Monday, 5 March 2007

PROJEK MEMBAZIR JUTAAN RINGGIT BOLEH BUAT, SEKOLAH AGAMA HAMPIR RUNTUH DIBIARKAN


LAPORAN DI BAWAH MEMBUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN ISLAM HADHARI TIDAK LANGSUNG MEMIKIRKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN AGAMA. SEKOLAH AGAMA KERAJAAN SENDIRI DIBIARKAN HAMPIR RUNTUH. WANG JUTAAN RINGGIT DIBAZIRKAN KEPADA PROGRAM YANG TIDAK BERFAEDAH.

PROGRAM-PROGRAM MAKSIAT DITAJA DAN DIBANTU. PENDIDIKAN AGAMA DIABAIKAN. SEKARANG SUDAH SAMPAINYA MASANYA RAKYAT TUKAR KERAJAAN. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA LAGI.


LAPORAN SEBUAH AKHBAR HARIAN DIPETIK DI BAWAH :
MELAKA: Ibarat ‘bom jangka’, itulah ungkapan yang menggambarkan bahaya dihadapi seramai 325 murid di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Khatib Hamid, Pulau Gadong, di sini, apabila terpaksa belajar di bangunan usang yang dikhuatiri runtuh pada bila-bila masa.

Ibu bapa pelajar resah apabila kelas dan kaki lima beranda di tingkat atas bangunan satu tingkat itu terdapat retakan serta lubang besar sehingga mendorong kelas itu dikosongkan sejak setahun lalu.

Terdapat tiga lubang di lantai berkenaan di mana yang paling besar adalah berdiameter kira-kira 0.3 meter serta dalamnya tujuh sentimeter.

Beberapa tembok bangunan yang mempunyai 12 kelas itu juga didapati mempunyai kesan retakan dan kini hanya ditampal.

Bukan itu sahaja, malah murid di sekolah berkenaan juga `diambang maut’ apabila siling di tingkat atas bangunan terbabit runtuh setiap kali ditiup angin kencang.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Mohd Yusof Abu Hassan, selepas aduan yang dibuat terhadap Majlis Agama Islam Melaka (Maim) itu masih menemui jalan buntu.

Menurut Mohd Yusof, beliau amat kesal berikutan pihak Maim masih gagal bertindak walaupun aduan sudah dibuat sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang aduan dibuat, hanya bulan lalu pihak Maim datang ke sekolah bagi meneliti masalah itu dengan lebih dekat.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tindakan segera diambil oleh pihak Maim bagi mengatasinya.

“Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak Maim, bukan setakat datang untuk melakukan siasatan sahaja.

“Malah, saya difahamkan sehingga kini tiada jawapan bertulis diterima daripada pihak Maim berhubung dengan masalah itu,” katanya kepada media selepas melawat sekolah itu semalam.

Mohd Yusof berkata, retakan dan lubang yang wujud itu berlaku di bahagian tiang konkrit yang juga asas kepada bangunan berkenaan.

Katanya, apabila ia tidak diatasi lambat laun retakan itu akan membesar dan lantai di situ berisiko untuk runtuh.

Beliau berkata, siling sangkut yang dipasang pada bahagian tingkat atas bangunan itu juga tidak sesuai berikutan ia bukan dilekat secara kekal.

“Berdasarkan aduan yang diterima, sudah lebih 12 keping siling bersaiz 60 x 120 sentimeter jatuh selepas ditiup angin kencang.

“Setakat ini tiada murid yang cedera terkena siling berkenaan, walaupun terdapat insiden baru-baru ini seorang murid hampir dihempap siling terbabit,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan sebuah kelas di sekolah itu terpaksa dikosongkan, kini muridnya terpaksa berkongsi tempat belajar dengan kelas yang lain sehingga menimbulkan masalah kesesakan.

“Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ataupun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dapat memeriksa tahap keselamatan bangunan ini bagi menjamin nyawa murid-murid di sini,” katanya.


Hmetro.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59