Friday, 13 April 2007

BN MALU BESAR DI MACHAP, MAJORITI BERKURANG UNDI DAP BERTAMBAH



ALOR GAJAH - Barisan Nasional (BN) malu besar apabila majoriti BN berkurangan dan undi DAP bertambah dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap semalam. Walaupun BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi tetapi ianya jelas memberikan tamparan hebat kepada BN lebih-lebih seluruh jentera kerajaan, menteri-menteri berkampung di Machap tanpa menghirau halal, haram dari segi agama dan demikrasi.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, calon BN, Lai Meng Chong, 56, menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang, 33. Meng Chong meraih 5,533 undi sementara Chen Kuang memperoleh 1,452 undi. Pada pilihan raya umum ke-11 itu, Chen Kuang tewas dengan majoriti 4,562 undi. Beliau memperoleh 1,285 undi berbanding Ah Tiam yang mendapat 5,847 undi.


Keputusan jelas tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Imam Al Hadhari ketika ditemubual oleh RTM dan TV3 selepas keputusan malam tadi. Beliau memberikan alasan bahawa Calon BN adalah muka baru yang tidak sama dengan bekas Mendiang Poh Ah Tiam yang sememangnya dikenali ramai.

Seramai 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di lapan pusat yang menyediakan 19 saluran mengundi.

Orang paling sedih sudah tentulah orang no 2 Islam Hadhari iaitu Najib Razak yang berkampung di Machap demi untuk menaikkan nama BN. Najib jelas terpaksa berpura-pura gembira menyembunyikan kesedihannya.

Dalam tinjauan blog ini ketika proses pengundian berjalan lancar semalam, ternyata BN menggunakan seluruh jentera kerajaan. Menteri-menteri besar, menteri kabinet dan lain-lain dilihat mundar-mandir di setiap peti undi. Itupun gagal memberikan pukulan maut kepada pembangkang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

alghurabak said...

BN Menang lagi - citra hodoh politik Malaysia

Pilihanraya kecil DUN Machap di Melaka sekali lagi dimenangi oleh BN, w/bg/pun mereka kehilangan hampir 500 majoriti undi berbanding PRU ke 11 2004.Calon BN, Lai Meng Chong memperolehi 5,533 undi menewaskan calon dari DAP, Liou Chen Kuang yang mendapat 1,452 undi, undi rosak sebanyak 166, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,151 pengundi manakala undi pos berjumlah 102 memihak kepada Lai.
PR Kecil DUN Machap sekali lagi mempamerkan citra politik yang amat membimbangkan, malah menakutkan apabila BN selaku parti memerintah menelanjangkan demokrasi, menghalalkan cara demi untuk menang. Segala jentera kerajaan (hak rakyat) diperkudakan selumat-lumatnya untuk kepentingan mereka, paksa, ugut, kecam dan pelbagai lagi jenayah yang dimurnikan oleh jentera BN yang dikepalai oleh orang no.2 negara.
DUN Machap telah berkubur, DUN Ijok apakah bakal lebur?
"Runtuhkan sekular, pulihkan demokrasi, tegakkan Islam"

adapted from http://tehtarikrotitampal.blogspot.com/

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59