Saturday, 24 March 2007

POLIS KELANTAN CATAT SEJARAH DAHULUI POLIS NEGERI LAIN


Saranan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan supaya Polis turut sama memberi khutbah di sahut oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam.

Datuk Abdul Rahim Hanafi tampil membaca khutbah Jumaat di Masjid Mukim Langgar, di Kota Bharu semalam.

Lulusan Sarjana Muda Syariah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyampaikan khutbah tersebut dengan lancar selama kira-kira 25 minit.

Ia kemudian diikuti dengan sembahyang Jumaat yang diimamkan oleh imam Masjid Langgar, Osman Mohd. Zain.

Selain sebagai satu usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, khutbah itu adalah sempena sambutan Ulang Tahun Pasukan Polis Ke- 200, Ahad ini.

Dalam khutbah itu, Abdul Rahim memberi penekanan kepada tiga aspek utama yang berkisar kepada perpaduan, tanggungjawab sesama manusia dan keikhlasan.

Beliau juga tidak ketinggalan meminta para jemaah bekerjasama dengan pihak polis dalam membendung kes jenayah di negeri Kelantan.

Menurutnya, prinsip menyeru perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran seharusnya dihayati bersama dalam usaha mencegah jenayah menerusi Program Rakan Cop.

Syabas Polis Kelantan dan Tuan Guru.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59