Tuesday, 13 March 2007

PELAJAR MAAHAD DAPAT 17 1A : MENGAPA MEDIA TIDAK GEMBAR-GEMBURKAN



Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Kelantan mencatat sejarah apabila seorang pelajarnya mendapat 18A (17 1A dan 1 2A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.

Siti Fatimah Mukhtar mengulangi pencapaian yang diperolehi Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor yang berjaya mencatat 17 1A dalam peperiksaan SPM 2005.

MENGAPA KEJAYAAN BELIAU INI TIDAK DIGEMBAR-GEMBURKAN OLEH MEDIA?

Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Haji Ahmad Mahmood berkata, dua lagi pelajar cemerlang dari sekolah yang sama iaitu Nur Atikah Mahassan mendapat 15 1A, 2 2A dan Mardhatinajwa Abdullah (12 1A, 5 2A).

“Selain itu seramai tiga pelajar mendapat 15A, seorang mendapat (14 A) dan tujuh pelajar (13A) dari sekolah Yik yang menduduk peperiksaan SPM tahun lepas. Ini mengggambarkan sekolah agama mampu mengekalkan prestasi cemerlang,” katanya di sini.

Menurutnya seramai 4,133 pelajar iaitu 2,956 orang dari sekolah Menengah Ugama (Arab) Kerajaan dan 1,177 pelajar dari sekolah Menengah Ugama Arab Bantuan menduduki itu tahun lalu.

Prestasi sekolah kerajaan meningkat tahun lepas apabila seramai 2,927 pelajar (99.02 peratus) layak mendapat sijil, manakala sekolah bantuan pula 1,127 calon (95.75 peratus) layak memperolehi sijil.

Prestasi keseluruhan sekolah Yik ialah 98.09 peratus berbanding 98.38 peratus tahun sebelumnya.

Sekolah terbaik berdasarkan kepada kelayakan mendapat sijil bagi sekolah kerajaan iaitu Maahad Ahmadi Tanah Merah, Maahad Muhammadi Lelaki dan Maahad Muhammadi Perempuan.

Bagi kategori sekolah bantuan pula Maahad Darul Anuar, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Ahmadiah Banggol Judah dan SMU (A) As Saadah Mengkebang.

Sementara itu Nadiah Amirah Jamil (gambar) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon di Renggit yang diwar-warkan akan mendapat 19 1A gagal melakukannya apabila hanya memperolehi 14 1A, 4 2A dan 1 3B.

Nadiah Amirah memperoleh 14 A1 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Geografi, Sains, Matematik, Perdagangan, Prinsip Akaun, Fizik, Kimia, Tasawur Islam, Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Dia juga memperoleh 4 A2 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Kesusasteraan Melayu dan Biologi serta B3 dalam English For Science & Technology (EST).

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59