Thursday, 8 March 2007

PINTU SENTIASA TERBUKA UNTUK DAP


KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada sebab bagi DAP menolak hubungan kerjasama dengan PAS untuk membentuk pakatan dalam parti pembangkang, terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata sehingga ke hari ini PAS tetap membuka pintu kepada DAP untuk menjalinkan hubungan, seterusnya dapat bersama-sama pembangkang yang lain untuk tujuan itu.

"Tidak ada sebab DAP nak tolak (kerjasama) dengan PAS dan kami tetap terima DAP sejak dulu lagi," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berkata PAS tidak akan menggunakan pengaruh rakan sekutunya, PKR, untuk berbincang dengan DAP, agar bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS semula.

"Tak payah arahlah untuk nak masuk (kerjasama), PAS jelas dari dulu lagi, kita mahu bekerjasama tapi dah dia (DAP) tak mau, nak buat macam mana?" tambahnya.

Sementara itu Anwar berkata PKR yakin DAP akan bersetuju untuk berkompromi dengan semua pakatan parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

mSTAR

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59