Monday, 23 April 2007

ALI RUSTAM GESA AHLI UMNO DAFTAR UNDI. PAS MELAKA BAGAIMANA?


MELAKA: Pemimpin Umno di semua peringkat di negeri ini diminta mencari dan mendaftar ahlinya ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kajian mendapati hampir setiap bahagian parti di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya 2,000 ahli yang belum mendaftar sebagai pemilih dan amat merugikan jika ia masih berlaku serta tidak ditangani segera.

“Kepemimpinan Umno di semua peringkat akar umbi perlu proaktif berhubung perkara ini. Bagi saya, adalah tidak berfaedah jika seseorang menjadi ahli parti tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata kegagalan berbuat demikian merugikan peluang rakyat untuk menentukan kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, Mohd Ali menggariskan enam faktor termasuk menguatkan jentera parti di semua kepemimpinan peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu sentiasa berjaya dalam setiap pilihan raya dan dihormati rakyat.

“Program menghantar ahli jentera parti menghadiri kursus bagi menambah ilmu pengetahuan diharap pilihan raya umum atau kecil.

“Selain itu, tugas ahli Wanita, Putera dan Puteri menerusi petugas K10 diakui berkesan sebagai tulang belakang kekuatan parti. “Sekiranya K10 mantap, maka barulah kita yakin menguasai pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau mengaku faktor yang menyumbang kejayaan BN ialah kepemimpinan dan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang idealisme serta aspirasi rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59