Thursday, 19 April 2007

SAH KHALID VS PARTHIBAN : AYUH SEKARANG BUKAN MASA UNTUK BEREHAT. HANYA 9 HARI UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN


Sebentar tadi Pegawai Pengurus Pilihanraya telah mengumumkan bahawa kedua-dua Calon iaitu Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dari PKR dan Parthiban dari BN telah diterima sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Ijok.

Borang penamaan calon kedua-dua calon telah diterima dengan rasminya setelah tiada bantahan dibuat oleh kedua-dua pihak. Dengan itu sahlah mereka berdua berdepan satu lawan satu di Ijok.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima.

Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini pada pukul 11.05 pagi, Haris berkata tiada sebarang bantahan diterima terhadap pencalonan mereka dan tiada kertas pencalonan ditolak.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti dengan kedua-dua calon PKR dan BN itu diapit oleh beberapa pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Terdahulu pada pukul 11 pagi Haris mengumumkan bahawa waktu bantahan untuk pencalonan bagi pilihan raya kecil itu ditutup.

Pengundian akan dijalankan pada 28 April nanti.

Bagi petugas BA ayuh jangan berlengah teruskan kerja kamu seperti yang dirancangkan. Jangan bertangguh yang diperuntukkan untuk berkempen hanya 9 hari sahaja. 1 saat amat berharga bagi kita.

Bagi BN sudah pasti jentera merekan terus melaksanakan kerja-kerja kotor mereka. Maka layaklah mereka diberi nama BARISAN NAJIS.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

harapan agar DSAI dapat berkampung di Ijok sekurang-kurangnya 5 hari..Tiru kaedah TPM yang betul2 turun padang...bagi DSAI, tuan guru Haji Hadi, Dato' Harun Din, Dato' Ismail Kamus dan lain2 tokoh Ulama' stay serumah khas di Ijok.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59