Wednesday, 21 March 2007

PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI MACHAP?



Pilihanraya Kecil DUN Machap kemungkinan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PKR-DAP-BN. Kemungkinan mungkin menjadi realiti apabila pemimpin PKR membuat kenyataan akhbar bahawa parti itu mungkin meletakkan calon dalam pilihanraya tersebut.

Media terutama akhbar berbahasa mandarin melaporkan bahawa DAP hampir pasti bertanding kerana dalam Pilihanraya Umum 2004, DAP telah bertanding menentang BN. Manakala pada PKR pula mewakili BA dalam Pilihanraya Umum 1999.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu media bahawa DAP akan membuat kenyataan rasmi selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya sebaik sahaja upacara pengebumian Mendiang Poh Ah Tiam selesai.

Sementara itu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pula menyatakan bahawa desas-desus bahawa PKR akan bertanding bukan bermakna PKR sudah membuat keputusan untuk bertanding.

"Semua itu adalah spekulasi, selagi belum ada kenyataan rasmi" kata beliau dipetik dari laporan media semalam.

PKR sebelum ini bersama-sama PAS telah memboikot pilihnanraya kecil Batu Talam manakala DAP siang-siang lagi telah membuat kenyataan bahawa parti itu tidak akan memboikot mana-mana pilihanraya.

DAP hampir pasti meletakkan semula calon Pilihanraya Umum 2004, Liou Cheng Kuang yang menentang Poh Ah Tiam. Liou, memperolehi 1,285 undi dan kalah dengan majoriti 4,202 undi.

Manakala bagi pihak PKR, Ketua Penerangannya Tian Chua dan Koordinator Media PKR, Ginnei Lim, 26 disebut-sebut akan mewakili PKR jika sekiranya parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut berasal dari Melaka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59