Monday, 26 March 2007

SAMBUTAN HARI POLIS MERIAH TETAPI PROFESSIONALISME POLIS MAKIN PARAH



Sambutan Hari Polis semalam diberitakan sangat meriah. Lebih 10,000 orang membanjiri Dataran Merdeka di Kuala Lumpur bagi menyaksikan perbarisan dan sambutan Ulang Tahun Pasukan Polis Ke-200 yang diadakan hari ini.

Perbarisan yang pertama kali diadakan di Dataran Merdeka itu disertai oleh 2,200 pegawai dan anggota dan 60 unit kenderaan dari 25 unit dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tetapi apa yang dikesalkan professionalisme Polis semakin hari semakin teruk dan dipertikaikan. Lihat sahaja bagaimana Polis bertindak semasa perhimpunan Aman membantah kenaikan tol di The Summit Subang Jaya baru-baru ini.

Ada orang yang ditangkap sehingga bajunya koyak, ada yang bengkak dan lebam-lebam. Malah ada yang diramas kemaluannya dan dimalukan. Adakah ini imej mesra rakyat yang ingin ditonjolkan Polis.

Jelas sekali bahawa Polis masih tidak terlepas dari belenggu menjadi 'kuda' kepada kerajaan dan Parti Politik. Cerita-cerita tahanan di pukul, mati dalam penjara tanpa sebab munasabah masih menjadi igauan mimpi keluarga-keluarga tahanan.

Isu rasuah masih tidak dapat dipisahkan dengan Polis walaupun anggotanya memakai lencana kami benci rasuah.

Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Jumaat lalu merumuskan bahawa polis telah menggunakan ‘kekerasan yang melampau’ terhadap 10 individu sewaktu meleraikan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di KLCC pada 28 Mei lalu.

APAKAH YANG HENDAK KITA BANGGAKAN JIKA POLIS YANG ADA DI NEGARA INI BERSIFAT SEDEMIKIAN.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

biar la kat pulis tu nk mengganas....
kalu pulis tak mengganas nnti org awm lak yg mengganas lg payah....

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59