Thursday, 22 March 2007

PEMBAZIRAN SUDAH MENJADI DARAH DAGING KERAJAAN ISLAM HADHARI



Jamuan besar-besaran, rombongan keluar negeri dengan yang ramai dan kerap, kos tambahan dalam setiap projek, 'entertainment claim' dan sebagainya memang sudah sinonim dengan kerajaan Islam Hadhari. Maka tidak hairanlah kita bagaimana begitu banyak wang rakyat yang dibazirkan tanpa manfaat yang besar kepada rakyat.

Lihat sahaja berapa banyak wang rakyat dibazirkan pada sambutan Tahun Baru Cina di Melaka baru-baru ini. Malah setiap tahun kerajaan dan agensi-agensinya akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas secara besar-besaran.

Begitu juga dengan kos sesuatu projek yang terpaksa di tambah kerana kelalaian pegawai-pegawai memantau kontraktor dan lain-lain penyelewengan menyebabkan wang rakyat hangus menjadi debu. Contohnya projek MRR2 yang sehingga kini masih menjadi tandatanya. Orang yang bersalah pun tidak dikenakan tindakan.

Maka tidak hairanlah hari ini bekas pegawai kanan kerajaan Hentikan pembaziran wang meminta kerajaan menghentikan "pembaziran keterlaluan" dalam perbelanjaannya supaya wang yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk projek yang lebih berfaedah.

"Jamuan malam dan sambutan besar-besaran diadakan di merata tempat. Saya dapati banyak pembaziran dan ketirisan berlaku," kata Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Dr Arshad, 78, telah memegang pelbagai jawatan penting, termasuk menjadi Ketua Setiausaha di tiga kementerian dan Timbalan Gabenor Bank Negara, tetapi namanya menjadi terkenal semasa menjadi pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) selama 10 tahun dari 1967. ITM kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut laporan Bernama, beliau menyebut contoh RM220 bilion peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sekarang.

Menurutnya, jika hanya satu peratus pembaziran daripada angka itu berlaku, bermakna RM2.2 bilion akan hilang begitu sahaja.

"Apakah yang kita dapat lakukan dengan RM2.2 bilion? Banyak yang boleh dibuat dengan wang itu," katanya di Kementerian Kewangan malam tadi ketika menerima Anugerah Mutiara Budi sebagai menghargai jasanya dalam perkhidmatan awam.

Pembaziran satu dosa

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memperkenalkannya bagi memberi penghargaan kepada individu yang menunjukkan perkhidmatan terpuji dalam bidang sosio-ekonomi dan pengurusan kewangan.

Sambil menyifatkan pembaziran itu sebagai satu dosa, Dr Arshad berkata Perbendaharaan, selaku agensi yang mengeluarkan dana kerajaan, perlu memastikan wang tidak dibazirkan.

"Ini adalah rayuan saya kepada kerajaan. Saya juga ingin mencadangkan supaya pegawai-pegawai Perbendaharaan menjalani kursus audit supaya mereka lebih faham tentang perlunya pembaziran ini dikurangkan," katanya.

Dr Arshad memberitahu Bernama kemudiannya bahawa beliau begitu kecewa melihat pembaziran berlaku khususnya selepas persaraannya daripada perkhidmatan awam semasa negara sedang menikmati kemakmuran.

Ini jauh berbeza dari zaman semasa beliau dalam perkhidmatan awam apabila kerajaan begitu berjimat dalam perbelanjaan, katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59