Friday, 13 April 2007

ADAKAH ARTIKEL INI BERNIAT JAHAT


Kami siarkan sebuah artikel yang dimuatkan di dalam laman web The Star versi Bahasa Melayu.

ADAKAH ARTIKEL INI BERNIAT JAHAT. MUNGKINKAH AKHBAR INTERNET THE STAR VERSI MELAYU INI CUBA MELAGA-LAGAKAN KEPIMPINAN PAS DAN MEMPORAK PERANDAKAN AHLI.

KAMI YAKIN AHLI PAS MATANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI LEBIH-LEBIH RAMAI MUSUH-MUSUH KITA DILUAR SANA MENANTI UNTUK MEMBAHAM KITA JIKA KITA TIDAK MATANG. DALAM APA JUGA KEADAAN KITA MESTI KEMBALI KEPADA ISLAM SEBAGAI RUJUKAN DAN SENTIASA MEMBERIKAN WALA' KEPADA PEMIMPIN


Ahli Pas risau hala tuju parti

SAYA hanyalah seorang ahli Pas sejak tahun 1993 yang tidak punya apa-apa jawatan dalam parti. Saya amat risau dengan prestasi Pas sejak Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin Pas. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Kerisauan saya bertambah setelah saya mendengar ura-ura pihak tertentu untuk mencalonkan Ustaz Harun Taib sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan Pas tahun ini.

Saya amat bimbang dengan gabungan Hadi dan Harun ini sekiranya ianya menjadi kenyataan. Sudah pastilah bertambah keras imej Pas di mata masyarakat.

Saya yang tidak berpelajaran ini mengerti bahawa politik itu adalah persepsi. Sudahlah persepsi Pas begitu buruk sejak Ustaz Hadi memimpin Pas, ianya akan bertambah negatif dengan terbentuknya gandingan bersama Ustaz Harun Taib.

Sebagai ahli di peringkat akar umbi, saya amat berharap sekiranya Ustaz Hadi memilih untuk tidak kekal sebagai Presiden dalam pemilihan tahun ini dengan memberi laluan kepada calon Presiden yang berketrampilan sederhana dan progresif seperti Almarhum Ustaz Fadzil.

Bagi saya, Ustaz Hadi wajar meletakkan kepentingan Pas untuk diterima majoriti rakyat jauh mengatasi daripada kepentingan peribadi untuk kekal sebagai Presiden. Jika beliau mampu berbuat demikian, saya mengesyorkan supaya kepimpinan Pas memilihnya sebagai Mursyidul Am yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu uzur.

Suatu bentuk kepimpinan yang progresif perlulah diketengahkan dalam pemilihan Pas tahun ini bagi memacu pertumbuhan drastik Pas. Ingatlah bahawa Pas adalah sebuah parti politik yang bercita-cita untuk menang pilihanraya, justeru, bergeraklah sebagai sebuah parti politik. Jika tidak, ubahlah gerak kerja Pas menjadi sebuah NGO seperti ABIM.

Abu Mujahed
Kangar, Perlis

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

~penarik beca said...

Kalaupun ada yang nak sangat Ustaz Abdul Hadi Awang turun, tolong tunjuk siapa penggantinya? Nak tengok sikit!

Anonymous said...

saya rasa, sebagai ahli PAS, mereka sendiri tau bahawa PAS bukan lah sebagai parti politik semata2, tetapi PAS juga sebagai gerakan ISLAM yang akan mempertahankan , memperjuangkan , menyebarkan ISLAM kepada semua orang , dan bukan lah semata2 nak menang dalam pilihanraya. Walau bagaimanapun, PAS memang nak MENANG dalam pilihanraya kerana apabila PAS menang dalam pilihanraya, ISLAM lebih terjaga dan rakyat lebih terbela, tiddak seperti sekarang yang mana rumah rakyat diroboh sesuka hati, surau diroboh sesuka hati, anak kena culik, penjenayah kian bebas , pengamal rasuah bebas, sedang rakyat makin menderita akibat kenaikan harga minyak dan lain2.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59