Wednesday, 21 March 2007

RAFIDAH JUAL TEMBERANG


KUALA LUMPUR: Tanggapan negatif mengenai rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat, yang kononnya akan membawa kemudaratan kepada rakyat, adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman mengenai rundingan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Inilah kata-kata yang dilemparkan oleh Mak Cik Rafidah kepada penentang-penentang FTA ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ini menjadi semakin rumit apabila timbulnya kritikan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.


Sebagai contoh, kata beliau, ada tohmahan kononnya dengan perjanjian itu, mungkin akan berlaku lambakan beras AS di pasaran tempatan yang dikatakan mampu menjejaskan periuk nasi petani tempatan.

"Pada hakikatnya, beras kita tidak cukup dan kita mengimport 30% dari negara luar terutamanya Vietnam sebanyak 400,000 tan dengan nilai RM415 juta. Sedangkan dari AS, kita hanya mengimport beras 385 tan dengan nilai RM1.36 juta.

"Beras kita sebenarnya bersaing dengan beras Vietnam kerana gred yang sama, bukan dengan AS, kerana berbeza gred. Kenapa ini tidak dipersoalkan?," katanya dalam rancangan `60 Minit Bersama Menteri' di RTM 1, di sini Selasa.

Rafidah juga turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa rundingan ini tidak akan menjejaskan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat tetap terjamin.

"Kita mahu rakyat yakin yang kerajaan ini bertanggungjawab. Kita dah tentukan tiga perkara yang tidak boleh disentuh iaitu dasar dan peraturan yang berkaitan dengan hak Bumiputera, hak mutlak kerajaan dalam melaksanakan dasar dan apa sahaja perkara yang kerajaan berhak laksanakan seperti objektif sosio ekonomi," tambahnya lagi.
.(Rakyat sebenarnya amat sangsi dengan keikhlasan kerajaan BN-Islam Hadhari dalam bab menjaga kedaulatan ini terutama kedaulatan Islam dan melayu. Sudah banyak hak kedaulatan Melayu dan Islam dilacurkan oleh BN antaranya KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU, BIASISWA DIHAPUSKAN, HUKUM ISLAM DIPERMAINKAN DAN BANYAK LAGI. SEBAB ITULAH RAKYAT SUDAH MULA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN. Dalam hal perjanjian ini rakyat amat sangsi, mampukah kerajaan PENGECUT macam BN ini menjaga kepentingan negara bila berdepan dengan 'GERGASI' Amerika yang menjadi Qiblat nombor dua
mereka.


FTA MAMPU GUGAT AKIDAH

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja dilihat sebagai satu bentuk baru penjajahan ekonomi tetapi juga penjajahan ke atas akidah dan kedaulatan Islam.

"FTA yang mahu dilaksanakan antara Malaysia dengan AS bakal menyaksikan kemasukan pelbagai unsur. Selain barangan, AS juga akan mengeksport masuk budaya dan cara hidup mereka ke negara ini yang boleh mengugat moral dan akidah rakyat di negara ini khususnya umat Islam," demikian jelas Exco Dewan Pemuda PAS PUsat, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Katanya, banyak perkara yang perlu dikaji oleh kerajaan seperti makanan halal, gaya hidup dan budaya yang bakal dibawa masuk ke negara ini sebelum menandatangani FTA .

Menurutnya lagi, selain pelbagai unsur yang dibawa masuk ke negara ini, FTA juga mampu menggugat kedaulatan negara sehinggakan perlembagaan negara boleh diubah sekiranya ada percanggahan dengan FTA.

Justeru beliau meminta pihak berkuasa agama khususnya para mufti untuk mengeluarkan fatwa berkaitan FTA yang mampu mengancam akidah umat Islam.

"Fatwa ini akan dijadikan garis panduan kepada kerajaan sebelum perjanjian ini dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Zolkaharnain menyeru agar kerajaan negeri Perlis supaya serius dalam melaksanakan As-Sunnah sejajar dengan apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Katanya, Mingu As-Sunnah Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini di Perlis perlu diadakan dengan tujuan untuk meninggikan syiar Islam berdasarkan Al-Qurandan As-Sunnah dan bukannya dengan tujuan lain seperti mencari kepentingan ekonomi.

"Jika mahu buat Sunnah buat sungguh-sungguh, kalau mahu lawan bidaah lawan sungguh-sunguh. Antara bidaah yang besar ialah Islam Hadhari," tegasnya.

Beliau melihat Islam Hadhari yang dipelopori Umno itu gagal untuk merubah masyarakat menjadi lebih baik dan gagal pula meruntuhkan jahiliyah.

Sebagai contoh katanya, kes Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan Timbalan Menteri Keselamatan dalam Negeri baru-baru ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Islam Hadhari gagal membendung masalah rasuah dan penyelewengan di dalam negara ini.

"Berbeza dengan Islam yang dibawa Rasulullah yang mampu merubah masyarakat. Jahiliyah zaman itu adalah satu masyarakat yang cukup teruk tetapi mampu diubah menjadi umat yang terbaik.

"Contoh yang lain ialah di Kelantan. Tok Guru yang memimpin kerajaan telah berjaya membawa banyak perubahan kepada rakyat di sana," jelasnya.

Justeru katanya, pihak berkaitan seperti Mufti Perlis diminta juga membuat fatwa berkaitan Islam Hadhari bagi memperjelaskan kekeliruan di dalam masyarakat.

"Kita lihat munkar, jenayah dan penyelewengan terus berleluasa. Umno/BN gagal daulatkan Islam dan tidak mampu memberikan kebajikan kepada rakyat, inikah yang dinamakan Islam Hadhari?" soalnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59