Tuesday, 10 April 2007

BN TERUS RASUAH PENGUNDI MACHAP


MACHAP : Jentera Kempen BN dan Calon BN Lai Meng Chong terus menerus merasuah pengundi Machap dengan berjanji untuk memberi peruntukan RM6,000 hingga RM13,000 untuk lima keluarga bagi memperbaiki rumah mereka.

Ketua jentera pilihanraya MCA, Peng Fei Xun dan para pegawai khas Ketua Menteri Melaka yang hanya dikenali sebagai Mahadevan dan Shahril turut mengiringi Lai sepanjang kempennya.

Selain itu semalam Jentera Pemuda BN mengadakan Laman Selera Pemuda Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Bilik Gerakan BN di Melaka Pindah semata-mata untuk menyogok pengundi dengan makanan yang enak-enak.

Sebelum ini Calon DAP Liou Chen Kuang membuat laporan bertulis kepada SPR mendakwa Lai telah menyalahgunakan wang kerajaan dan jentera negeri untuk partinya dan kepentingan dirinya.

Menurut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjanjikan atau menawarkan sebarang wang atau pertimbangan berharga kepada pemilih atau pengundi.

Hukumannya termasuk penjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Adalah diketahui umum bahawa BN dan calonnya sentiasa menggunakan wang dan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya untuk memancing undi. Perkara ini seolah-olah tidak menjadi kesalahan di sisi SPR yang di dakwa sudah menjadi parti komponen BN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59