Saturday, 3 March 2007

Pemimpin politik terima sogokan RM5j disiasat : Jangan ada tangan yang mengacau penyiasatan ini


KUALA LUMPUR 3 Mac – Polis sedang menyiasat penglibatan seorang pemimpin politik kanan yang didakwa menerima sogokan RM5 juta kerana membebaskan beberapa penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia berkata, penjenayah-penjenayah yang dikaitkan dengan pemimpin politik tersebut dipercayai terlibat dengan beberapa salah laku seperti maksiat, pelacuran, gengsterisme, Ah Long dan peras ugut.

‘‘Polis mula menyiasat perkara itu berdasarkan laporan dua buah laman blog tempatan yang menyiarkan kegiatan pemimpin politik kanan tersebut yang didakwa telah menerima sogokan berjumlah RM5 juta.

‘‘Siasatan akan dijalankan secara terperinci untuk memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Musa, polis memandang serius perkara itu kerana dakwaan tersebut mengaitkan pemimpin kanan politik negara.

Justeru, kata Musa, polis telah meminta kerjasama daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneliti tuduhan kedua-dua laman web tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan sejak Januari tahun ini, polis telah menahan sekurang-kurangnya 300 orang dan 200 orang daripada mereka telah dirujuk untuk ditahan di bawah Ordinan Darurat.

KITA MENGHARAPKAN TIADA PIHAK YANG AKAN MELINDUNGI INDIVIDU YANG DISIASAT ATAU CUBA MENYELAMATKAN SI DIA ITU

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59