Tuesday, 13 March 2007

PEMIMPIN ISLAM HADHARI SUKA MENIPU RAKYAT


MELAKA: Seramai 146 nelayan di Pantai Klebang Besar dan Klebang Kecil, di sini, masih menunggu pampasan yang dijanjikan kerajaan negeri sejak tujuh bulan lalu sebagai bayaran kehilangan punca pendapatan akibat penambakan kawasan pantai.

Mereka seolah-olah ditipu dan dipermainkan oleh pemimpin Islam Hadhari Melaka.

Lebih menyedihkan, enam daripada nelayan terbabit sudah meninggal dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Menuntut Pampasan Nelayan Klebang Besar dan Klebang Kecil, Mohd Yusof Abu Hassan, berkata isu pemberian pampasan sebenarnya sudah timbul sejak hujung 2005.

Bagaimanapun, jumlah pampasan yang bakal diterima masih dirahsiakan kerajaan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, berkata isu ini ditimbulkan kerajaan negeri selepas pemberian pampasan kepada nelayan di Limbongan, dekat sini.

Katanya, dalam pertemuan nelayan dengan Exco Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri, Datuk Md Yunos Husin, akhir tahun lalu sudah berjanji memberi pampasan itu awal tahun ini. (Janji tetapi tidak ditunaikan bukankah ini menipu namanya.)

“Bagaimanapun, sehingga kini semua nelayan masih menunggu janji itu.

“Apabila dihubungi, Md Yunos mendakwa pampasan berkenaan sudah diluluskan dan hanya belum mendapat lampu hijau’ daripada pihak kewangan negeri.

(Mungkin kerajaan negeri sudah kekurangan duit walaupun telah berhutang dengan banyak dari kerajaan Pusat. Pemimpin kerajaan negeri lebih suka membazirkan duit dengan program-program yang tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat seperti sambutan Tahun Baru Cina yang dibuat secara besar-besaran dan lain-lain aktiviti yang menbazir yang kadang-kadang tidak masuk akal.)

“Pada awal bulan lalu, saya menghubunginya sekali lagi dan Md Yunos meminta kami bersabar,” katanya

Beliau berkata demikian kepada sebuah akhbar pada sidang akhbar yang dilakukan di Pejabat Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Klebang, di sini, semalam.

Dalam pada itu, seorang nelayan, Sabtu Ahmad, 58, berkata sejak sebahagian kawasan pantai terbabit ditambak, sumber pendapatannya mula terjejas akibat pantai di situ dipenuhi lumpur.

Katanya, apabila pantai terbabit ditambak sepenuhnya, nelayan akan kehilangan kerja.

“Kami menjalankan aktiviti menangkap ikan dan udang dengan menggunakan cara tradisional iaitu melanggai dan menyungkur.

“Itu sahajalah cara aktiviti penangkapan ikan yang kami lakukan sejak berpuluh tahun lalu.

“Kami juga tidak boleh melakukan aktiviti ini di kawasan lain kerana keadaan pantainya dalam,” katanya

Seorang lagi nelayan, Aman Othman, 60, berkata selain diberikan pampasan, pihaknya juga berharap kerajaan negeri dapat memberi peluang pekerjaan lain.

Katanya, pihaknya berharap kerajaan dapat memberi latihan kepada mereka mengenai cara untuk memulakan projek penternakan dan pertanian.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENYERU SELURUH RAKYAT MELAKA SUPAYA SEDAR DAN INSAF BAHAWA KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI ADALAH KERAJAAN YANG LANGSUNG TIDAK MEMIKIRKAN MASALAH RAKYAT. SEBAB ITU PENDERITAAN RAKYAT SEPERTI ISU DIATAS TIDAK DIENDAHKAN. JANJI HANYA TINGGAL JANJI.

AYUH TUKAR KERAJAAN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59