Tuesday, 6 March 2007

TAK HABIS-HABIS MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT


Kerajaan Islam Hadhari yang memerintah Malaysia hari ini sememangnya sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Para pemimpin hanya mementingkan pembangunan sehingga apa yang dibangunkan oleh mereka tidak terancang dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

Media melaporkan hari ini bahawa Datuk Seri Azmi Khalid terkejut besar dengan pembinaan sebuah jeti pelancongan berharga RM3.4 juta yang dibina di sebatang sungai yang paling tercemar di Asia di kuala Sungai Pinang di Pulau Pinang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menyifatkan projek itu sebagai ‘satu kesilapan dan pembaziran’.
Jeti sepanjang 250 meter itu yang dibina pada Februari 2006, siap Januari lepas dan mampu menempatkan 60 bot pelancong serta dicadangkan dimasukkan dalam buku Malaysia Book of Records sebagai jeti terapung terpanjang di Malaysia.

Disebabkan kedudukan jeti itu tidak sesuai dan berbau busuk, jeti pelancong itu kini ditukar menjadi jeti nelayan bagi mengelakkan ia menjadi ‘gajah putih’.

Mengulas mengenai sungai itu, Azmi berkata, ia mengandungi sisa toksik dan berada di tahap lima iaitu tahap air sungai beracun.

‘‘Projek yang seharusnya diutamakan di kawasan sungai itu ialah pembersihan air sungai terlebih dahulu dan bukannya projek pelancongan,’’ katanya yang membuat tinjauan di Sungai Pinang semalam.

Apa yang berlaku ialah kerja pembersihan dan pemulihan baru dimulakan di tahap satu iaitu kerja pengorekan.

‘‘Saya minta lain kali kalau mana-mana pihak yang nak buat projek, pegawainya mesti turun ke padang dan tengok kesesuaiannya supaya tidak membazir...janganlah buat kerana ada duit sahaja.

‘‘Bagaimana mahu membawa pelancong ke sini dengan keadaan sungai dan kawasannya yang berbau ‘harum’ sebegini,” katanya.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Datuk Azhar Ibrahim

Azmi berharap, keadaan sungai itu akan bertambah baik sedikit masa lagi selepas fasa kedua kerja pemulihan dilaksanakan kerana ini penting untuk mengelakkan daripada infrastruktur yang disediakan terbiar begitu sahaja.

DATUK AZMI SEPATUTNYA SEDAR INILAH KERJA KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG TURUT DIANGGOTAI OLEH BELIAU. KERJA MEREKA HANYA MEMIKIRKAN APAKAH PROJEK YANG BOLEH DIBUAT. MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN APA KESAN KEPADA RAKYAT. PEMBAZIRAN TIDAK TERMASUK DALAM KAMUS HIDUP MEREKA. YANG PENTING ADA PROJEK.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59