Wednesday, 11 April 2007

DAKWA DAN DEDAHKAN HASIL SIASATAN TERHADAP ZULKIFLI - US BAKAR



BUKIT KATIL - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Ustaz Abu Bakar Ramli(Gambar) menggesa kerajaan mendedahkan hasil siasatan Polis keatas Bekas Ketua Pengarah BPR,Zulkipli Mohd Nor yang telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara minggu ini.

DPPBK juga menggesa Peguam Negara segera mendakwa Zulkipli jika siasatan tersebut mendapati ada kes-kes yang boleh didakwa di Mahkamah.

"Kita tidak mahu kes ini ditutup dan tidak dihebahkan kepada rakyat. Malah lebih malang lagi jika kes ini tidak dibawa mahkamah jika hasil siasatan mendapati dakwaan terhadap Zulkipli adalah asasnya" tegas Ustaz Bakar.

"Jangan nanti kes ini dibakulsampahkan sepertimana kes-kes berprofail tinggi lain seperti kes Khir Toyo, Rafidah Aziz dan sebagainya" ujar Ustaz Bakar yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata siasatan mengenai dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor telah selesai dan laporannya akan dihantar ke pejabat Peguam Negara sebelum akhir minggu ini.

Menurutnya lagi, keterangan daripada semua pihak telah dirakam dan pasukan khas yang menyiasat kes itu sedang menghalusi laporan tersebut.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya semalam, Wan berkata, pasukan khas polis itu yang terdiri daripada 10 pegawai daripada Bukit Aman, telah menjalankan tugas dengan baik, demikian menurut laporan Bernama.

Kini, katanya, terpulanglah kepada pejabat Peguam Negara untuk memutuskan tindakan selanjutnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59