Wednesday, 21 March 2007

PILIHANRAYA KECIL MACHAP 12 APRIL, PENAMAAN CALON 3 APRIL.



Pilihanraya kecil bagi kerusi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Melaka telah ditetapkan pada 12 April depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman juga mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 3 April ini.

Kerusi DUN Machap menjadi kosong selepas penyandangnya dari MCA, Datuk Wira Poh Ah Tiam meninggal dunia semalam akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Poh yang juga Pengerusi MCA Melaka itu merupakan seorang ahli politik veteran dan telah memenangi lima kali pilihanraya berturut-turut sejak 1986.

Mendiang terpilih sebagai Adun Pulau Sebang, dengan menewaskan calon DAP, dalam pilihanraya 1986 dan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya 1990.

Selepas itu, mendiang memenangi kerusi Bukit Sedanan dalam pilihanraya 1995 dan sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon Keadilan, dalam pilihanraya 1999.

Manakala dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi bagi kerusi Machap.

Poh dilantik sebagai ahli exco negeri sejak 1990 dan jawatan terakhir mendiang ialah sebagai exco perumahan dan kerajaan tempatan Melaka.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, butiran lanjut mengenainya akan diumumkan hari ini.

Laporan Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59