Saturday, 24 March 2007

SEMUA SERBA TIDAK KENA DALAM NEGARA ISLAM HADHARI



Sehari dua ini semuanya serba tidak kena dalam negara Islam Hadhari ini. Di Putra Jaya tanah runtuh, di Shah Alam banjir melanda dan Petaling Jaya semalam Perkhidmatan Putra LRT sekali lagi mengalami gangguan perkhidmatan pada waktu puncak yang menyebabkan ribuan orang yang berpusu-pusu menaiki tren ke tempat kerja terkandas sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan di semua stesen utama.

Inilah bahananya apabila kita akur dengan kekuasaan Allah dan sentiasa bongkak dengan mengatakan kita semua telah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan bala bencana. Allah uji dengan tanah runtuh, banjir dan kerosakan LRT pun manusia tidak dapat menahannya.

Tetapi malangnya pemimpin Islam Hadhari terus bongkak dan tidak mahu insaf dengan kekuasaanya dan undang-undang Allah. Mereka terus mencari penyelesaian selain dari Islam bagi menyelesaikan masalah-masalah besar negara seperti masalah dadah, rasuah, peningkatan jenayah, masalah sosial dan sebagainya.

Mereka masih leka dengan kemewahan dunia sehingga seluruh muamalat seharian mereka langsung tidak menjuruskan kepada undang-undang dan peraturan Islam baik dalam ekonomi, pendidikan, hubungan luar dan sebagainya.

Pemimpin Islam Hadhari terus membiarkan rakyat terjerumus didalam perkara-perkara maksiat apabila rasuah dibiarkan menjadi darah daging, konsert-konsert digalakkan, pergaulan bebas tidak dibenteras, tempat maksiat diberi lesen, bank riba bertambah banyak, pelaburan internet dibiarkan dan sebagainya.

Ingatlah apabila Islam dikesampingkan maka tunggulah saat kehancuran.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59