Thursday, 15 March 2007

TUTUP PUSAT MAKSIAT DULU BARU CAKAP PASAL TANGANI GEJALA SOSIAL


BANDARAYA MELAKA : Hasrat Remaja 4B Jasin berikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri dan pihak berkuasa bagi menangani dan seterusnya membenteras gejala sosial yang melanda belia di daerah Jasin memang murni dan patut di contohi.

Pengerusinya, Mohd Nizam Omar berkata, pelbagai program serta pendekatan telah digunakan bagi menjayakan matlamat serta inspirasi kerajaan dan pemimpin negara untuk menjadikan negara serta negeri ini bebas dari gejala yang tidak sihat.

Beliau yang juga Pengerusi Remaja 4B Negeri Melaka berkata untuk tujuan itu, Gerak Remaja 4B Kawasan Jasin bersama Pejabat Belia dan Sukan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jasin telah mengadakan Perkhemahan Rakan Muda Belia Benci Dadah,Rempit dan Ganyang Black Metal bertempat di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan bermula 9 Mac dan berakhir 11 Mac kelmarin.

Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 47 orang peserta terdiri daripada Ketua dan Ahli Jawatankuasa Remaja 4B Cawangan seluruh Parlimen Jasin.

Tetapi pihak Remaja 4B Jasin kena sedar bahawa sesuatu perkara yang berlaku sudah tentu ada puncanya. Begitu juga dengan gejala sosial ini. Sudah tentu ada puncanya. Jadi untuk mengatasi sesuatu masalah kita mesti mengambil langkah pembetulan (Corrective Action) atau langkah pencegahan (Preventive Action) yang tepat iaitu menghapuskan semua punca-punca kepada masalah tersebut.

Antara punca-punca gejala maksiat ini ialah :-
i) Undang-undang Islam yang dijamin oleh Allah dapat mencegah masalah manusia tidak dipakai di dalam negeri Islam Hadhari ini. Akhirnya terbukti bahawa undang-undang Islam Hadhari gagal membendung maksiat dan keruntuhan akhlaq.

ii) Pusat-pusat maksiat seperti kelab malam, karaoke, dangdut, spa, rumah urut dan sebagainya tumbuh bagai cendawan di negeri Melaka ini kerana kerajaan Islam Hadhari memberikan lesen untuk ianya beroperasi.

iii)Konsert, program nyanyian seperti Konsert Jom Heboh, Pertandingan karaoke dam lain-lain yang menyebabkan pergaulan bebas digalakkan oleh kerajaan Islam Hadhari.

iv)Remaja boleh bergaul bebas dan bercengkarama dengan bebas tanpa batasan. Undang-undang kerajaan Islam Hadhari tidak menghalang lelaki dan perempuan berdua-duaan di taman-taman, naik motosikal dan sebagainya. Semua ini merupakan muqaddimah zina

v)Langkah pencegahan tidak serius pegawai penguatkuasa Jabatan Agama tidak cukup dan tidak diberikan kuasa mutlak untuk menangkap pelaku-pelaku maksiat ini.

vi)Didikan agama di sekolah Islam Hadhari tidak dititikberatkan akhirnya remaja-remaja ini tidak mempunyai pegangan agama yang mantap. Ibubapa juga lebih mementingkan kejayaan akademik dari didikan agama.

vii)Keluarga tidak mengawal anak-anak mereka di mana mereka bebas untuk keluar pada sebarang masa dan mereka bebas untuk keluar dengan sesiapa sahaja.

Banyak lagi punca-punca yang sebenarnya mengundang kepada masalah sosial ini. Kerajaan Islam HAdhari mesti bertanggungjawab atas masalah ini bukannya Remaja 4B Jasin dan masyarakat sahaja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59