Tuesday, 6 March 2007

ORANG CACAT PUN JAHAT DI ZAMAN ISLAM HADHARI INI


Dua lelaki bisu dan pekak ditangkap merogol

Di zaman Islam Hadhari ini bukan sahaja orang yang cukup sifat jahat, orang cacat pun sama juga membuat onar. Sudah Allah menguji mereka dengan sifat sebegitu, mereka langsung tidak insaf dengan pemberian Allah itu.

Zaman Islam Hadhari ini nampaknya ramai orang tidak boleh dipercayai. Pemimpin jahat dengan cara kepimpinannya, remaja durjana dengan keremajaannya malah orang cacat pun tumpang sekaki membuat angkara. Apa nak jadi dengan zaman Islam Hadhari ini. Kadang-kadang kisah yang dipaparkan di dada-dada akhbar sukar untuk dipercayai tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Ayuh pemimpin Islam Hadhari, insaflah kamu jangan asyik khayal dengan kuasa dan pangkat kamu. Kembalilah kepada Islam demi untuk menyelamatkan umat dan negara.


Kisah kedurjanaan orang cacat tersebut disiarkan oleh media hari ini.

Dua lelaki pekak dan bisu ditahan berhubung kes rogol dalam kejadian berasingan di sini minggu lepas.

Dalam kes pertama, lelaki cacat berusia 67 tahun didakwa merogol remaja 16 tahun sekurang-kurangnya tujuh kali di Air Baloi.

Dia juga didakwa membayar mangsa RM40 setiap kali memuaskan nafsunya.

Perbuatannya itu terbongkar selepas mangsa, yang hamil tiga bulan, mengadu sakit perut dan dibawa ke sebuah klinik di Air Baloi pada 28 Feb.

Lelaki itu dikatakan mengugut untuk memotong leher mangsa jika remaja itu mendedahkan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zainuddin Zainal berkata mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Gadis itu memberitahu polis, lelaki kurang upaya itu merogolnya kali pertama pada Oktober tahun lepas sewaktu dia berjalan ke sebuah kedai runcit pada pukul 8 malam.

Zainuddin berkata, suspek mengajak mangsa ke dalam rumahnya dengan menggunakan bahasa isyarat konon untuk membantunya.

Apabila mangsa masuk, suspek merogolnya dua kali dalam tempoh 30 minit sebelum membayarnya RM30.

Sebulan kemudian, suspek didakwa mengulangi perbuatan itu empat kali di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit dan membayar mangsa RM40.

Suspek dikatakan merogol mangsa kali terakhir kira-kira pukul 5 petang 15 Nov lepas dan membayarnya RM40, kata Zainuddin lagi.

Lelaki kurang upaya itu telah ditahan dan kesnya sedang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi lelaki pekak dan bisu berusia 31 tahun didakwa merogol seorang pekerja kilang yang senasib dengannya.

Zainuddin berkata, mangsa dalam perjalanan ke rumahnya dari tempat kerja pada 27 Feb apabila suspek mendekatinya di sebuah perhentian bas di Pekan Nenas di sini.

Wanita pekak dan bisu itu, 31, mengenali suspek melalui keahlian dalam persatuan orang kurang upaya di sini.

Lelaki itu membawa mangsa dengan motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 5km dari perhentian bas dan merogolnya sebelum menghantarnya pulang.

Mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama dan suspek kini ditahan untuk siasatan bagi kes rogol.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59