Thursday, 1 March 2007

ZULKIPLI DIGESA LETAK JAWATAN


BUKIT KATIL: Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mohd Nor digesa meletakkan jawatan serta merta berikutan dakwaan salah laku dan rasuah dan pemilikan harta yang tidak sepadan dengan pendapatannya. Dakwaan itu yang dibuat oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan.

Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Eusof di sini pagi ini.

"Sebagai peneraju BPR sepatutnya Zulkipli bertanggungjawab mempertahankan integriti BPR dan meletakkan jawatannya sebagai bukti bahawa BPR bersih dari sebarang dakwaan yang begini." kata Hamzah.

"Malah Imam Al Hadhari, Pak Lah sendiri sepatutnya tidak melantik orang yang pernah di dakwa melakukan kesalahan sebagai Ketua Pengarah BPR. Apakah Pak Lah tidak tahu Zulkipli pernah disiasat kerana laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang ketika itu berusia 42 tahun yang mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks" tambah Hamzah.

"Ramai lagi calon-calon yang berkaliber dan bersih yang boleh dilantik untuk memegang jawatan itu, mengapa Pak Lah masih mahu melantik Zulkipli. Nampak sangat laungan untuk membenteras rasuah dan penyelewengan oleh Pak Lah adalah omongan kosong apatah dengan perlantikan Zulkipli ini" jelas Hamzah panjang lebar.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam berkata, kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara semalam.

Musa memberitahu media, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras.

“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.

“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi. Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.

“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.

“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya.

Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan oleh sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) melalui satu laman blog tempatan semalam. Dakwaan itu kemudian dipetik sebuah akhbar tempatan semalam.

Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.

Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.

Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.

“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.

Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.

Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.

“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya.

ZAMAN PAK LAH KETUA PENGARAH BPR PUN DIDAKWA AMAL RASUAH DAN SALAH LAKU. MEMANG CACA MARBA DI ZAMAN ISLAM HADHARI INI.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59