Thursday, 22 March 2007

PESAWAT BESI BURUK



Malang sungguh rakyat negara kita berketuakan orang yang serba tidak tahu dan selalu tidur. Sehinggakan beli pesawat pun pesawat buruk. Mungkin masa nak beli dulu dia pun tidak sedar yang pegawai-pegawai buat kerja betul atau tidak.

Harakahdaily hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri yang bertanggungjawab menyebabkan tujuh pesawat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersadai, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.

"Beliau adalah Menteri Dalam Negeri ketika pesawat-pesawat itu dibeli dan beliaulah orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung oleh negara itu," katanya.

Akhbar harian yang dikatakan dikuasai oleh Perdana Menteri melaporkan, semua pesawat itu dibeli dengan menggunakan peruntukan RM24 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) pada tahun 2003.

Menurut akhbar itu lagi, tujuh pesawat tersebut - lima Cessna 172 dan dua helikopter pengangkut MI-17- yang dibeli untuk PDRM itu tersadai sejak beberapa tahun lalu dipercayai kerana tidak memenuhi piawaian.

"Apa yang Menteri Dalam Negeri ketika itu buat sehingga ke tahap membeli pesawat yang tidak memenuhi piawaian.

"Perbuatan merugikan negara itu lebih teruk dari cabutan bertuah Jom Tukar dan Menang yang disifatkan suatu tindakan bodoh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad," katanya lagi.

Oleh kerana terlalu banyak skandal yang berlaku, Mahfuz menggesa rakyat Malaysia supaya menuntut diwujudkan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat pelbagai skandal yang semakin hari semakin banyak terbongkar.

"Inilah padahnya kalau mempunyai menteri yang terlalu bergantung kepada penasihat dan pembantunya.

"Walaupun sepatutnya pesawat yang dibeli, tetapi oleh kerana tukang jual membekalkan besi buruk, besi buruklah yang diluluskan pembeliannya," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyeru semua pihak yang memikul amanah rakyat supaya tidak tidur ketika mesyuarat-mesyuarat mengenai pentadbiran negara berjalan dan hanya bergantung kepada apa sahaja yang dikatakan penasihat dan pembantu apabila terjaga dari lena.

"Perbuatan tidur di dalam mesyuarat adalah salah laku yang sangat buruk yang membahayakan negara terutama dalam soal keselamatan. Mana-mana pegawai yang tidur di dalam mesyuarat wajib meletakkan jawatan.

"Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara ini jika ada pegawai yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara hanya masuk mesyuarat untuk tidur dan selepas itu mengutip apa sahaja yang disogokkan oleh pembekal kepadanya," katanya.

Idris juga membidas sikap Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustaffa Abdullah yang menyatakan isu tujuh pesawat yang tersadai itu tidak perlu diperbesarkan.

"Memang pesawat itu untuk latihan, tetapi tak perlulah nak besarkan isu ini... ia berkaitan dengan pembekal. Saya tak mahu ia jadi isu, ini berkaitan kontrak. Ini akan membebankan banyak pihak. Cuma saya boleh katakan ini berkaitan masalah teknikal," kata Mustaffa yang mengesahkan pesawat itu tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah teknikal.

Mustaffa menyifatkan isu tujuh pesawat tersadai itu hampir sama dengan isu kereta peronda polis (MPV) yang dibeli tetapi tidak digunakan

"Isu pesawat ini hampir sama dengan isu kereta peronda polis (MPV) yang dibeli tetapi tidak digunakan kerana masalah pemandu terlatih.

"Tetapi isu itu sudah selesai kerana ramai pemandu baru mula menjalankan tugas. Masalah pesawat juga perlu diberi perhatian dan perlu ditangani segera," katanya.

Walaupun tujuh pesawatnya tersadai, Mustaffa sebelum ini dilaporkan berkata, melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) PDRM akan menerima 15 helikopter, tujuh pesawat terbang kecil dan bot laju pelbagai jenis bernilai RM600 juta bagi memantapkan operasi serta kecekapan pasukan dan pembeliannya dibuat secara berperingkat tahun depan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59