Thursday, 22 March 2007

NEGERI 'MAJU' BANJIR LAGI : KHIR TOYO JANGAN CAKAP BESAR


Khir Toyo sebelum ini selalu mendakwa bahawa Selangor adalah negeri paling maju di Malaysia. Seolah-olah di Selangor semuanya hebat, sistem salirannya hebat, pembangunannya hebat, rakyatnya hebat, pemimpinnya hebat dan pelbagai kehebatan lagi.

Rupa-rupanya satu demi satu masalah dan penyelewengan di'telanjangi' oleh pembangkang, Karam Singh Walia, TV3, Harian Metro dan lain-lain media.


Semalam Bandar raya Shah Alam yang dibanggai oleh Khir Toyo sekali lagi dilanda banjir lagi. Hujan lebat dan berterusan sejak pukul 10 malam tadi sehingga awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air dan kira-kira 100 penduduk Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Dalam pada itu, Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TTDI Jaya) yang pernah dilanda banjir teruk pada awal tahun lalu turut dinaiki air tetapi keadaan kali ini terkawal dan air hanya bertakung di jalan kerana pemaju telah membina tembok penghadang banjir.

Siren amaran banjir yang dibunyikan pada pukul 3 pagi menyebabkan penduduk di kawasan perumahan itu mengalihkan kenderaan masing-masing di tempat yang lebih tinggi dan air surut sepenuhnya pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, Kampung Kebun Bunga yang terletak berhampiran Sungai Damansara dinaiki air hingga ke paras pinggang dan ekoran itu kira-kira 100 penduduk di pindahkan di Dewan Orang Ramai kampung berkenaan sementara menunggu air surut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Abdul Fatah Iskandar memberitahu, banjir di Kampung Kebun Bunga diburukkan lagi dengan air laut mulai pasang pada pukul 2 pagi sehingga mencapai paras tertinggi pada pukul 7 pagi.

‘‘Kerajaan negeri telah mengarahkan MBSA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makanan dan peralatan yang sesuai untuk mangsa banjir,” katanya yang turut melawat Kampung Kebun Bunga dan TTDI Jaya.

Katanya, kerja mengepam air di kawasan terbabit giat dijalankan dengan menggunakan dua buah jentera.

‘‘Dalam pada itu, kita turut menyediakan bantuan sokongan teknikal termasuk jentera pam air tambahan.

‘‘Bagaimanapun, kita jangkakan masalah ini akan selesai sepenuhnya apabila jentera pam air automatik yang bernilai RM2.3 juta akan diperolehi pada November depan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, hujan berterusan hampir lapan jam itu telah mengakibatkan Sungai Damansara melebihi paras bahaya iaitu 7.4 meter dan sekiranya berterusan sepanjang hari boleh mengakibatkan banjir besar.

KHIR TOYO JANGAN CAKAP BESAR MENGUTUK KELANTAN YANG KONONNYA MUNDUR DAN KERAJAANNYA TIDAK TAHU MEMERINTAH. BILA BALA DITIMPA ALLAH KEPADA SELANGOR INILAH YANG TERJADI. TIADA SIAPA DAPAT MELAWAN KUASA ALLAH S.W.T

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59