Monday, 9 April 2007

DATO' SERI JANGANLAH BENGANG SANGAT


MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bengang dan menganggap tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu Tabung Kesihatan Negeri yang kononnya diseleweng dan menyerang peribadinya, sebagai telatah ahli politik yang ketandusan isu.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata, Lim berkali-kali menggunakan taktik sama untuk mendapat publisiti murahan sebelum ini, sedangkan semua yang dibangkitkan mengenai tabung itu dijelaskan dengan terperinci dan panjang lebar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dua tahun lalu.

“Semua isu tabung itu sudah dijelaskan dalam Dewan, apa lagi dia mahu. Laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pun dah buat. Saya bukan guna wang tabung itu untuk masuk poket saya, tetapi untuk mereka yang memerlukannya. Masa ditubuhkan tabung itu tiada wang, tetapi ada rakan yang ada wang menyumbang sedikit demi sedikit.

“Saya juga terpaksa keluar duit sendiri untuk membayar kepada Hospital Putra, termasuk membiayai rawatan ibu mentua dan rakan Umno yang sakit dan dirawat di hospital itu.

“Rakan ini kebanyakan meminta saya membantu dan saya bantu dengan menjamin mereka untuk masuk ke hospital itu, apabila bayaran tinggi dan tidak mampu mereka bayar, saya terpaksa keluar wang sendiri untuk bayar. Kalau tidak, pihak hospital akan cari saya sebab saya jadi penjamin.

“Duit simpanan saya dalam Amanah Sahan Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan gaji sebagai Ketua Menteri saya gunakan untuk melunaskan bayaran berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan media sempena Pilihan Raya Kecil DUN Machap, di sini malam kelmarin.

MULIA BETUL HATI DATO' SERI SANGGUP MEMBAYAR BIL HOSPITAL RAKAN BELIAU. MASALAHNYA DATO' SERI BUKANNYA LAPORAN TELAH DIBUAT. TETAPI APAKAH SIASATAN BPR TELAH DIBUAT DAN ADAKAH HASIL SIASATAN ITU DIDEDAHKAN KEPADA ORANG RAMAI. BERAPAKAH ORANG DAN SIAPAKAN YANG TELAH DISIASAT. INI KERANA HAMPIR SEMUA LAPORAN YANG DIBUAT TERHADAP PARA PEMIMPIN ISLAM HADHARI DI'BAKULSAMPAH'KAN TERMASUK LAPORAN TERHADAP KHIR TOYO, RAFIDAH AZIZ, SAMY VELLU, MUSA AMAN DAN LAIN-LAIN.

INILAH YANG SEBENARNYA MENGECEWAKAN RAKYAT SEBAB IMAM AL HADHARI DARI DULU LAGI BERKATA BAHAWA TIADA SIAPA YANG TERLEPAS DARI KES RASUAH. TETAPI PELAKSANAANNYA JAUH PANGGANG DARI API.

ISU RASUAH POLITIK DALAM UMNO (POLITIK WANG) SENDIRI TIADA SEORANG PUN DIHERET KE MAHKAMAH TERMASUKLAH YANG TELAH DIBUKTIKAN BERSALAH.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59