Thursday, 5 April 2007

AHLI PARLIMEN TIDAK ADA STANDARD


KUALA LUMPUR: "Orang Utan, samseng, gangster, pesakit mental dan orang liar".

Itu adalah antara panggilan yang dikeluarkan oleh beberapa anggota Parlimen semalam semasa Dewan Rakyat sedang mendengar Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena perasmian persidangan Parlimen.

Panggilan itu yang saling dilontar oleh anggota DAP dan penyokong kerajaan terhadap satu sama lain menyebabkan persidangan terganggu hampir 20 minit.

Kekecohan bermula apabila Timbalan Menteri berkenaan Datuk Mohd Johari Baharum yang menyambung penggulungannya sejak semalam menjadi sasaran pembangkang yang tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan berkenaan isu penyokong DAP diserang semasa penamaan calon untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, di Melaka semalam.

Semasa membangkitkan isu itu, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) ingin tahu perkembangan siasatan polis ke atas kes tersebut yang telah disuarakan beliau kepada Mohd Johari semalam di Dewan tersebut.

Jawapan Mohd Johari "kita tunggu laporan", membangkitkan rasa tidak puas hati pembangkang, khususnya anggota Parlimen DAP yang mendesak supaya Mohd Johari memberi jawapan yang lebih kukuh.

Desakan anggota pembangkang itu menyebabkan penyokong kerajaan turut membuat bising dengan meminta anggota pembangkang diam dan mematuhi peraturan mesyuarat, sekali gus mendorong Timbalan Yang Dipertua Datuk Lim Si Cheng meminta Kulasegaran duduk dan membenarkan Mohd Johari menyambung penggulungan.

"Tapi Tuan Pengerusi, ini adalah Parlimen, tempat kita membincangkan perkara mustahak dan relevan. Kalau ini jawapan yang diberi oleh YB Timbalan Menteri ini seolah-olah menggambarkan Parlimen tidak lagi relevan," kata Kulasegaran.

Lim berkata Timbalan Menteri sudahpun memberi jawapan dan beliau tidak boleh memaksa pihak kerajaan memberi jawapan lain.

"Kalau Yang Berhormat Ipoh Barat tidak boleh terima, saya tidak boleh buat apa," kata Lim yang disambut oleh suara-suara daripada barisan penyokong kerajaan, antaranya Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang mencelah: "Takkan kahwin semalam hari ini terus dapat anak."

Celahan Bung Moktar mendapat reaksi anggota Parlimen DAP yang meminta "Orang Utan" diam, sekali gus mencetuskan sesi panggilan nama-nama buruk antara satu sama lain.

Lim akhirnya bertegas meminta semua anggota Parlimen diam dan meminta Mohd Johari menyambung perbahasan.

JELAS BAHAWA AHLI-AHLI TERBABIT TIDAK ADA STANDARD DAN TIDAK LAYAK MENJADI AHLI PARLIMEN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59