Tuesday, 20 March 2007

REALISASIKAN TITAH TUANKU SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu gerakan membanteras rasuah, salah guna kuasa dan usaha meningkatkan integriti sentiasa diperkuatkan di negara ini supaya rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang berpendirian tinggi dan dihormati.

Seri Paduka meminta langkah pemupukan minda dan budaya membenci rasuah di kalangan rakyat diperhebatkan lagi.

Sehubungan itu, Seri Paduka menyeru semua lapisan rakyat termasuk anggota perkhidmatan awam agar memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang gigih memerangi gejala itu.


‘‘Menghapuskan rasuah serta penyelewengan bukanlah mudah dan ia amat memerlukan kerjasama semua pihak.

‘‘Oleh itu usaha Perdana Menteri (untuk menghapuskan rasuah) perlu disokong oleh anggota perkhidmatan awam dan semua lapisan masyarakat,” titah Tuanku Mizan ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-11 di Dewan Rakyat hari ini.

Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah; Abdullah; Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib; Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh serta Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Istiadat itu merupakan mesyuarat pertama Parlimen yang dirasmikan oleh Tuanku Mizan sejak Seri Paduka dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada bulan Disember lalu.

SEKARANG BUKAN SAHAJA RAKYAT MAHU MELIHAT KESUNGGUHAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL-ISLAM HADHARI MEMBASMI RASUAH MALAH SERI PADUKA JUGA JELAS MAHUKAN KERAJAAN YANG ADA SEKARANG LEBIH TEGAS DAN BESUNGGUH MEMBENTERAS RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA.

KATA-KATA YANG KELUAR DARI MULUT IMAM HANDHARI UNTUK MEMBENTERAS RASUAH SEHINGGA KINI BAGAIKAN JANJI MANIS SAHAJA KERANA LAPORAN TERHADAP BEBERAPA ORANG PEMIMPIN KERAJAAN DAN PEGAWAI ATASAN TIDAK DISIASAT DAN DIAMBIL TINDAKAN. MALAH INDEKS PERSEPSI RASUAH (CPI) DAN PERC SEMAKIN MENJUNAM.

LAPORANG YANG DIBUAT OLEH RAKYAT DAN NGO SEOLAH-OLAH 'DIBAKUL SAMPAHKAN' OLEH KERAJAAN ISLAM HADHARI.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59