Friday, 16 March 2007

Pilihan raya kecil DUN Machap dalam tempoh 60 hari


Melaka : Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, Melaka akan diadakan dalam tempoh 60 hari berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Wira Poh Ah Tiam, 55, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, SPR masih menunggu pemberitahuan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka berkenaan kematian wakil rakyat kawasan itu.


“SPR akan membuat persiapan sepatutnya untuk menjalankan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari selepas dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi,’’ jelasnya.

Poh Ah Tiam dilahirkan di Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini pada 1 April 1952. Mendiang pernah menjadi seorang guru pada tahun 1974 hingga 1982 sebelum berkecimpung dalam arena politik sejak 1987.

Karier politiknya bermula sebagai Pengerusi MCA cawangan Air Pasir dari tahun 1987 hingga 1997.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam parti MCA ialah sebagai Timbalan Pengerusi bahagian, Setiausaha Kehormat MCA negeri, Timbalan Ketua Pemuda MCA Pusat dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan MCA negeri sejak tahun 2002.

Mendiang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri sejak 1999.

Dalam pilihan raya umum 2004, Ah Tiam yang bertanding di DUN Machap menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59