Monday, 30 April 2007

BLOG AKAN DI'UPDATE'KAN SEMULA ESOK


INSYA ALLAH BLOG INI AKAN DIUPDATEKAN SEMULA BESOK SETELAH MENGALAMI MASALAH TEKNIKAL.

HARAP MAAF


Thursday, 26 April 2007

CALON BN BERSIFAT 'GANGSTER'. LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAPNYA




Seorang wartawan telah membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban berhubung satu kejadian yang berlaku lebih setahun yang lalu.

Dalam laporannya semalam, M Yohalinggam, 39, mendakwa, dalam kejadian tersebut, Parthiban pernah mengugut untuk ‘menghabiskan kariernya sebagai seorang wartawan’

Dalam laporannya – yang dibuat di balai polis Kuala Selangor – Yohalinggam berkata, dia bimbangkan nyawanya dan anggota keluargannya mungkin dalam bahaya sewaktu pilihanraya kecil Ijok, yang pengundiannya akan diadakan Sabtu ini.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parthiban, 38, yang juga setiausaha MIC Tanjung Karang, dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

“Saya sering terserempak dengan Parthiban dan anggota MIC yang lain di kawasan Batang Berjuntai dan Ijok. Saya bimbang sesuatu akan berlaku terhadap diri saya ekoran ugutan yang dibuat Parthiban terhadap saya tahun lalu,” kata Yohalinggam kepada malaysiakini.

Bagaimanapun, pihak Parthiban menyifatkan laporan polis itu dibuat bertujuan untuk mencemarkan nama baik calon BN tersebut.

“Insiden berlaku pada bulan Mac 2006. Mengapa tunggu hingga sekarang baru hendak membangkitkan semula perkara itu,” tanya seorang pembantu Parthiban ketika dihubungi hari ini.

“Lagi pula ianya adalah perkara kecil sahaja. Saya tidak fikir Parthiban benar-benar bermaksud untuk berbuat apa-apa terhadap wartawan tersebut,” tambahnya.

Parthiban tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut kerana sedang sibuk berkempen.

Masalah elektrik

Bagaimanapun, Yohalinggam berkata, kebimbangannya itu memang berasas.

“Laporan polis yang saya buat semalam adalah yang kedua mengenai insiden tersebut. Sebelum ini saya pernah membuat laporan sejurus selepas insiden itu berlaku,” katanya.

Dalam laporan pertamanya yang dibuat di balai polis yang sama pada 26 Mac 2006, Yogalinggam berkata, Parthiban telah mendekatinya pada hari berkenaan (26 Mac) untuk memberi amaran kepadanya berhubung satu artikel tulisannya.

“Saya telah menulis mengenai masalah bekalan elektrik yang dihadapi oleh penduduk Bukit Bukit Belimbing, Kuala Selangor serta meminta Majlis Daerah Kuala Selangor untuk berbuat sesuatu mengenainya,” katanya.

“Beliau tidak senang dengan laporan tesebut dan memberi amaran kepada saya supaya jangan menulis lagi artikel seumpama itu. Dalam nada suara mengungut, dia juga memberitahu saya yang dia mahu melihat sejauhmana karier saya sebagai wartawan,” tambah Yohalinggam.

Pada masa itu, Parthiban adalah ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan masih menjadi pengerusi cawangan MIC Bukit Belimbing. Ketika Yohalinggam menulis untuk akhbar harian Tamil Kural. Beliau kini bertugas dengan Malaysia Nanban.

Bimbang taktik kasar BN

Apabila ditanya tentang masa dia membuat laporan keduanya itu, Yohalinggam berkata, ia ekoran semakin meningkatkan taktik kasar yang digunakan oleh petugas BN dalam pilihanraya kecil Ijok sekarang.

“Kita dapat lihat mereka mengganggu dan dalam kes-kes tertentu, memukul mereka yang menentang calon mereka. Saya bimbang, memandangkan saya tinggal di kawasan ini dan membuat liputan mengenai pilihanraya kecil ini, saya juga mungkin menjadi sasaran kerana insiden tahun lalu itu membabitkan Parthiban,” katanya.

Dalam laporan terbarunya, Yohalinggam berkata, beliau bimbang sekiranya Parthiban memenangi pilihanraya tersebut, dia mungkin terus berdendam terhadapnya.

“Saya tidak puashati dengan cara laporan pertama saya disiasat. Saya mahu siasatan dijalankan terhadap aduan saya sebelum hari pengundian,” katanya semalam.

Ketika dihubungi, seorang pegawai polis di balai Kuala Selangor berkata, perkara itu dalam siasatan dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

Malaysiakini


TANGKAP PENGUNDI HANTU : ARAHAN PIMPINAN PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengarahkan jentera pilihanrayanya di semua peringkat supaya bersedia untuk membuat tangkapan awam bagi membanteras kegiatan pengundi hantu pada hari pengundian pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok Sabtu ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, tindakan itu penting bagi memastikan pengundi hantu ini tidak mempengaruhi keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, jentera pilihanraya PKR di semua peringkat bersedia untuk melakukan tangkapan awam jika melihat atau bertemu dengan orang yang memiliki Kad Pengenalan milik individu lain, memungut Kad Pengenalan milik orang lain dan menawarkan wang untuk mendapatkan Kad Pengenalan orang lain.

Selain itu, katanya, sebagai langkah tambahan, PKR juga akan meletakkan beberapa petugas khas bersama kamera video di semua tempat pembuangan undi bagi merakam semua aktiviti proses pembuangan undi.

“Ini bagi memastikan kita dapat mengumpul bukti terhadap mereka yang cuba mengundi bagi pihak orang lain pada hari berkenaan,” katanya.

PKR mendahului?

Pilihanraya kecil Ijok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban.

Kerusi itu kosong ekoran kematian menyandangkan Datuk K Sivalingam pada 4 April lalu.

Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan culaan-culaan terakhir, PKR setakat ini telah mendahului BN.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, BN sedang mempersiapkan pengundi hantu untuk dibawa masuk bagi memastikan PKR kalah.

“Kami tidak yakin dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana kami telah mengenalpasti sekurang kurangnya 1,187 nama pengundi yang tidak wujud dalam DUN Ijok dalam daftar pemilih tersebut,” katanya.

Malaysiakini


TERSALAH CETAK LAMBANG PKR : SPR SENGAJA ATAU TERSILAP? PENGERUSI SPR MESTI LETAK JAWATAN



KUALA SELANGOR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melakukan kesilapan mencetak logo parti itu pada Borang 8 Notis Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Naib Presidennya Azmin Ali berkata kesilapan itu adalah logo PKR yang berbentuk dua bulan sabit telah dicetak menjadi bentuk bulat sepenuhnya.

Azmin berkata warna putih pada bentuk bulan sabit tersebut juga telah ditukar kepada hitam.

Katanya kesalahan tersebut disedari setelah notis tersebut ditampal di sekitar kawasan itu sebagai pemberitahuan mengenai pengundian pada Sabtu ini.

"Kita minta SPR untuk segera membetulkan kesalahan ini kerana ini akan menyebabkan pengundi menjadi keliru," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PKR di sini hari ini.

Katanya ini bukan kali pertama PKR menyertai pilihan raya dan kesilapan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Pada hari penamaan calon, PKR telah menyertakan contoh logo PKR yang akan digunakan pada pilihan raya kecil ini dalam watikah calon dan surat kebenaran menggunakan simbol parti, jadi kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Azmin berkata pihaknya telahpun mengemukakan aduan bertulis kepada SPR semalam memintanya mengambil tindakan sewajarnya.

SUNGGUH MENGHAIRANKAN BAGAIMANA SEBUAH INSTITUSI YANG BERPENGALAMAN LUAS DAN DIDAKWA SANGAT ADIL DAN TRANSPAREN BOLEH TERSILAP MENCETAK LOGO PARTI YANG BERTANDING. SENGAJA ATAU TERSILAP.

SEJAK-SEJAK AKHIR INI KEWIBAWAAN SPR SEMAKIN TERUK DAN MENDUKACITAKAN INI SEMUA ADALAH GARA-GARA SPR YANG JELAS BERPIHAK DAN TIDAK ADIL.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENDESAK PENGERUSI SPR DAN SETIAUSAHA SPR MELETAKKAN JAWATAN SERTA MERTA


TAHNIAH KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG



Hari ini ialah hari Pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke 13.

Patik mewakili seluruh warga DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MELAKA menjunjung kasih dan tahniah ke bawah Duli sempena pertabalan Tuanku sebagai Yang diPertuan Agong yang telah menjalankan tugas sebagai ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 yang lalu.

Di harap Malaysia akan bertambah maju dan makmur. Patik juga memohon agar Tuanku dapat memimpin Malaysia menjadi negara demokrasi tulen tanpa mengamalkan diskriminasi kepada semua rakyat.


SUATU HARI NANTI RAKYAT AKAN DOAKAN ADUN MATI CEPAT UNTUK DAPAT PEMBANGUNAN



Kematian untuk sebuah pembangunan

Sepanjang penulis membuat liputan di Ijok, penulis dapat melihat beberapa kawasan yang dahulunya tidak pernah diambil kira oleh pemerintah untuk dibangunkan,. tetapi kini kawasan-kawasan tersebut mula menerima rahmat pilihan raya kecil Dun Ijok.

Wang sejumlah RM36 juta yang diumumkan untuk membangunkan Ijok oleh BN sememangnya rahmat kepada penduduk Ijok bagaimanapun jika memegang kepada kata-kata Pengerusi Impak, Haji Mahfuz Omar dalam satu kenyataannya, bahawa pembangunan melimpah akan disalurkan kerajaan ke mana-mana kawasan jika adanya pilihan raya kecil.

Beliau bimbang jika inilah kaedah yang boleh membantu rakyat untuk mendapat pembangunan, tidak mustahil satu hari nanti rakyat akan terus menunggu dan mendoakan Adun mereka meninggal dunia demi untuk mendapatkan pembangunan.

Lebih parah lagi jika kempen BN dengan menggunakan peruntukan pembangunan ini menjadi 'trend' Mahfuz berkata, mungkin suatu hari nanti ada pihak yang sanggup membunuh Adun demi kerana inginkan pembangunan.

Mahfuz bagaimanapun tidak mahu keadaan yang dibayangkan itu menjadi kenyataan satu hari nanti kerana jika demikian, sudah pasti akan wujud satu hari nanti keadaan dimana pemimpin politik tidak mahu lagi bertanding pilihan raya kerana takutkan adanya unsur khianat oleh pihak tertentu.

Petikan berita dari Harakahdaily di atas jelas membuktikan bahawa wakil rakyat yang mati lebih baik dari yang hidup kerana dengan kematian wakil rakyatlah sesuatu DUN itu akan mendapat peruntukan pembangunan yang melimpah ruah. Masjid dan surau lama dibaiki atau di buat yang baru; jalan buruk dibaiki; rumah bocor ditukar atap; bantuan datang secepat kilat dan bermacam-macam lagi nikmat pembangunan akan datang.

Kalau wakil rakyat masih hidup amat susah untuk mendapat peruntukan membaiki jalan, membaiki surau dan sebagainya.

KESIMPULANNYA WAKIL RAKYAT MATI LEBIH BAIK DARI WAKIL RAKYAT HIDUP. MUNGKIN SUATU HARI NANTI AKAN ADA RAKYAT YANG BERDOA SUPAYA WAKIL RAKYAT MATI ATAU YANG LEBIH PARAH LAGI AKAN ADA INDIVIDU YANG SANGGUP MEMBUNUH WAKIL RAKYAT UNTUK MENDAPAT PEMBANGUNAN.


PRK IJOK : HERO TAMIL TERUS MERAPU



Ibarat hero Tamil, calon BN Parthiban terus merapu apabila berkata beliau tidak mempunyai masa untuk berdebat. Kenyataan ini cukup menghairankan kerana untuk berdebat bukan memakan masa yang lama mungkin 1 -2 jam sahaja. (Kalau takut katakan takut - sebab cakap Bahasa Melayu pun tunggang terbalik macamana nak berdebat. Debat dalam Bahasa Inggeris pun tak apa kalau mahu. Cuma jangan Bahasa Tamil je, sudah tentu Tan Sri Khalid tak pandai nak berbahasa Tamil.)

Parthiban juga sekali lagi merapu apabila berkata ‘‘Tidak kira masyarakat Melayu, Cina atau India, setiap kali saya berkempen dari rumah ke rumah mereka menerima saya dan peluk saya dengan wajah ceria,’’ katanya dipetik dari laporan Utusan Malaysia hari ini. (Takkan semua orang peluk engkau hei Tambi, berpeluh-peluh takkan nak peluk, lainlah kalau engkau tu Ulama' mungkinlah orang cium tangan dan peluk, kalau setakat cikgu 'pencen' jangan haraplah. Kalau nak merapu pun biarkan logik sikit. Wanita takkan semua peluk engkau. Heroin filem Tamil di Ijok mungkin peluk engkau kot)


SEORANG RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG SEBANYAK RM9,300



Seorang bayi yang lahir pada saat ini akan menanggung RM9,300 hutang negara. Inilah kejayaan kerajaan Islam Hadhari Lah Badawi iaitu kerajaan yang penuh dengan hutang dan menuju papa. Inilah yang dikatakan pandai memerintah.

Lah Badawi berkata, kerajaan mempunyai hutang dalam dan luar negara berjumlah RM242.2 bilion atau 44.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun lalu berbanding RM228.7 bilion atau 46.2 peratus pada 2005.

Imam Al Hadhari itu berkata, daripada jumlah itu, RM217.2 bilion atau 89.7 peratus merupakan hutang dalam negara manakala RM25 bilion atau 10.3 peratus lagi adalah hutang luar negara. (Negara dah nak bangkrap kalau macam ini)

‘‘Sumber hutang dari dalam negara diperoleh daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan institusi keselamatan sosial manakala hutang luar negara pula diperoleh daripada pasaran modal antarabangsa dan pengeluaran pinjaman projek daripada institusi multilateral dan bilateral,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat semalam.

PENGUNDI IJOK PERLU RENUNG DAN FIKIRKAN HAL INI. KITA SEKARANG INI SEBENARNYA DIPERINTAH OLEH KERAJAAN YANG LEMAH, BODOH DAN TIDAK PANDAI MEMERINTAH. SILA PASTIKAN BA MENANG DI IJOK UNTUK MENGAJAR KERAJAAN ISLAM HADHARI SUPAYA BERBELANJA DENGAN BERHEMAH, TIDAK MEMBAZIR DAN TIDAK MENGAMALKAN RASUAH. YANG LEBIH PENTING LAGI JANGAN URUSKAN DUIT NEGARA MACAM DUIT MAK BAPAK MEREKA.


PIHAK KAMI MENDAPAT BANYAK ADUAN TENTANG 'PENIPUAN' DALAM DAFTAR PEMILIH IJOK


PIHAK KAMI MENGUCAP JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA PENGADU DAN PEMANGGIL YANG MEMBERIKAN FEEDBACK TENTANG 'KEDURJANAAN' SPR DAN JENTERA BN YANG MEMANIPULASIKAN DAFTAR PEMILIH DAN MENGGUNAKAN KEKERASAN DALAM KEMPEN PILIHANRAYA KECIL IJOK. PIHAK AMAT MENGALU-ALUKANNYA DAN AKAN MENYIARKAN SEGALA ADUAN TUAN-TUAN DI LAMAN INI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA JENTERA BA DI IJOK KHASNYA DAN JUGA RAKYAT MALAYSIA AMNYA.

TERIMA KASIH.


PRK IJOK : MEDIA DURJANA BN CUBA LAGAKAN PAS DAN PKR



Tidak cukup dengan senjata keganasan, serangan melalui stesyen media elektronik dan lain-lain, BN melalui surat khabar durjananya cuba melaga-lagakan PAS dan PKR dengan berita-berita yang boleh merenggangkan hubungan kedua-dua parti dalam BA tersebut.

Semalam The Star edisi Melayu online menyiarkan berita kononnya Presiden PAS merendah-rendah keupayaan dan gerakerja jentera PKR di Ijok dengan melaporkan bahawa Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata jentera PKR lemah berbanding jentera BN di Ijok.

Inilah cara dan kaedah licik dan jahat yang dilakukan oleh BN guna untuk memecah-belahkan perpaduan dalam BA untuk meraih simpati rakyat.

Berikut disiarkan berita fitnah dan jahat tersebut.

Tajuk Berita - Hadi: Jentera PKR lemah di Ijok, tidak macam BN

KUALA SELANGOR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok, yang pengundian akan berlangsung Sabtu ini.

Menurutnya Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kerusi DUN Ijok berbanding dengan PKR, walaupun PKR mendapat sedikit sebanyak sokongan daripada pengundi Cina dan India.

Beliau berkata BN yang disokong jentera pilihan raya yang lengkap dan meluas mempunyai banyak kelebihan, dan menurutnya pada pilihan raya kecil ini parti pembangkang sudah menduga akan menghadapi banyak rintangan.

"Sepanjang kempen (pilihan raya), pembangkang bukannya menghadapi sebuah parti politik, sebaliknya ia seolah-olah berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan," katanya kepada Bernama di sini.

Pilihan raya kecil DUN Ijok diadakan berikutan kematian penyandang dari BN Datuk K. Sivalingam pada 4 April lepas. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang dengan kelebihan 1,649 undi mengalahkan calon PKR dan bebas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN K. Parthiban, 38, seorang guru, bertarung satu lawan satu menentang calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 61, seorang korporat.

Ditanya mengenai kempen parti pembangkang yang banyak menyentuh isu nasional dan bukannya isu yang menyelubungi penduduk Ijok, Abdul Hadi berkata kempen isu nasional lebih berkesan kerana ramai kalangan rakyat tidak mendapat maklumat mengenai pelbagai perkembangan semasa.

Berhubung tahap kerjasama PAS dan PKR bagi mencapai matlamat politik masing-masing, Abdul Hadi berkata kedua-dua parti menjalin hubungan erat dan menghadapi pilihan raya kecil Ijok sebagai "satu latihan" bagi menghadapi tugas lebih besar iaitu pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menyifatkan PAS dan PKR mempunyai hubungan paling kukuh pada masa ini, apabila jentera dan penyokong masing-masing sentiasa saling membantu di Ijok.

"Saya melihat keakraban mereka sehingga ada anggota-anggota parti PAS yang memakai logo PKR dan mengusung bendera PKR," katanya.

Beliau berkata di Ijok juga PAS dan DAP mempunyai persefahaman, iaitu PAS bertumpu kepada kawasan majoriti didiami kaum Melayu, manakala DAP di kawasan berpenghuni Cina.


PRK IJOK : UNTUK MENANG PKR RERLU ATASI BILANGAN PENGUNDI HANTU YANG RAMAI


Untuk menang di Ijok, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengatasi majoriti Barisan Nasional sebanyak 1,649 undi pada Pilihanraya Umum 2004 dan berharap sokongan pengundi Melayu dan Cina boleh membawa kelebihan kepadanya. 80%-90% Pengundi India dijangka memberikan undi kepada Parthiban.

Di atas kertas, PKR memerlukan kira-kira 500 hingga 600 undi lagi untuk menang.

Bagaimanapun "keyakinan" PKR itu dinyatakan sebelum timbul isu kehilangan beberapa ratus pengundi daripada senarai pemilih, selain dakwaan kewujudan pengundi luar daerah yang tidak dikenali.(Satu taktik kotor yang sering menjadi senjata BN dengan bantuan SPR, JPN dan lain-lain makhluk yang durjana)


Maka untuk menang PKR mesti berusaha lebih gigih untuk 'menimbus' bilangan 'pengundi hantu' yang mungkin mencecah ribuan orang.

Menurut seorang pengamat politik, berdasarkan semangat kempen di Ijok saat ini, pengundi-pengundi Melayu dan Cina kali ini lebih selesa memilih calon parti tersebut Tan Sri Khalid Ibrahim berbanding calon Barisan Nasional, K. Parthiban.

Daripada 12,272 orang di Ijok, 51.8 % terdiri daripada pemilih Melayu, 27.7% India dan 20.6% Cina.

"Pengundi Melayu mungkin beralih untuk menyokong calon PKR, begitu juga pengundi Cina. Tetapi lebih ramai pengundi India dijangka akan menyokong calon BN," katanya, sambil menambah pekerja-pekerja kempen PKR menjadikan pilihan raya kecil itu untuk menjelaskan isu-isu nasional yang selama ini kurang tersebar seperti komisen hasil pembelian senjata dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Isu-isu di sebalik pemberian komisen dalam kontrak pembelian pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene tidak dilaporkan di media perdana, jadi PKR boleh menjelaskannya di kempen-kempen di peringkat bawah."

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang melawat Ijok semalam, berkata walaupun PKR boleh meraih undi simpati daripada pemilih Cina dan juga India, tetapi seperti biasa BN sentiasa mendahului pembangkang dalam pilihan raya kecil kerana penyelewengan dan penggunaan jentera kerajaan secara tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang.

"Sepanjang kempen (pilihan raya), pembangkang bukannya menghadapi sebuah parti politik, sebaliknya ia seolah-olah berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pengamat politik itu, yang enggan dikenali, berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas isu rasuah membayangkan reaksinya, sebagai ketua kempen BN di Ijok, terhadap isu-isu rasuah yang dibangkitkan oleh PKR.

Seorang lagi pengamat politik, yang bertugas memantau pilihan raya kecil itu, pula berkata kehadiran anggota keselamatan yang terlalu ramai untuk mengawal penjalanan pilihan raya kecil itu mungkin membawa kesan negatif kepada pengundi.

"Kehadiran polis yang terlalu ramai akan menimbulkan ketakutan di kalangan pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka, seolah-olah berlaku perang saudara di sini sekarang," katanya, sambil menambah kehadiran polis secara besar-besaran boleh mengurangkan peratus keluar mengundi.

Ini juga mungkin menjadi taktik BN untuk menakut-nakutkan pengundi supaya pengundi tidak keluar mengundi seperti yang pernah mereka lakukan pada pilihanraya kecil Bukit Payong di Terengganu tahun 90-an dahulu.


KEGANASAN TERUS MENJADI SENJATA JENTERA BN



Mungkin mereka tidak dapat menyaingi hujah dan isu yang dibawa oleh BA maka jentera BN Islam Hadhari menggunakan senjata kekerasan dan keganasan untuk melemahkan dan menggagalkan kempen BA.

Semalam sekali calon dan beberapa orang penggerak jentera BA diperlakukan sedemikian rupa oleh penyokong-penyokong BN yang ganas dan bengis. Malaysiakini melaporkan bahawa sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh calonnya Tan Sri Khalid Ibrahim diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika mereka mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Ladang Coalfield, dekat Ijok petang tadi.

Bagaimanapun, Khalid (foto) tidak cedera kerana sempat dibawa pergi dari tempat kejadian.

Ketua PKR bahagian Klang, P Krishnasamy, 46, bagaimanapun cedera dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

Menurut Krishnasamy, Khalid dan kumpulan penyokong PKR itu mengadakan kempen dari rumah ke rumah apabila kira-kira 10 lelaki muncul dan mengarah mereka meninggalkan kawasan perumahan di ladang tesebut.

Kumpulan lelaki itu kemudiannya dikatakan bertindak membelasah para enyokong PKR itu. Krishnasamy mengenal pasti salah seorang penyerangnya sebagai Balakrishnan.

“Mereka memukul saya, mengoyak baju saya dan memecahkan kaca mata saya,” katanya.

“Saya terus memberitahu penyokong PKR itu supaya membawa Tan Sri (Khalid) pergi dari situ,” tambahnya.

Krishnasamy, yang mengetuai pusat operasi PKR di Tuan Mee, dan tiga orang lagi tidak dapat pergi dari situ apabila pintu masuk ke ladang tersebut telah dikunci.

“Kami masih berada di sini dan kami masih menunggu untuk dibawa keluar dari sini supaya kami dapat membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi malaysiakini kira-kira sejam lalu.

Bagaimanapun, difahamkan kira-kira jam 7.40 malam, mereka berada di balai polis Ijok untuk membuat aduan.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, kejadian tersebut berlaku selepas beliau berkempen ke 20 rumah di situ.

Bukan pertama kali

“Kumpulan itu kelihatan marah dan berkata mereka akan menutup pintu masuk ke estet tersebut dan mengarahkan keluar dari situ.

“Pada pandangan Krishnasamy, kami patut selesaikan terlebih dahulu kempen dari rumah ke rumah di situ dan kemudiannya baru beredar, tetapi mereka mula mengganggu kami,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama taktik gangguan seumpama itu digunakan ketika Khalid berkempen.

Minggu lalu, kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang memakai uniform Pemuda Barisan Nasional (BN), didakwa cuba menggangu Khalid dan dua jurugambar sambilan, termasuk blogger Jeff Ooi.

Perayu undi PKR terpaksa minta bantuan polis

Kumpulan perayu undi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa memanggil bantuan polis sebelum dapat berkempen di Ladang Coalfield, Ijok Ahad lalu.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, R Viriya berkata, beliau bersama kira-kira 20 perayu undi PKR berbangsa India, pergi ke ladang tersebut untuk menjalankan kempen dari rumah ke rumah sekitar jam 4 petang.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, berpuluh-puluh penyokong MIC menghalang mereka daripada memasuki kawasan ladang atas alasan ‘ia kawasan MIC’.

“Kami yang ketakutan menelefon polis yang tiba kemudiannya dan meminta kedua-dua pihak bertenang dan memberi kerjasama membenarkan perayu undi PKR masuk ke kawasan ladang.

“Penyokong MIC berkeras tidak membenarkan perayu undi PKR masuk, tetapi dengan campurtangan anggota polis, kami sempat pergi ke beberapa rumah peneroka,” katanya.

Bagaimanapun, Viriya mendakwa, setelah anggota polis pulang, sekali lagi penyokong MIC terbabit mengarahkan mereka keluar dari Ladang Coalfield.

Perayu undi

“Kami sekali lagi terpaksa memanggil anggota polis yang tiba kira-kira jam 7 petang dan mengiringi perayu undi PKR beredar dari ladang itu,” katanya ketika ditemui di Batang Berjuntai, semalam.

Pilihanraya Ijok yang akan diadakan Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), K Pathiban, 38, dengan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

Pilihanraya kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk K Sivalingam 4 April lalu.

Ijok yang terletak di kawasan Parlimen Kuala Selangor, mempunyai 12,272 pemilih, termasuk 39 pengundi pos. Dari jumlah itu, 51.04 peratus adalah pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina

Viriya berkata, perayu undi PKR sudah beberapa kali mencuba untuk memasuki Ladang Coalfield tetapi tidak berjaya kerana dihalang oleh penyokong MIC.

Edar cadera padat

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR, S Manikavasagam berkata, walaupun dihalang, pihaknya tetap berkempen di kawasan estet di Ijok.

Katanya, sambutan yang diterima setakat ini menggalakkan setelah beberapa pemimpin utama India dalam PKR turun padang menemui sendiri mereka.

“Kami membawa isu yang sangat dekat dan memerlukan perhatian pengundi kaum India seperti kemiskinan, pendidikan dan perumahan yang masih ketinggalan berbanding kaum lain.

“Kami bukan sahaja bertemu dan memberitahu mereka, tetapi turut mengedarkan cakera padat (VCD) dan risalah mengenai isu semasa supaya mereka lebih faham,” katanya.

Baru-baru ini, katanya, 3,000 VCD mengenai perobohan kuil di Selangor dan kematian seorang remaja India, G Francis Uddayappan diedarkan kepada pengundi India Ijok.


Wednesday, 25 April 2007

SELANGOR CATAT REKOD JENAYAH PALING TINGGI TAPI POLIS SIBUK GANGGU CERAMAH BA DI IJOK



Selangor mencatatkan rekod kejadian jenayah paling banyak sepanjang tahun lepas dan secara keseluruhannya perbuatan jenayah kekerasan dan harta benda di seluruh negara meningkat kepada 198,622 kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata statistik yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan jumlah kes jenayah yang dilaporkan tahun lepas jauh meningkat berbanding 157,459 dalam tahun 2005 dan 156,455 kes pada 2004.

Tetapi malangnya Musa Hassan dan kuncu-kuncunya masih sibuk mengganggu ceramah BA di Ijok. Sepatutnya Musa Hassan mengarahkan Polis Selangor menumpukan perhatian menangani masalah jenayah bukannya mengganggu ceramah BA seperti yang mereka lakukan di Ijok sekarang.

Nampaknya Polis Malaysia sekarang seolah-olah bingung tidak tahu membezakan penjenayah dan ahli politik. Polis seolah-olah merasakan ahli politik pembangkang lebih bahaya dari penjenayah sebab itu mereka lebih bersungguh bertindak kepada pembangkang dari penjenayah. Ini semua disebabkan Polis Malaysia tidak professional dan seringkali berpihak kepada pemerintah BN.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Alexander Nata Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata jenayah kekerasan tahun lepas ialah sebanyak 42,343 kes berbanding 22,133 dalam tahun 2005 manakala jenayah harta benda 156,279 kes berbanding 135,326 kes tahun 2005.

Alexander dalam soalannya meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah selama lima tahun (dari tahun 2002 hingga 2006).

Abdullah berkata jenayah kekerasan yang dimaksudkan ialah bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun termasuk menggunakan senjata api, pemerasan, ugut jenayah, merusuh dan mencederakan.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jenayah kekerasan paling tinggi tahun lepas sebanyak 12,395 kes, diikuti oleh Johor (6,617) dan Kuala Lumpur (6,091).

Katanya jenayah harta benda pula terdiri daripada perbuatan curi harta benda, curi kenderaan, ragut dan pecah rumah.

Tiga negeri yang sama mencatatkan kes jenayah harta benda paling banyak iaitu Selangor 41,875, Johor (21,852) dan Kuala Lumpur (19,145).

Sementara itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pihak polis supaya berhenti mengganggu aktiviti parti tersebut di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau terkejut dengan gangguan-gangguan terhadap ceramah PKR sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Ahli-ahli parti kami telah diancam akan ditangkap oleh polis sewaktu mengadakan ceramah.

"Tetapi apabila ahli-ahli kami diancam dicederakan oleh samseng Barisan Nasional sewaktu mengadakan kempen dari rumah ke rumah, tiada sebarang tindakan yang diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, menurut kenyataan tersebut, pengeluaran permit untuk ceramah sewaktu pilihanraya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah.

Polis juga, katanya, cuba menghentikan ceramah oleh Wan Azizah di Pekan Batang Berjuntai, Jalan Besar.

"Saya menggesa pihak polis supaya bersikap profesional dan tidak memihak.

"Saya bimbang tindakan ganas dan gangguan terhadap pekerja dan penyokong parti kami akan bertambah dalam tempoh beberapa hari ini,” kata Wan Azizah lagi.

Jaga kepentingan rakyat

Katanya, pihak polis sepatutnya berkhidmat menjaga kepentingan rakyat, dalam kes ini, penduduk Ijok, yang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.

Menurut kenyataan itu lagi, pada malam Selasa lalu, pihak polis cuba menghentikan sekurang-kurangnya empat ceramah PKR di Ijok. Pada malam Isnin, para pegawai polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengerumuni sebuah ceramah PKR dan berusaha untuk menghentikannya.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak polis kepada peguam PKR pada malam itu ialah Umno juga menganjurkan satu majlis di Batu 4 dan di Jalan Besar di Pekan Batang Berjuntai dan jalan tersebut sempit untuk menampung orangramai.

Pihak polis juga, kata kenyataan itu lagi, berkata ceramah di Restoran Hai Ye Tian di Simpang 3 Pekan Ijok akan menyebabkan kesesakan lalulintas manakala satu lagi ceramah yang diadakan di Padang Taman Muhibah di Sungai Darah bertembung dengan majlis taklimat yang diadakan Jabatan Penerangan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, ceramah PKR telah menarik lebih seribu orang setiap malam di banyak tempat yang diadakan, termasuk ceramah yang diganggu oleh pihak polis, tanpa menyebabkan masalah lalulintas atau mengganggu ketenteraman awam.

Malam tadi, barisan pemimpin DAP turun ke Ijok untuk membantu kempen calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen DAP – Chong Chong Eng Fong Po Kuan, Dr Tan Seng Giaw – dan Adun DAP Sekincan, Ng Swee Lin.

Turut sama ialah Ahli Parlimen PAS, Salahudin Ayub, yang juga ketua Dewan Pemuda PAS pusat.

Petikan Mstar dan Malaysiakinis


KERAJAAN KHIR TOYO KENA SAMAN


Kepala Khir Toyo bertambah pening apabila kerajaan Islam Hadharinya disaman oleh rakyat hari ini. (Bertambah berminyaklah muka Khir Toyo yang semakin licin semenjak mendapat khidmat pakar muka.)

Malaysiakini melaporkan bahawa seramai 130 pemilik tanah lot untuk Projek Perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut gantirugi RM14 juta kerana gagal menyiapkan projek tersebut.

Saman itu difail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguam mereka, Wan Shahrizal Wan Laden dan Devano Hasbi semalam.

Mereka turut menamakan Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor sebagai defendan kedua dan pemaju projek perumahan itu, Bumi Circle Sdn Bhd, sebagai defendan ketiga, demikian menurut laporan Bernama.

Dalam penyataan tuntutan saman itu, plaintif menuntut ketiga-tiga defendan membayar gantirugi khas sebanyak RM3.9 juta dan gantirugi am sebanyak RM10.1 juta kerana gagal menyiapkan projek perumahan itu yang sepatutnya disiapkan pada tahun 2005.

Mereka mendakwa tapak tanah dalam bentuk tanah lot bagi projek perumahan itu diberi oleh kerajaan Selangor kepada Bumi Circle yang dilantik sebagai pemaju pada tahun 1998 untuk dibangunkan sebagai rumah atau kedai.

Projek tergendala

Bagaimanapun, kata mereka, projek yang dirancang untuk dibina di tanah seluas 86 hektar itu gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah serta yuran guaman bagi urusan perjanjian jual beli telahpun dibuat.

Akibat daripada kegagalan pemaju menyiapkan projek itu, mereka mendakwa telah mengalami kesusahan kerana terpaksa membayar ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan dan perlu membayar sewa rumah.

Dalam tuntutan itu, mereka turut mendakwa, kerajaan negeri dan Pejabat Tanah Kuala Selangor telah melantik pemaju lain iaitu Probil Sonati Development Sdn Bhd pada tahun 2006 bagi meneruskan projek tersebut, namun ia masih gagal disiapkan.

Projek itu kemudian disahkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai projek terbengkalai pada 5 April lalu.


MATA LEBAM DI IJOK. ANGKARA BN



Tragedi mata lebam berlaku sekali lagi setelah tragedi yang sama dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara. Tetapi tragedi mata lebam kali ini tidak berlaku di dalam penjara tetapi dilakukan oleh 'pengganas' BN beberapa hari lalu.

Jurugambar bebas(gambar matanya) dicederakan oleh penyokong parti ganas 'BARISAN NAJIS' yang mendapat pengiktirafan dari Polis. Sehingga kini kita tidak tahu apa hasil siasatan Polis dan berapa orang telah ditahan atas kesalahan tersebut.

Kebiasaannya penyokong parti ganas BARISAN NAJIS ini bebas melakukan kesalahan dan mereka ini tidak akan dipersalahkan, sebaliknya penyokong parti pembangkang akan dipersalahakan. Media akan memutarkan cerita seolah-olah penyokong pembangkang yang durjana dan memulakan pergaduhan dan provokasi.

Dunia sudah terbalil akibat dari pemerintahan Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan.


PEJUANG RAKYAT ATAU HERO FILEM TAMIL?





PENGUNDI IJOK BUKALAH MATA KAMU AGAR DAPAT MEMILIH CALON YANG BERKALIBER DAN BERPENGALAMAN LUAS IAITU TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM. TOLAKLAH HERO 'FILEM TAMIL' PARTHIBAN UNTUK MENYEDARKAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG ZALIM, BONGKAK, PENUH RASUAH DAN PENYELEWENGAN SERTA ZALIM.


SAMY 'NO VALUE' CUBA TUTUP KESALAHAN LALU



Semalam salah seorang 'pemimpin agung' kerajaan Islam Hadhari cuba menutup kesalahan lalu dari diingati oleh rakyat.

Beliau berkata "Jikalau kami mahu, kami boleh juga mengeluarkan beribu-ribu gambar berkenaan dengan pemimpin mereka. Tetapi kami tidak buat kerana apa yang berlaku masa dulu kita tidak mahu ingat (bangkitkan) lagi," katanya.

Samy 'No Value' berkata demikian akibat marahnya beliau kepada jentera BA di Ijok yang mengedarkan risalah mengenai salah laku dan penyelewengan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional.

"'Aiseh' Samy 'No Value' jangan itu macam, dulu punya salah kita mau ingat, jangan nanti kita kena tipu itu sama uuurang macam Samy 'No Value' dan Pak Lah satu kali lagi"

"Ooooooo banyak sinang mau lupa lu punya jahat aaaa, lu sudah sebat itu duit, projek banyak-banyak, lu sudah kenyang.........sekarang mau rakyat lupa itu suma...........piiiirrrraaaaaaaaaaaahhhh Samy, lu memang Samy 'No Value'"


HADIAH-HADIAH DARI 'SANTA KLAUS' KEPADA ORANG IJOK




Ehsan Malaysiakini


DAP TURUN 'ALL OUT' DI IJOK



Perpaduan di kalangan parti pembangkang nampak jelas di Ijok. BA yang terdiri dari PAS dan PKR telah mendapat kerjasama yang baik dari rakan pembangkang iaitu DAP. Ini jelas apabila DAP awal-awal lagi telah menubuhkan pasukan kempennya di Ijok dengan diketuai oleh Ronnie Liu dan lain-lain pemimpin DAP Selangor.

Pemimpin-pemimpin besar DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tan Seng Giaw, Chong Eng, Fong Po Kuan dan lain-lain semuanya turun berkempen di Ijok bagi membantu Tan Sri Khalid.

Lebih manis lagi 'feedback' dari pengundi Cina jelas menunjukkan bahawa mereka menerima calon PKR. Ini ditambah lagi dengan kerja kuat DAP, NGO, pemimpin PKR berbangsa Cina yang tidak jemu-jemu bertemu dan berkempen kepada mereka.

Syabas pembangkang.


POLIS JADI 'PASUKAN GEMPUR' BN




Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai pasukan Polis yang sanggup diperkudakan oleh parti pemerintah untuk kepentingan parti pemerintah. Polis yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti dan tugas utamanya menjaga keselamatan rakyat meneruskan sifat berpihaknya pada kempen pilihanraya kecil DUN Ijok sekarang.

Ceramah-ceramah BA diganggu dan diberhentikan atas pelbagai alasan manakala ceramah-ceramah BN dibiarkan tanpa gangguan. Janji Polis untuk bersifat MESRA RAKYAT hanyalah omongan kosong yang tidak berpenghujung. Hakikatnya Polis terus menjadi KUDA TUNGGANGAN parti pemerintah.

Duit rakyat yang sepatutnya digunakan oleh Polis untuk menjaga keselamatan rakyat sebaliknya 'dirompak' oleh Polis dan pemerintah untuk mengacau program-program parti pembangkang yang sah berdaftar.

INGAT WAHAI POLIS DAN KERAJAAN KAMI TIDAK AKAN REDHA WALAU SESEN PUN DUIT KAMI DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI POLIS DAN PARTI PEMERINTAH

Tidak cukup dengan pelbagai janji manis ditabur pemimpin Barisan Nasional, gumpalan jutaan wang rakyat bertaburan di merata-merata, projek menurap jalan dan parit panjang, keresahan BN semakin menyerlah apabila kempen pilihan raya yang dibenarkan selama sembilan hari juga akhirnya dicabuli untuk memastikan pembangkang khususnya KeADILan diasak hebat dan kecundang pada pusingan pertama.

Ini terbukti apabila dua insiden semalam diganggu polis di dua tempat ceramah yang berasingan.

Kejadian pertama berlaku di Restoran Hai Yee Tian, Simpang Tiga Ijok pada jam 8.30 malam, di mana pemimpin DAP, YB Tan Seng Giau (Ahli Parlimen Kepong) dan YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) telah didatangi seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Ng meminta ceramah yang bakal diadakan di situ dibatalkan serta-merta.

"If you can show me the valid assembly permit, you can proceed, simple as that," kata ASP Ng kepada YB Tan,namun dibantah seorang peguam Latheefa Koya bahawa pihak penganjur sudah pun memohon untuk mengadakan permit pada malam itu, termasuk di enam kawasan yang berasingan.

Dalam keadaan kelam kabut, orang ramai yang hadir kira-kira 200 orang melaungkan rasa tidak puas hati atas tindakan pihak polis yang berat sebelah, sedangkan di seberang jalan, satu lagi ceramah BN yang diadakan di Restoran Cheng Sung tidak mendapat sebarang gangguan.

Ceramah yang diadakan oleh BN tersebut hanya dihadiri sekitar 50 orang walaupun jamuan makan malam tersebut telah ditaja secara percuma.

Sungguhpun begitu, YB Tan tetap meneruskan ceramahnya di hadapan orang ramai,sambil meminta pihak polis melayan semua pihak secara adil tidak kira sama ada pihak parti pemerintah mahupun parti pembangkang dan tetap berpegang kepada motto profesional polis iaitu cekap, mesra dan beramanah.

"Pisang sesikat susu sebelanga, tanda muafakat bersama-sama," dengan pepatah melayu YB Tan mencuit hati para hadirin yang majoritinya berbangsa Tiong Hua yang tekun dan bersemangat mendengar ucapan beliau.

Selang 15 minit, secara tiba-tiba pihak penganjur telah dimaklumkan bahawa permit kemudian diluluskan 'secara mudah' oleh pihak polis dan ramai yang menyifatkan usaha awal menghalang cermah tadi adalah sebagai tindakan provokasi polis serta cubaan psikologi untuk menakut-nakutkan pengundi yang hadir pada setiap ceramah pemimpin pembangkang.

Pekan Batang Berjuntai 'disergah' FRU

Sementara itu, di pekan Batang Berjuntai, satu lagi ceramah KeADILan diganggu polis dengan sebuah 'water cannon' dan lima trak FRU, bersama dengan kekuatan kira-kira 100 anggota FRU dan polis.

Keadaan itu menyebabkan jalan raya di situ menjadi sesak apabila pihak polis bertindak menyekat jalan tersebut.

Ceramah tersebut diadakan di perkarangan kedai motosikal Seng Koe Trading, berhadapan Sekolah SRJK (C) Yuk Chih.

"Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa KeADILan telah menang di Ijok. Ini adalah provokasi polis. Kita akan bersurai secara aman kerana kita rakyat yang mematuhi undang-undang," tegas Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali yang turut berucap di majlis tersebut.

Turut kelihatan bersama beliau ialah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Dalam keadaan tegang itu, orang ramai yang hadir kira-kira 150 orang bersurai secara aman walaupun dengan rasa tidak puas hati dan marah atas kebiadapan pihak polis membatalkan ceramah seterusnya menyekat kempen pilihan raya parti KeADILan.

Difahamkan, polis bertindak menghentikan tiga ceramah KeADILan di Ijok malam tadi kerana mendakwa ianya diadakan tanpa kebenaran manakala, tiga lagi ceramah KeADILan, yang tidak mendapat permit polis, berjalan seperti yang dijadualkan.

Khidmat rawatan percuma BA dihalang petugas BN

Sebelum itu pada sebelah paginya, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku ekoran bimbang dengan khidmat masyarakat yang dilakukan BA dalam kempen pilihan raya kecil Ijok, penduduk dan petugas BN di Kampung Rantau Panjang, bertindak menghalau sekumpulan doktor BA tersebut yang ingin melakukan khidmat kesihatan percuma kepada penduduk di kampung tersebut.

Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali, Dr Rainey Azmi dan beberapa doktor lain serta pembantu mereka telah dikepung dan dihalau keluar dari kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Dr Lo'Lo' dan rakan-rakannya mula memasuki kampung berkenaan dan mula menyusun ubat-ubatan di salah sebuah rumah penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki muncul dan meminta mereka keluar dari kampung tersebut, diikuti beberapa penduduk kampung yang memakai t-shirt BN, termasuk wanita sambil melemparkan kata-kata kesat.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak menendang kerusi dan meja di sekitar rumah tersebut bagi menghalau Dr Lo' Lo'. Dipercayai beberapa petugas wanita BN turut menghalau mereka.

Sehubungan itu, Dr Lo' Lo' membuat laporan polis di Balai Polis Batang Berjuntai, pada jam 1 petang, dan laporan itu diterima seorang pegawai balai tersebut, Segar a/l Retnam.

Sementara itu, Dr Lo' Lo' yang ditemui selepas itu, di Kampung Bukit Badong untuk khidmat kesihatan percuma BA, berkata tindakan itu menunjukkan sikap tidak rasional penduduk dan petugas BN.

"Kita bukan buat apa-apa. Kita cuma mahu agihkan ubat. Tepulanglah nak undi siapa. Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati demokrasi di negara ini," tegas beliau.

Petikan dari Harakahdaily


Tuesday, 24 April 2007

APA TAJUK DRAMA TAMIL INI????



KAWAN-KAWAN TOLONG BERIKAN TAJUK KEPADA DRAMA TAMIL DI MANA DUA ORANG PELAKON HANDALAN IAITU MGR SAMY VELLU DAN PANDITHAN BERAKSI SEMASA PENGAMBARANNYA DI IJOK SEMALAM. TAJUK DRAMA INI BELUM DIPUTUSKAN LAGI. SILA BERI CADANGAN.


IJOK CATATKAN REKOD DUNIA



Mungkin Ijok akan disenaraikan sebagai tempat di mana ramainya warga emas yang berumur lebih dari 100 tahun. Ini terbukti apabila senarai daftar pemilih DUN Ijok menunjukkan pemilih yang berumur lebih 100 tahun adalah ramai mungkin mencecah puluhan atau ratusan orang. Nampaknya Malaysia akan lebih terkenal selepas ini sebagai negara paling ramai orang tua berumur lebih 100 tahun dan nama Malaysia akan terpahat di dalam rekod dunia.

Agaknya selepas ini semakin ramai pelancong warga emas akan datang ke Malaysia kerana Malaysia merupakan bumi bertuah di mana rakyatnya hidup lama sehingga umur mencecah 100 tahun lebih. Mungkin juga selepas ini ramai rakyat asing yang ingin bermastautin di sini dan membuat permohonan untuk menjadi penduduk tetap dan rakyat Malaysia kerana mereka berharap umur mereka panjang juga.

Selain itu undang-undang pilihanraya Malaysia juga mencatat rekod kerana kanak-kanak berumur 9 tahun pun boleh mengundi. Memang banyak betul perkara pelik dalam sistem pilihanraya di Malaysia. Pengerusi SPR Malaysia adalah pengerusi SPR (atau Jawatankuasa Pilihanraya atau apa-apa namun di negara lain) terbaik di dunia kerana proaktif dan aggresif sehingga budak berumur 9 tahun pun didaftarkan dan layak mengundi.


UNDILAH KHALID UNTUK SELAMATKAN SELANGOR DAN NEGARA - TUAN GURU PRESIDEN



PAS mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok kerana ada petanda rakyat mahukan perubahan melalui pilihanraya, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Oleh kerana itu, katanya, PAS menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kita (PAS) tunjuk protes di Batu Talam dan Machap kerana membantah perjalanan pilihanraya yang tidak adil dan telus," kata Hadi ketika berceramah membantu Khalid di Bukit Badong dekat Ijok malam tadi yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Khalid akan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban dari MIC. Kerusi DUN Ijok kosong selepas kematian wakil rakyatnya, Datuk K Sivalingam pada 4 April lalu.

Ijok yang terletak di bawah Parlimen Kuala Selangor, mempunyai 12,272 pemilih, termasuk 39 pengundi pos. Dari jumlah itu, 51.04 peratus adalah pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, PAS memang tidak puas hati dengan perjalanan pilihanraya di negara ini kerana ia tidak memberi keadilan kepada parti pembangkang yang bertanding.

Bagaimanapun, katanya, PAS terpaksa mengambil bahagian dalam pilihanraya untuk membawa perubahan di negara ini.

“Amanah besar’

Abdul Hadi berkata, politik dan pemerintahan merupakan amanah yang besar kerana jika tersalah pilih, ia akan membawa kepada kehancuran.

"Sebagai contoh, di negara lain semua calon yang bertanding berpeluang muncul di televisyen bagi menerangkan polisi yang akan dibuat untuk dinilai oleh pengundi.

"Ada negara yang mengadakan debat di kalangan calon yang bertanding tetapi ia tidak dibuat di negara ini," katanya.

Abdul Hadi mendakwa, rakyat dibeli dalam setiap kali pilihanraya “kerana BN mahu memerintah sehingga kiamat”.

BN, katanya, memerintah sejak puluhan tahun lalu sedangkan di Indonesia, Thailand dan beberapa negara lain sudah mengalami perubah parti memerintah dan pemimpin.

Sehubungan itu, Abdul Hadi meminta pengundi memilih Khalid untuk menyelamatkan Selangor dan negara.

"Khalid umpama sekuntum bunga yang indah, orang berakal, berpelajaran dan berpengalaman untuk mewakili penduduk Ijok," katanya.

Malaysiakini


GEMPAR !!!!! PENGUNDI UMUR LEBIH 100 TAHUN DAN UMUR 9 TAHUN ADA DALAM DAFTAR PEMILIH DUN IJOK


INI ADALAH SALAH SEORANG PENGUNDI DI DUN IJOK. KALAU MENGIKUT KAD PENGENALANNYA PENGUNDI INI BARU BERUMUR 8 TAHUN. PETUGAS-PETUGAS BA TOLONG CHECK SAMADA PENGUNDI INI BETUL-BETUL UJUD ATAU TIDAK????? TERIMA KASIH KEPADA KECIK2 DAN BLOG arifabdul.blogsome.com KERANA 'HIGHLITE' HAL INI.
KAMI MEMBUAT PENYEMAKAN DI LAMAN SPR DAN TERNYATA PENGUNDI INI MEMANG ADA DALAM DAFTAR PEMILIH. KAD PENGENALANNYA BERNOMBOR : 990518-61-0029

DI BAWAH INI ADALAH KETERANGAN YANG DIPAPARKAN DI LAMAN WEB SPR
MEDAN KETERANGAN
Kad Pengenalan : 990518610029 / 1203758
Nama : ISPANI B MOHD REJO
Jantina : L
Lokaliti : 096 / 11 / 04 / 001 - KG BKT BADUNG
Daerah Mengundi : 096 / 11 / 04 - BUKIT BADONG
DUN : 096 / 11 - IJOK
Parlimen : 096 - KUALA SELANGOR
Negeri : SELANGOR
Pusat Mengundi : SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BADONG
Saluran : 4
Masa Mengundi : 08.00 PAGI - 05.00 PTG
No Siri : 1913

UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT SETERUSNYA SILA LAWATI : http://arifabdull.blogsome.com/2007/04/24/n11-ijok-bn-pasti-akan-menang-di-ijok DAN http://malaysia-today.net/blog2006/reports.php?itemid=4107


SEMUANYA HARTA MAK BAPAK MEREKA



Perpustakaan Awam di Ijok pun dijadikan Bilik Gerakan BN. Itulah perangai pemimpin dan penyokong BN yang merasakan semua bangunan milik kerajaan adalah milik Umno/BN. Mereka tidak dapat membezakan harta kerajaan dan harta parti. Mereka tidak dapat membezakan harta awam dan harta mak bapak mereka.

SEMUANYA MACAM HARTA MAK BAPAK MEREKA. MEMANG DASAR TAK TAU MALU


TV3 TERUS JADI TUKANG KEMPEN BN


TV3 suku wajar di boikot kerana sejak dari dahulu sehingga sekarang terus menjadi 'tukang kempen' nombor 1 BN pada setiap pilihanraya. Buletin 1.30 tengahari tadi sekali lagi TV3 suku terus memainkan peranan 'menjilat' pemimpin dan Calon BN, Parthiban apabila menayangkan kebaikan Parthiban yang sangat menyayangi orang tua dan sentiasa membantu rakyat.

Parthiban ditemuramah oleh wartawan TV3 suku Teynmoli Subramaniam tentang bagaimana sayangnya Parthiban kepada mendiang kedua orang tuanya. Parthiban juga digambar sangat prihatin kepada masalah rakyat.

Inilah TV3 suku yang peranannya semakin hari semakin meloyakan kita apabila sentiasa 'menjilat' apa juga tindakan pemimpin Islam Hadhari. TV3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan dan lain-lain langsung tidak menunjukkan sifat demokrasi dalam media.

Kalaupun TV3 suku sesekali menayangkan berita tentang pembangkang, berita tersebut hanyalah menguntungkan BN dan kerapkali ucapan dan pandangan pemimpin pembangkang ditayangkan sekerat jalan dan belum habis ayatnya ia dipotong.

Memang wajar rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi memboikot TV3 suku dan Media Prima syarikat induk TV3 dan sekutunya NTV7, TV8 dan TV9.

BOIKOT TV3.


'SANTA KLAUS' DAN PEJUANG RAKYAT




Kedua-duanya pernah memegang jawatan nombor 2 tertinggi dalam negara. Salah seorangnya naik kerana karismanya serta ketokohannya manakala seorang lagi naik kerana dia anak pemimpin tertinggi bukan kerana kecerdikan dan karismanya.

Salah seorangnya pernah dipalit dengan pelbagai tuduhan seperti 'perampas isteri orang', kaki betina, mr. komisen dan sebagainya. Paling tragis beliau dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Seorang lagi pernah difitnah sebagai 'kaki bontot', pengamal rasuah sehinggalah beliau diisytiharkan bersih oleh mahkamah.

Salah seorangnya sejak akhir-akhir ini digelar SANTA KLAUS kerana pada setiap kali kempen pilihanraya macam-macam hadiah dan projek dia bagi dan janji kepada rakyat manakala seorang lagi digelar PEJUANG RAKYAT kerana ingin membebaskan rakyat dari belenggu BN (BARISAN NAJIS).

MEREKA BERDUA SEDANG 'BERTEMPUR' DI IJOK BERIRINGAN DENGAN 'PERTEMPURAN' KHALID DAN PARTHIBAN.


KAMI TIDAK HALALKAN DUIT KAMI KEPADA TOK PA DAN 'KUDA-KUDANYA'



Tok Pa si pengembala kuda akan 'mengkudakan' kuda-kudanya sekali lagi di Ijok sepertimana di Machap dulu. Itulah ungkapan yang sesuai untuk seorang menteri yang 'bengung' dan 'bebal' seperti Mustapha Mohamad, Menteri 'Pengembala' Universiti dan 'kuda-kuda' ternakannya iaitu Timbalan-timbalan Naib Canselor Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Tiada ungkapan yang lebih sesuai untuk mereka kerana mereka sememangnya bebal dan tidak tahu malu serta tidak bermaruah apabila melacurkan undang-undang dan akta yang mereka sendiri gubal.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang kakitangan dan pelajar berpolitik hanyalah dikuatkuasakan untuk kakitangan dan pelajar yang menyokong pembangkang sementara mereka pula bebas ke sana ke mari menyokong BN dan 'mentekedarah'/muntahkan darah duit rakyat untuk kepentingan Umno/BN.

KAMI AJK DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL YANG JUGA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MENGHALALKAN SATU SEN PUN DUIT KAMI UNTUK DIGUNAKAN OLEH TOK PA DAN KUDA-KUDANYA DALAM MEMBANTU KEMPEN BN DI MACHAP DAN IJOK. JIKA KAMU MASIH MAHU MENGGUNAKANNYA TUNGGULAH MAHKAMAH ALLAH AKAN MENGADILI KAMU NANTI DAN KAMU AKAN MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPAL. INSYA ALLAH. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT


PETUGAS PAS MELAKA BERKAMPUNG DI PETI UNDI TUAN MEE



Petugas-petugas PAS dari Melaka telah mula berkampung di Peti Undi Tuan Mee bagi membantu kempen PKR dalam kempen Pilihanraya Kecil DUN Ijok. Seperti biasa petugas-petugas dari PAS Melaka akan bergilir-gilir bertugas di Ijok mengikut kawasan masing-masing.

Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Jentera Pilihanraya Negeri (JPN) Melaka, Kawasan Tangga Batu dan Alor Gajah bertugas dari 23-24 April diikuti oleh Masjid Tanah dan Kota Melaka pada 25-26 April dan akhir sekali petugas-petugas dari Jasin dan Bukit Katil pada 27 dan 28 April.

Untuk rekod Peti Undi Tuan Mee merupakan kubu kuat BN kerana pada pilihanraya umum 2004 PKR tewas teruk di sini dengan memperolehi lebih kurang 100 undi sahaja manakala BN mendapat hampir 600 undi. Mengikut pecahan kaum Peti Undi Tuan Mee mempunyai 788 orang India (76.5%), Melayu 219 orang (21.3%) dan Cina 21 orang (2.2%)

Menurut Setiausaha JPN Melaka, Saudara Bahiki Ismail petugas-petugas dari Melaka akan bekerja bersama-sama petugas-petugas dari Pahang dan Kawasan Klang, Selangor.

"Insya Allah petugas Melaka akan sentiasa patuh dan taat kepada semua arahan pucuk pimpinan dalam mengendalikan kempen nanti. Petugas-petugas sebelum ini menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi sepertimana ditunjukkan di beberapa pilihanraya kecil sebelum ini seperti di Anak Bukit, Kuala Berang, Pengkalan Pasir dan lain-lain" kata Bahiki ketika ditemui di rumahnya di Durian Tunggal baru-baru ini.

Sebarang pertanyaan mengenai gerakerja petugas-petugas Melaka boleh dibuat di talian 013-6506198 (Ust Minghat-Pengarah JPN Melaka),013-6191148 (Bahiki Ismail-Setiausaha JPN), Yuhaizad Abdullah (016-6635820).

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan menghantar sekurang-kurangnya 4 orang pimpinan utamanya untuk membantu kempen Pilihanraya Kecil Ijok. Delegasi DPP Bukit Katil akan diketuai oleh Ketua DPP Kawasan dan beberapa orang AJKnya termasuk Puhat Abdul, Zafir Nor dan Khairuddin Ismail. Mereka akan mula bertugas pada 26 April ini.


JENGKAUT, BULLDOZER DAN LAIN-LAIN KENDERAAN BERAT KEHABISAN STOK : SEMUANYA DIBELI OLEH KHIR TOYO



Semua jengkaut, bulldozer dan kenderaan berat di Malaysia habis stok kerana semuanya habis dibeli oleh Khir Toyo untuk dibawa membuat kerja di Ijok. Kalau tidak percaya pergilah ke Ijok lihat di mana-mana sahaja ada jengkaut, bulldozer dan lain-lain kenderaan berat sedang membaiki jalan di dalam DUN Ijok.

Jadi kepada sesiapa yang ada kenderaan berat boleh menghubungi Khir Toyo untuk disewa atau dijual. Sudah pasti Khir Toyo akan membelinya dengan harga yang berlipat kali ganda. Maklumlah duit macam air sahaja di Ijok.


Keterangan gambar : Agaknya Khir Toyo sedang berkata begini " Sesiapa yang ada kenderaan berat boleh hubungi saya kerana saya amat memerlukannya untuk digunakan di Ijok. Harga boleh dirundingkan.


SARANAN MUFTI SUPAYA PROGRAM REALITI TV DIHENTIKAN AKAN BERKUBUR BEGITU SAHAJA


Saranan supaya program realiti TV dihentikan kerana tidak mendatangkan manfaat kepada penonton sudah pasti akan tinggal saranan sahaja kerana ianya tidak akan mendapat sokongan kerajaan Islam Hadhari di bawah pimpinan Imam Besarnya Imam Al Badawi Wal Hadhari.

Ini jelas dapat dibuktikan apabila gesaan mufti supaya program Jom Heboh diberhentikan kerana terdapat unsur-unsur maksiat dan melalaikan telah ditentang sendiri oleh pemimpin Islam Hadhari. Maka tidak hairanlah kalau saranan supaya program realiti TV ini juga akan ditentang oleh mereka yang bertopengkan Islam Hadhari ini.

Ini kerana dalam Islam Hadhari program seperti ini adalah HALAL dan BERMANFAAT walaupun adanya unsur percampuran lelaki dan wanita; melalaikan; membazir; pendedahan aurat suara; bentuk badan dan tubuh; menggalakkan budaya hedonisme; menggalakkan remaja memuja penyanyi dan sebagainya.

Antara program realiti TV yang dilihat cukup 'merbahaya' ialah Akademi Fantasia terbitan stesyen TV berbayar Astro. Namun ada juga program yang bermanfaat seperti Akademi Al_Que'an terbitan TV9.

Beberapa orang Mufti sehari dua menggesa program realiti TV dihentikan kerana ianya tidak bermanfaat dan mengandungi unsur-unsur maksiat. Antara Mufti yang mengeluarkan pendapat demikian ialah Mufti Selangor, Datuk Tamyis Abdul Wahab, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Monday, 23 April 2007

ALI RUSTAM GESA AHLI UMNO DAFTAR UNDI. PAS MELAKA BAGAIMANA?


MELAKA: Pemimpin Umno di semua peringkat di negeri ini diminta mencari dan mendaftar ahlinya ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kajian mendapati hampir setiap bahagian parti di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya 2,000 ahli yang belum mendaftar sebagai pemilih dan amat merugikan jika ia masih berlaku serta tidak ditangani segera.

“Kepemimpinan Umno di semua peringkat akar umbi perlu proaktif berhubung perkara ini. Bagi saya, adalah tidak berfaedah jika seseorang menjadi ahli parti tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata kegagalan berbuat demikian merugikan peluang rakyat untuk menentukan kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, Mohd Ali menggariskan enam faktor termasuk menguatkan jentera parti di semua kepemimpinan peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu sentiasa berjaya dalam setiap pilihan raya dan dihormati rakyat.

“Program menghantar ahli jentera parti menghadiri kursus bagi menambah ilmu pengetahuan diharap pilihan raya umum atau kecil.

“Selain itu, tugas ahli Wanita, Putera dan Puteri menerusi petugas K10 diakui berkesan sebagai tulang belakang kekuatan parti. “Sekiranya K10 mantap, maka barulah kita yakin menguasai pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau mengaku faktor yang menyumbang kejayaan BN ialah kepemimpinan dan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang idealisme serta aspirasi rakyat.


SPR BAGAI TUNGGUL KAYU TAK ADA MATA DAN TELINGA



SPR terus menjadi tunggul kayu seolah-olah tidak mempunyai mata dan telinga apabila membiarkan sahaja kerajaan BN menggunakan wang untuk merasuah pengundi di Ijok. Secara terang-terang Khir Toyo membuat kenyataan bahawa sejumlah RM36 juta diperuntukkan untuk DUN Ijok sehari dua selepas kematian K. Sivalingam, bekas YB Ijok. Namun SPR tetap membisu seribu bahasa.

Hari ini Pengerusi DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa kerajaan BN membelanjakan RM100 juta untuk berkempen di Ijok termasuk peruntukan RM36 juta tersebut.

Lim dipetik dari Malaysiakini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuktikan komitmennya dalam mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih, dengan mengambil tindakan untuk membanteras politik wang yang didakwa berleluasa dalam pilihanraya kecil Ijok, yang mencecah RM100 juta.

Dalam membuat gesaan tersebut, Ketua Pembangkang itu mempertikaikan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman – dalam temubual dengan Mingguan Malaysia semalam – yang menafikan tanggapan umum bahawa SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Menurut Lim, bagaimanakah SPR mendakwa ia mengendalikan pilihanraya yang adil dan telus pada masa lalu sedangkan wujud kecacatan yang tidak ditangani seperti berikut:

Parti pembangkang tidak dibenar menghantar ejen menyelia pembuangan undi pos oleh anggota polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan bebas.

Tidak mampu memastikan senarai pemilih yang komprehensif dan inklusif dengan peratus tertinggi pengundi yang layak, memandangkan terdapat 4.9 juta yang belum mendaftar.

Melarang liputan media yang berat sebelah, tidak jujur dan tidak benar, sama ada di media cetak, radio atau televisyen sewaktu kempen pilihanraya, seperti penyiaran kartun tidak beretika, tulisan, siaran serta iklan untuk “menakutkan” pengundi terhadap pembangkang.

Melarang amalan politik wang, bukan sahaja oleh calon-calon, tetapi itu juga oleh parti-parti politik.

Melarang penyalahgunaan sumber-sumber dan dana kerajaan sewaktu kempen pilihanraya.

Tempoh kempen pilihanraya yang singkat yang sentiasa diputuskan oleh Perdana Menteri apabila beliau membubarkan Parlimen, sedang ia merupakan hak eksklusif SPR bagi memastikan sebuah pilihanraya yang "bebas, adil dan bersih".

Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ‘sementara’ dengan memberi peruntukan dan membuat janji-janji pilihanraya berhubung projek-projek pembangunan, atau penyalahgunaan kuasa oleh menteri kerajaan ‘sementara’ dengan menggunakan wang rakyat untuk berkempen seperti bagi kos perjalanan serta penyalahgunaan sumber-sumber awam.


KHIR TOYO JUGA MACAM SESUMPAH



Bila jumpa Orang Hindhu Khir Toyo berlagak lebih hebat dari Sami Hindu. Bila jumpa orang Islam Khir Toyo berpura-pura lebih bijak dan pandai dari Ulama'-ulama besar. Itulah gelagat pemimpin BN/Umno yang sememangnya tidaka ada pendirian langsung. Apa yang mereka cari ialah KUASA dan HARTA itu sahaja.

Semalam Khir Toyo berkata, beliau telah memberi peruntukan kepada kuil-kuil di negeri ini yang sah bagi pembangunan dan pembesarannya. (Sami Hindu pun tak bagi peruntukan sebesar Khir Toyo untuk buat Kuil - hebat betul Khir Toyo ini).

Semalam Khir Toyo juga berkata "Saya sebagai orang Islam mesti berlaku adil kepada bukan orang Islam. Saya tidak akan usik (kuil) tapi membantu kuil yang sah agar terus dibangun dan dibesarkan.

"Saya sayangkan orang India dan membela setiap masyarakat Selangor tanpa mengira bangsa atau agama," katanya lagi.

INILAH PEMIMPIN BN/UMNO, BILA JUMPA ORANG HINDU DIA SEOLAH-OLAH LEBIH HINDU DARI ORANG HINDU. BILA JUMPA ORANG ISLAM DIA LEBIH HEBAT DARI ULAMA' BESAR.

MEMANG DASAR SESUMPAH, BERLAKON UNTUK KEPENTINGAN DIRI.


LAGI FAKTA MENGENAI DUN IJOK - 'PERFORMANCE' PKR DALAM PRU 2004







SILA KLIK ATAS RAJAH UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR


CERITA TAN SRI KHALID DI SERANG......BN PARTI GANGSTER!!!!!!!!


CERITANYA BEGINI .......Apabila meninggalkan Batu 8, Kg Ijok pada pukul 3 petang, rombongan Tan Sri Khalid Ibrahim dikepung oleh ahli-ahli Pemuda Umno yang bertindak ganas dan tidak terkawal.Ketika rombongan tersebut mula bertolak, pemuda-pemuda Umno mengepung kereta dan mengacau ahli rombongan secara verbal dan fizikal, termasuk menendang kereta-kereta ahli rombongan.Selain daripada mencuba merampas kamera dua orang jurugambar yang mengiringi Tan Sri Khalid, pemuda Umno juga membaling botol-botol air mineral terhadap kereta mereka, seperti yang dilakukan pada hari percalonoan.Satu botol terkena seorang jurugambar tersebut. Akibatnya, cermin mata jurugambar tersebut pecah dan mukanya luka.Tan Sri Khalid kesal, tetapi tidak hairan langsung dengan tindakan liar ini di restoran berdekatan markas Pemuda Umno - “Kita sudah lama sedar bahawa memang begitulah perilaku Pemuda Umno - tidak berdisiplin, tidak matang, dan ganas sekali


CALON BN TAKUT BERBAHAS?



Cabaran Calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Calon BN Parthiban berbahas mengenai isu Ekonomi Masa Depan Ijok sehingga ini tidak mendapat reaksi positif Parthiban. Kita juga yakin Parthiban tidak akan menyahutnya kerana ia memang sudah menjadi lumrah bahawa pemimpin dan pengikut BN memang takut untuk berdebat atau berdialog. Itu semua adalah kerana mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk berdepan dengan pembangkang.

Semalam Calon KeADILan bagi pilihan raya kecil Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim, mempelawa calon Barisan Nasional (BN) untuk membahaskan dalam sesi umum "Ekonomi Masa Depan Ijok."

Beliau berkata perbahasan tersebut akan memberi peluang kepada rakyat untuk mendengar pandangan daripada kedua-dua calon dan bertanya soalan secara terbuka.

"Jika Selangor merupakan negeri maju, perbahasan terbuka sepatutnya menjadi perkara biasa."

Khalid berkata demikian ketika berjumpa penganut Katolik di Gereja St. Pauls di Batang Berjuntai, di mana dia menerima sambutan hangat dari masyarakat tersebut.


SUKAN MINI PASTI KAWASAN BUKIT KATIL MERIAH





Berentap dengan hebat



Ibu bapa memberikan sokongan kepada anak masing-masing



Johan dan Naib Johan acara Bolasepak bersama Pengurus, Guru-guru dan Jurulatih masing-masing



Para peniaga sibuk melayan pelanggan di gerai.









SOLOK GAUNG, BUKIT LINTANG 23 APRIL : Sukan Mini PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan PASTI Kawasan telah berlangsung dengan meriah di sini semalam. Sebanyak 8 pasukan bolasepak dan 6 pasukan bolajaring yang mewakili hampir kesemua PASTI dalam kawasan Bukit Katil telah mengambil bahagian.
Pengarah Program, Jusri Jaafar berkata Sukan PASTI tahun lebih meriah dari tahun lalu kerana kehadiran ibubapa lebih ramai berbanding tahun-tahun lepas.

"Insya Allah kita akan mengadakan sukan tahunan ini dengan lebih baik tahun depan memandangkan ianya amat penting demi untuk mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dengan PAS" kata Jusri yang juga Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak, PASTI Al-Kauthar dari Ayer Keroh telah menjadi johan selepas menewaskan PASTI Seri Jati dari Sg Putat dengan jaringan 1-0. Tempat ketiga disandang oleh PASTI As-Solehah dari Taman Merdeka.

Manakala acara Bolajaring dimenangi oleh PASTI Ar-Rahmah Solok Gaung dan Naib Johan dimemangi oleh PASTI Al-Ikhwan dari Melaka Baru.

Pertandingan telah diadakan di Perkarangan Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung. Perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Saudara Kadir Dewa, Pengarah PASTI Melaka yang juga Timbalan Pengarah PASTI Pusat. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif; Setiausaha PAS Kawasan, Hj Salamat Aman; Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Hj Abu Bakar Ramli, AJK PAS Kawasan dan Dewan-Dewan Pemuda dan Muslimat.


'SIGNAL' SUPAYA BA KERJA LEBIH KUAT



Bila membaca berita yang dimuatkan oleh Mstar Online 21 April lalu, tergambarlah dalam fikiran saya bahawa, BA kena bekerja dengan lebih kuat kerana peluang untuk memenangi DUN Ijok masih terbuka luas. Bayangkan kalau Timbalan Presiden MCA, Chan Kong Choy pun mengaku bahawa pengundi Cina belum membuat keputusan untuk mengundi Calon mana seperti yang dimuatkan dalam berita Mstar Online tersebut. (Saya muatkan berita itu di bawah ini).

JADI PETUGAS BA MESTI BEKERJA KUAT UNTUK MENDEKATI SEMUA PENGUNDI KERANA PELUANG SANGAT CERAH.

BERITA MSTAR ONLINE 21 APRIL

KUALA SELANGOR: Dakwaan ada segelintir pengundi Cina merajuk dan enggan lagi menyokong calon kerajaan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok hanyalah dakyah pembangkang untuk menarik sokongan pengundi Cina terhadap mereka.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy berkata dakwaan kononnya pengundi Cina di Ijok kecewa kerana pembangunan yang dijanjikan sejak sekian lama hanya tiba bila ada pilihan raya kecil adalah tidak benar sama sekali.

"Malah MCA yakin dapat menambah jumlah undi pengundi Cina kerana ramai penduduk yang kita jumpa berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan MCA di Kampung Baru Ijok, di sini hari ini.

Chan yang juga Menteri Pengangkutan berkata maklum balas penduduk tempatan terutama pengundi amat menggalakkan dan ramai yang berjanji untuk menyokong calon Barisan Basional (BN), K. Parthiban, 38.

"Cuma ada segelintir pengundi Cina yang memberitahu mereka masih belum membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat mana. Sebab itu MCA akan bekerja lebih kuat untuk memastikan mesej yang betul diterima penduduk di Ijok dan mereka tidak keliru dengan dakyah pembangkang," katanya.

Chan berkata MCA akan memastikan seramai 2,530 pengundi Cina berdaftar di Ijok termasuk kira-kira 21 peratus yang berada di luar kawasan, mengundi pada 28 April ini.

Katanya setakat ini kerja kempen MCA berjalan lancar dan ditumpukan di dua kawasan iaitu Batang Berjuntai dan Ijok.

"MCA juga telah menyusun dan memulakan banyak program termasuk kempen dari rumah ke rumah," katanya.

Bagi pilihan raya kecil Ijok pada 28 April ini, Parthiban, 38, akan dicabar oleh pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 61.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan yang juga anggota exco kerajaan Selangor, Datuk K. Sivalingam, di Chennai, India akibat sakit jantung pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum 2004, Sivalingam menang dengan majoriti 1,649 undi mengalahkan calon Keadilan Abdol Raman Moharam dan calon bebas Mohamed Shariff Nagoorkani.


PEMIMPIN SESUMPAH



Tahukah anda binatang yang bernama SESUMPAH. Sesumpah ialah binatang yang boleh bertukar rupa atau warnanya mengikut keadaan sekeliling. Dalam Wanita dan Puteri Umno ramai pemimpin mereka yang bersifat seperti sesumpah.

Kalau mereka pergi ke Kelantan dan Terengganu mereka pakai tutup kepala (tapi belum cukup tutup aurat-jambul nampak), kalau mereka pergi ke negeri lain-lain macam-macam fesyen pula mereka pakai dari stail rambut hingga ke pakaian.

Imam Hadhari, Dollah Mat Zain dan Mashitah kena ajar bab aurat kepada mereka ini.

Inilah pemimpin yang bersifat sesumpah. PEMIMPIN SEMACAM INI RAKYAT KENA TOLAK SEBAB TIDAK ADA PENDIRIAN. PENGUNDI IJOK KENA HATI-HATI BERHADAPAN DENGAN MEREKA YANG SEPERTI INI. NANTI KENA NGAP.


PAS KAWASAN BUKIT KATIL HANTAR SEKURANG-KURANGNYA 20 PETUGAS KE IJOK



PAS Kawasan Bukit Katil akan menghantar sekurang-kurangnya 20 petugas pada Pilihanraya Kecil DUN Ijok. Pasukan petugas tersebut akan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hj Salim Tahir. Mereka akan mula bertugas pada 27 April sehingga ke hari pengundian pada 28 April ini.

Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan, Hj Ali Sharif ketika ditemui di Solok Gaung semalam menyatakan bahawa petugas Kawasan Bukit Katil akan diberikan tanggungjawab untuk bertugas di Peti Undi Tuan Mee.

"Insya Allah bertugas kita akan menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan oleh pucuk pimpinan dan mereka sudah pasti akan dapat menambah ilmu kempen pilihnaraya sepanjang berada di sana" kata Hj Ali yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan.

Pilihanraya Kecil Ijok dijalankan berikutan kematian bekas ADUN Ijok, K.Sivalingam awal bulan lalu. Pilihanraya kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Calon BN Parthiban. Pengundian akan berlangsung pada 28 April ini.


NAJIB, ROSMAH PANAS TELINGA



Najib dan Rosmah panas telinga serangan Anwar dan PKR dalam kempen PRK Ijok. Najib terpaksa mengaku tidak pernah jumpa Altantuya(betul ke tu?) manakalan Rosmah terpaksa memuji Najib sebagai suami yang baik (angkat bakul sendiri-semua orang kenal siapa Najib, kisah engkau kahwin dengan Najib pun semua orang tahu la!!!!!!!).

kedua-dua suami isteri ini nampaknya mungkin tidak nyenyak tidur malam memikirkan cara untuk menangkis serangan Anwar. C4, Altantuya, komisen kapal selam dan lain-lain menjadi mimpi ngeri mereka berdua. Kasihan Najib, nak berkempen pun tak berapa seronok kat Ijok, telinga dia asyik merah je!!!!!!!!!


Friday, 20 April 2007

ORANG ASLI BANGKIT DI BERA : TAKKAN ORANG IJOK DUDUK DIAM LIHAT KHIR TOYO ROBOH SURAU DAN RUMAH RAKYAT



Kalau Enam Penduduk Bukit Rok dan Ibam di Bera, Pahang bangkit dan menfailkan saman terhadap kerajaan Pahang, Pangarah Tanah dan Galian, pengarah Jabatan Orang Asli dan Kerajaan Malaysia bersabit dengan isu pencerobohan tanah adat rizab orang Asli di Padang Kepayang, Bera, TAKKAN ORANG IJOK BOLEH BERDIAM DIRI MELIHAT KHIR TOYO ROBOH SURAU DAN RUMAH RAKYAT DI KG BEREMBANG DAN LAIN-LAIN.
Gambar sebahagian dari Orang Asli Bera dan Peguam mereka, Mohd Nizam Andul Hamid







KITA MENGHARAPKAN ORANG IJOK MENGHUKUM KHIR TOYO DENGAN MENGUNDI CALON PKR, TAN SRI DATO' KHALID IBRAHIM 28 APRIL INI.


KISAH LEMBU DAN KETUANYA


Pada setiap kali pemilihan ketua maka sudah pasti banyak 'lembu-lembu' dan Ketua mereka berkeliaran di kawasan pemilihan tersebut. 'Lembu-lembu' yang menjadi pencacai ini akan sentiasa taat kepada ketua walaupun apa jua yang di suruh ketuanya, pasti mereka akan menurutinya tanpa usul periksa.

Di suruh membajak tanah, lembu pun membajak; di suruh menarik kereta lembu,lembu pun tarik. Walau letih macamana pun lembu-lembu ini tetap setia tanpa sepatah perkataan membantah keluar dari mulutnya. Semua ini adalah gara-gara untuk mendapatkan sesuap rumput dan air minuman demi untuk meneruskan kehidupan mereka sebelum dijual dan disembelih.

Lembu-lembu ini ada berbagai warna, ada yang berwarna hitam pekat, kuning langsat dan putih melepak. Tidak kurang juga sawo matang dan hitam manis. Ada lembu yang kurus dan ada yang gemuk. Lembu yang kuat membodek tuannya serta pandai menjilat bontot tuannya sudah pasti gemuk dengan pelbagai makanan yang enak dihidangkan oleh tuannya serta kuncu-kuncu tuannya.

Di kalangan lembu-lembu ini juga ada yang pemalas hanya menunggu bantuan dan 'subsidi' dari ketuanya. Kalau ketuanya tidak memberikan subsidi dan bantuan alamatlah lembu ini akan mati kelaparan dan kehausan. Lembu-lembu ini tidak pandai berdikari. Lembu-lembu ini hanya pandai membodek dan menjilat bontot ketuanya.

Lembu-lembu ini amat suka jika sekiranya ada pemilihan ketua yang baru kerana sudah pasti banyak rumput-rumput dan makanan akan diberi percuma oleh ketuanya. Memang dasar lembu subsidi. Lembu-lembu akan memilih calon-calon ketua yang boleh memberikan rumput dan kandang yang baru. Calon yang tiada wang tetapi cerdik dan berpengalaman tidak akan dipilih kerana calon ini tidak dapat memberikan makanan mereka.

Lembu-lembu yang bangang ini amat gembiran jika mendapat upah menampal poster calon ketua mereka. Tetapi sebenarnya mereka tidak sedar bahawa ketua mereka mendapat habuan rumput dan kandang yang maha hebat.

Di kirim oleh Fauzan Uda Ahmad

KEPADA PENGUNDI DI IJOK JANGAN KAMU MENJADI LEMBU-LEMBU SEPERTI DI ATAS. BERTINDAKLAH DENGAN CERDIK DAN WARAS.


PRK IJOK : 'MIKE TYSON' CAKAP BESAR



Siapa tidak kenal 'Mike Tyson' seorang Bekas Menteri besar yang berani 'melarikan' anak Sultan. Begitulah samseng 'Mike Tyson'. Kini beliau bergelar Senator setelah dilantik oleh Imam Al Hadhari. Bukan main gembiranya 'Mike Tyson' kerana di lantik sebagai senator. Sebelum itu 'Mike Tyson' yang karier politiknya tinggal nyawa-nyawa ikan, kembali gah selepas di lantik sebagai Ketua Penerangan Umno.


Kalau sebelum di lantik sebagai Ketua Penerangan 'Mike Tyson' seolah-olah sudah tidak bermaya, kini beliau semakin kuat 'berkokok'.

Semalam 'Mike' atau nama sebenarnya Muhammad Muhd Taib berkata beliau yakin calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban akan menang dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini.

“BN ada formula untuk menang kerana pengundi sudah melihat sejarah BN memajukan Malaysia, Selangor dan Ijok sejak 50 tahun lalu.

“Pengundi Ijok akan memilih kerajaan yang boleh membawa keamanan, kemakmuran dan rekod yang ditunjukkan oleh BN selama ini,” kata Muhd Taib yang pernah menyandang jawatan Naib Presiden Umno.

APAKAH FORMULA ITU 'MIKE'. SEMUA ORANG TAHU FORMULA PARTI ISLAM HADHARI IALAH SOGOK PENGUNDI DENGAN WANG, PROJEK, AJAK SPR TIPU, TAK HIRAUKAN UNDANG-UNDANG DAN SEBAGAINYA.

DENGAN FORMULA INILAH MAKA 'MIKE TYSON' BERANI CAKAP BESAR


PRK IJOK : CERITA 'SANTA KLAUS' YANG DUNGU


Politik bagi pemimpin Umno/BN ialah buat jalanraya, masjid, surau dan kain batik. Itulah mentaliti mereka. Mereka tidak nampak kemiskinan rakyat, gejala sosial yang semakin parah, bilangan penagih semakin ramai, kadar jenayah meningkat, fakir miskin tidak pernah kurang, rumah rakyat yang robek, pendidikan anak-anak diabaikan dan sebagainya.

Bagi pemimpin Umno wirid mereka hanyalah pembangunan fizikal dan bagaimana nak 'buncit'kan perut sendiri.ITULAH POLITIK PEMIMPIN DAN PENGIKUT UMNO/BN.

Mentaliti pemimpin sama sahaja dengan mentaliti JKKK kampung.

Maka tidak hairanlah apabila Khir Toyo berkata semalam mempersoalkan apa yang dibuat oleh Khalid selama hampir 20 tahun menjadi Pengerusi PNB.

Khir berkata, “Kalau benar hendak bangunkan kampung sendiri, apa sebenarnya yang telah dia lakukan selama 20 tahun dulu, mana dia sekolah, mana dia masjid, mana dia surau yang telah dirikan selama ini?”. Bagi Khir Toyo itu sahaja politik yang tahu.

Pemimpin seperti perlu dijatuhkan kerana kepala otaknya berfikiran sempit dan cetek. Calon BN pun sama juga mentalitinya.

MEREKA SEMUA UMPAMA 'SANTA KLAUS' YANG MEMBERIKAN HADIAH KETIKA HARI PERAYAAN.MEREKA PULA BAGI HADIAH DAN SOGOKAN KETIKA PILIHAN RAYA


Thursday, 19 April 2007

FAKTA-FAKTA PENTING DUN IJOK





GAMBAR-GAMBAR SUASANA HARI PENAMAAN CALON IJOK


Shamsul Iskandar, Pemangku Ketua Angkatan Muda PKR menunjukkan kayu yang dibaling oleh penyokong BN kepada penyokong BA

Naib Presiden PKR, Azmin Ali menunjukkan botol air mineral cap BN (Barisan Najis) yang dibaling kepada penyokong BA


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59