Thursday, 29 March 2007

SAH PROGRAM PLKN TIDAK SELAMAT


10 pelatih wanita PLKN disyaki keracunan makanan

TAMPIN: Tiap-tiap minggu atau bulan ada sahaja masalah yang menimpa pelatih PLKN. Maka sahlah sekarang program bukan sahaja tidak mendatangkan manfaat kepada pelatihnya malah lebih teruk dari itu program ternyata tidak selamat dan mengundang implikasi besar kepada pelatihnya.

Semalam sepuluh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di kem Titian Bintangor, Rembau disyaki mengalami keracunan makanan, malam tadi.

Anggota Lembaga Naziran, Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Negeri Sembilan Datuk Lee Yuen Fong berkata kesemua pelatih wanita itu dikatakan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah kira-kira pukul 7 malam.

"Berikutan itu, pihak kem membawa mereka ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua pelatih itu dibenarkan pulang pagi ini setelah keadaan mereka pulih.

Jabatan Kesihatan sedang menyiasat punca kejadian itu dan mengambil contoh makanan yang dimakan pelajar terbabit untuk pemeriksaan, katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59