik balik resolusi tersebut serta-merta dan membuat kenyataan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di stesyen TV dan akhbar-akhbar arus perdana.

2) Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap Parti Gerakan yang jelas bertindak biadap terhadap Institusi Kesultanan Melayu dan Umat Islam.

3) Pemimpin Parti Gerakan Wilayah Persekutuan di pecat keahliannya kerana isu ini jelas amat serius dan sensitif.

Insya Allah Pemuda PAS akan mengambil tindakan keras (sesuai dengan undang-undang dan Agama Islam) jika sekiranya Parti Gerakan gagal memenuhi tuntutan kami di atas.



Sofi Wahab
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
sofi@miosh.net

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59