Monday, 9 April 2007

BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA


BUKIT KATIL - Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12 yang mungkin diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Riak pilihnraya semakin kencang sekarang, lebih-lebih kerajaan BN semakin tidak popular kerana pelbagai isu yang tidak memihak kepada mereka dan mereka tidak boleh menunggu lebih lama kerana ianya akan menjadi lebih parah" kata Dr Hatta.

"Faktor Anwar juga masih relevan, di mana mahu tidak mahu mereka terpaksa menerima hakikat bahawa, Anwar tidak boleh dibenarkan bertanding dalam pilihnaraya akan datang, jika mereka menunggu sehingga selepas April 2008, maka pada ketika itu Anwar sudah layak bertanding. Anwar yang mempunyai pengalaman mentadbir negara, masih berpengaruh sudah pasti akan memberikan tamparan hebat kepada mereka" tambah Dr Hatta lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil kali keempat di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaung, Ayer Molek Sabtu lalu.

Selain itu Dr Hatta menyeru seluruh kepimpinan PAS Kawasan supaya memperkemaskan jentera parti di setiap peringkat agar pasukan yang dibentuk untuk menghadapi pilihanraya nanti adalah pasukan yang mantap dan padu.

"Jangan nanti jika berlaku perubahan kepimpinan PAS Kawasan, semuanya terpaksa dirombak, Majlis Tindakan DUN terpaksa dilantik dengan yang baru, Jentera Pilihanraya Kawasan baru, Unit Peti Undi baru, maka kalau begitu sampai bila pun kita akan bersedia" tegas Dr Hatta.

"Namun begitu katanya ini tidak bermakna mana-mana jawatan yang tidak boleh diganti, kalau orang lama tidak berfungsi kenalah ganti dengan yang lain supaya ianya lebih mantap" kata Dr Hatta yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak.

Dr Hatta juga menyeru kepimpinan PAS Kawasan supaya mempelbagaikan program parti guna untuk menarik minat rakyat kepada PAS. Ini kerana sejak akhir-akhir ini, program PAS seperti ceramah tidak mendapat sambutan seperti tahun 1999 dahulu.

Turut hadir dalam upacara perasmian tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59