Tuesday, 20 March 2007

Pas tidak bertanding di DUN Machap



Pas tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Melaka yang akan diadakan berikutan kematian waki lrakyatnya, Datuk Wira Poh Ah Tiam, 15 Mac lalu.
Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon bagi memberi peluang kepada DAP bertanding jika pilihan raya kecil itu diadakan.

‘‘Pas tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil ini, lagi pun kawasan itu merupakan jajahan DAP,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Terengganu semalam.


Ketika ditanya sama ada Pas akan memboikot pilihan raya kecil DUN Machap seperti yang dilakukan ketika pilihan raya kecil DUN Batu Talam, Pahang awal tahun ini, katanya isu tersebut tidak timbul.

Beliau berkata, setakat ini tindakan memulaukan pilihan raya kecil DUN Machap masih belum dibincangkan oleh kepimpinan Pas.

‘‘Pas masih belum mengambil sebarang keputusan berhubung perkara ini kerana kita masih belum tahu sama ada pilihan raya kecil itu akan diadakan atau tidak,” ujarnya.

‘‘Namun secara logiknya ahli Pas tentu tidak akan keluar mengundi apabila calon Pas tidak bertanding,” ujarnya lagi.

Pas setakat ini tidak mempunyai sebarang kerusi di Melaka.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59