Monday, 26 March 2007

MALAYSIA SYURGA PEROGOL


Jenayah Rogol Di Malaysia Menakutkan !
Ann Wan Seng - Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat

BILANGAN kejadian rogol yang dilaporkan di negara ini didapati semakin meningkat. Peningkatan kes rogol, cabul dan serangan seksual boleh dikaitkan dengan dua faktor yang utama.

Pertama, pertambahan itu menunjukkan betapa jenayah seks dan rogol semakin menjadi-jadi dalam masyarkat kita. Faktor kedua pula disebabkan oleh kesediaan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak berkuasa terhadap kejadian yang menimpa mereka. Menurut kajian bagi setiap kes yang dilaporkan, sekurang-kurangnya terdapat lagi empat kes yang tidak dilaporkan.



Kajian oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar daripada kejadian rogol disebabkan oleh kecuaian, galakan, rangsangan dan kesilapan yang dilakukan oleh mangsa iaitu wanita sendiri.

Kejadian rogol dan cabul dapat dielakkan sekiranya kaum wanita mahu berbuat demikian dengan mengambil sikap yang berhati-hati setiap masa. Kajian oleh ahli sosiologi membuktikan betapa wanita yang berpakaian seksi menghadapi kebarangkalian yang lebih besar untuk dirogol, dicabul atau diganggu secara seksual.

Kejadian rogol juga boleh berlaku apabila terdapat kesempatan untuk seseorang perogol itu berbuat demikian. Ini sering berlaku kepada wanita yang berjalan seorang diri pada waktu malam, kanak-kanak yang ditinggal keseorangan di rumah ataupun orang tua yang lemah lagi tidak berdaya.

Apa yang berlaku dan menimpa Nor Suzaily yang dirogol dalam sebuah bas ekspres merupakan antara contoh kes yang tipikal bagaimana kejadian rogol boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja yang berada pada kedudukan yang tidak memungkinkannya mempertahankan diri dan kehormatannya.

Soal wanita yang bertudungpun boleh kena rogol tidak seharusnya dijadikan sebagai hujah bahawa pakaian tidak memberikan sumbangan terhadap peningkatan kejadian rogol dalam masyarakat kita. Memang tidak dapat dinafikan, kaum wanita tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya dalam kejadian rogol kerana mereka menjadi mangsa kepada kerakusan kaum lelaki.

Tetapi, samada disedari ataupun tidak, kajian menunjukkan terdapat terdapat sejumlah kejadian rogol berlaku di atas kerelaan dan kemahuan wanita sendiri.

Mereka membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya dirogol selepas kekasihnya mungkir janji ataupun kerana perasaan marah, sakit hati dan membalas dendam. Tidak kurang juga hubungan seks secara suka sama suka itu dikategorikan sebagai kejadian rogol kerana ia membabitkan gadis yang masih dibawah umur.

Mengikut definasi undang-undang Malaysia, rogol itu boleh ditafsirkan jikalau “…perbuatan itu bertentangan dengan kehendak wanita atau tiada dengan kerelaannya atau kerelaan yang dibuat secara paksa kerana diancam dengan kematian atau cerdera parah atau persetujuan oleh wanita yang menyangka lelaki itu suaminya atau dengan kerelaannya ataupun tidak sekiranya gadis itu berumur di bawah 14 tahun”.

Undang-undang ini jelas memberikan perlindungan kepada golongan wanita daripada menjadi mangsa kepada kerakusan kaum lelaki. Tetapi ia masih belum memadai sekiranya kaum wanita sendiri tidak mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk melindungi dirinya.

Kejadian rogol boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latarbelakang, status, jantina dan umur seseorang. Malahan semakin banyak kejadian rogol yang membabitkan golongan yang dikenali dan mempunyai pertalian darah dengan mangsa semakin kerap dilaporkan.

Perbuatan merogol anak kandung sendiri ataupun kanak-kanak yang belum mengenal kehidupan adalah suatu yang tidak boleh dimaafkan. Begitu juga, tindakan sesetengah kaum lelaki mengambil kesempatan di atas kelemahan kaum wanita dengan melakukan perbuatan yang terkutuk dan di luar dari nilai moral dan pertimbangan.

Biarpun perbuatan itu dikutuk dan dikenakan hukuman penjara serta sebat tetapi ia masih gagal menghalang kejadian rogol daripada berlaku dan membarah dalam masyarakat kita.

Statistik yang dikeluarkan oleh pihak polis berhubung dengan kejadian rogol mendapati pada tahun 1988, sejumlah 1,489 kes rogol dan 1,318 kes cabul telah dilaporkan. Jumlah ini jauh lebih besar berbanding tahun 1997 yang mencatatkan bilangan kes rogol sebanyak 1,323 dan 1,311 kes cabul.

Sepanjang tahun 1996, bilangan kes rogol yang dilaporkan ialah 1,071 dengan cabul pula sebanyak 889. Perangkaan ini memberi suatu gambaran tentang aliran kes-kes rogol dan cabul telah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan purata hampir 2,000 kes dilaporkan setiap tahun.

Untuk menghapuskan kejadian rogol adalah suatu yang mustahil untuk dilakukan. Kejadian rogol, cabul dan serangan seksual sebenarnya boleh dihindarkan dengan syarat mengambil langkah-langkah dengan sewajarnya.

Di pihak wanita sendiri, mereka perlu memastikan dirinya tidak menjadi objek seks kepada kaum lelaki. Ramai wanita sengaja berpakaian seksi untuk kelihatan jelita dan menarik perhatian lelaki. Walaupun disedari pakaian yang menjolok mata dan mendedahkan sebahagian anggota tubuh badannya boleh merangsang nafsu lelaki yang melihat tetapi mereka masih melakukannya supaya sentiasa kelihatan menarik berbanding wanita lain.

Akibatnya mereka bukan sahaja mendedahkan dirinya kepada bahaya jenayah rogol tetapi juga gangguan seksual di pejabat. Wanita seharusnya sedar menyalahkan dirinya bila berlaku kejadian yang tidak diingini yang menimpanya.

Justeru itu, peraturan mewajibkan wanita yang bekerja memakai pakaian yang menutup aurat yang dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu dan Kelantan harus dilihat dari sudut yang positif, terutamanya sebagai pencegahan terhadap jenayah rogol yang menimpa kaum wanita.

Peraturan itu jika dilaksanakan sepenuhnya, ia akan dapat mengurangkan kejadian yang berkaitan dengann jenayah seks walaupun tidak sepenuhnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59